Covid-19 Rakyat Marhaen vs Ahli Politik = COVID19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Asyraf Cadang Gencatan Politik Untuk Tumpu Usaha Tangani Covid-19

19.10.2020 - Kuala lumpur, Susulan lonjakan kes Covid-19 yang membimbangkan, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta pemimpin politik berhenti berbalah. Menurutnya, Covid-19 menyebabkan kesukaran di kalangan rakyat sehingga ada yang kehilangan pendapatan.

"Sudah tiba masanya, ahli-ahli politik tidak kira mewakili parti mana sekalipun melakukan gencatan politik untuk memikirkan solusi terbaik bagi mensejahterakan rakyat. Mungkin inilah saat terbaik kita sama-sama meletakkan perbezaan yang ada ke tepian, demi memberikan penumpuan kepada Agenda Perdamaian Nasional (National Reconciliation)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Asyraf berkata agenda berkenaan bukanlah bermakna pemimpin politik mencairkan identiti mahupun ideologi perjuangan parti masing-masing.

"Sebaliknya Agenda Perdamaian Nasional ini memberikan keutamaan kepada parti-parti politik untuk menangguhkan seketika persengketaan yang tajam dalam soal perebutan kuasa. Segala kudrat, kecerdasan minda dan sumber daya yang ada digemblengkan bersama untuk mendatangkan formula terbaik bagi membantu rakyat yang dihimpit segala keperitan lantaran dampak Covid-19 yang kian mencengkam," katanya.

Tambahnya, ia juga adalah manifestasi ketulusan kepimpinan setiap parti politik untuk menzahirkan nilai perjuangan sebenar yang bukan hanya seputar perebutan takhta tetapi benar-benar untuk membantu rakyat. Katanya, agenda itu memerlukan tekad politik daripada semua pihak. Asyraf turut mengingatkan bahawa sekiranya pemimpin politik terus berbalah, rakyat akan semakin mual dan menghukum mereka. Selain Covid-19, rakyat Malaysia juga sedang menyaksikan pergolakan politik yang berlarutan selama beberapa bulan terakhir, yang dimulai susulan "Langkah Sheraton" pada Februari.

Rampasan kuasa politik itu menyebabkan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah hanya 22 bulan berkuasa dan digantikan dengan kerajaan Perikatan Nasional yang terdiri daripada Bersatu, Umno-BN, GPS dan lain-lain parti. Namun, pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika ini turut berdepan cabaran. Bulan lalu, ketua pembangkang Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan majoriti yang kukuh untuk membentuk kerajaan.

Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa banyak ahli parlimen partinya menyokong Anwar. Selepas Anwar mengadap dengan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan membuat pengumuman mengejutkan apabila memaklumkan bahawa partinya mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan terhadap PN. Dia menambah bahawa Umno akan merundingkan semula syarat sokongan mereka kepada PN.

Umno dilihat sedang menunjukkan kekuatan dalam memaksa Muhyiddin membuat persetujuan tertentu untuk manfaat parti mereka. Umno dijangka menyampaikan syarat dan ketentuan baru kepada perdana menteri selepas mesyuarat majlis tertinggi esok.

Screenshot-3055.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547217
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Musa Aman Salahkan Shafie Punca Lonjakan Covid-19

19.10.2020 - Kuala lumpur, Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman dalam satu surat terbuka kepada rakyat Malaysia hari ini menyalahkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai punca berlakunya lonjakan kes Covid-19 di seluruh negara terutamanya di Sabah. Dalam surat berkenaan Musa menyangkal dakwaan bahawa lonjakan kes Covid-19 disebabkan cubaannya merampas kuasa ketua menteri sehingga berlakunya pilihan raya negeri. Musa menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang tidak berasas.

"Dia (Shafie) ada pilihan - untuk mengundurkan diri secara bertanggungjawab atau terburu-buru mengadakan pilihan raya Sabah ketika wabak Covid-19. Dia sendiri yang pilih. Itu salah dan pentingkan diri sendiri, ”kata Musa.


Berikut adalah surat terbuka Musa (diterjemah dari bahasa Inggeris):

Saya terpaksa menulis surat ini untuk menyatakan punca berlakunya peningkatan kes Covid-19 di Malaysia dan membuka mata rakyat terhadap pembohongan dan fitnah yang dilakukan mesin propaganda yang dikenali sebagai Warisan Plus.

Warisan Plus harus mengakui sebab sebenar lonjakan kes Covid-19 di Sabah dan seluruh negara, serta bukannya menyalahkan saya dan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Sekiranya Warisan-Plus memenangi pilihan raya Negeri Sabah baru-baru ini, saya sangat ragu akan ada di klanagan mana-mana pemimpin partinya akan menyentuh isu mengenai wabak ini.

Akibat tidak puas hati kerana kalah dalam pilihan raya itu, hari ini kita melihat serangan oleh pemimpin Warisan Plus dan Pakatan Harapan Plus termasuk pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, yang secara mudah menyatakan bahawa ini disebabkan saya cuba menggulingkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sehingga berlaku pilihan raya negeri .

Dalam usaha berterusan DAP mengelirukan rakyat, Teresa Kok menegaskan bahawa pilihan raya Sabah dicetuskan oleh saya dahulu kerana saya cuba menjatuhkan kerajaan Warisan Plus dengan membentuk "kerajaan pintu belakang" dan menuduh tindakan saya sebagai 'original sin' yang menyebabkan peningkatan kes Covid-19.

Saya ingin mengingatkan Teresa, PH Plus dan siapa pun pemimpinnya, bahawa gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah yang menyokong Shafie untuk menasihati TYT (Yang di-Pertua Sabah) untuk membubarkan DUN Sabah, sekali gus membuka jalan kepada pilihan raya negeri.

Warisan dan PH Plus perlu berhenti berbohong kepada diri mereka sendiri dan rakyat mengenai siapakah kerajaan pintu belakang yang sebenar di Sabah.

Shafie mengadakan pilihan raya kerana sedar dia telah kehilangan majoriti anggota dewan. Daripada seorang yang berlembut, dia memilih untuk bersikap sembrono dengan menasihati TYT untuk membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya walaupun mengetahui akibatnya di tengah wabak ini.

Dia mempuyai pilihan - untuk mengundurkan diri secara bertanggungjawab atau terburu-buru mengadakan pilihan raya Sabah ketika wabak Covid19.

Dia sendiri yang pilih. Itu salah dan pentingkan diri sendiri.

Tidak seperti Shafie, menteri besar dan ketua menteri lain bertindak secara bertanggungjawab dan terhormat - mereka mengundurkan diri. Tidak ada yang memilih untuk membahayakan rakyat negeri masing-masing.

Sejak pilihan raya, Sabah dan seluruh negara menyaksikan peningkatan besar-besaran dalam jumlah jangkitan Covid-19 baru dengan ratusan kes baru setiap hari.

Pilihan raya itu disebabkan oleh pembubaran dewan undangan negeri yang tidak pun disarankan.

Mengenangkan bahaya kepada nyawa rakyat Sabah, kami telah mengarahkan peguam kami untuk meminta pilihan raya ini ditangguhkan kerana bahaya untuk mengadakan pilihan raya ini dalam keadaan pandemik.

Peguam utama kami berhujah hal ini secara panjang lebar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan dan meminta mahkamah menghentikan pilihan raya ini kerana kami tidak mahu membahayakan nyawa rakyat kami.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili bekas ketua menteri dan kerajaan Sabah bertegas terhadap kami dan mengatakan ini hujah terdesak untuk menghentikan pilihan raya.

Saya menolak sekeras-kerasnya pendapat bahawa ia merupakan hujah terdesak.

Dalam hal ini, Shafie mesti menjelaskan kepada rakyat Sabah mengapa peguamnya membantah pilihan raya ditangguhkan semasa wabak melanda?

Rakyat Sabah berhak mendapat penjelasan dari kerajaan sebelumnya tentang mengapa DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan ketika wabak Covid-19 begitu serius?

Jelas, tanggungjawabn terhadap lonjakan besar-besaran dalam kes Covid-19 ini terletak pada mereka yang menyebabkan pilihan raya ini dengan membubarkan dewan undangan negeri.

Saya menolak fitnah keji dan tidak berasas yang dibuat terhadap mereka yang menyokong saya dan saya sendiri, bahawa kami menyebabkan lonjakan wabak Covid di Sabah dan seluruh Malaysia.

Screenshot-3056.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547222
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Sebelum

Sibuk Berpolitik Semasa Covid-19

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Rakyat yang menderita dalam menghadapi pandemik Covid-19 dicelarukan dengan pergolakan politik yang tidak patut diutamakan, apatah lagi diperbanyakkan sehingga terpaksa muntah. Masing-masing saling tuduh-menuduh dan mengaku paling membela rakyat. Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat wajib menjadi hakim yang adil dalam membuat pertimbangan dengan akal yang sihat.

Jangan sesekali dipengaruhi oleh sesiapa pun, khususnya media upahan yang berniaga untuk mendapat habuan lumayan daripada pelbagai pihak yang mempunyai kepentingan demi mengisi perut, sehingga menggunakan konsep matlamat menghalalkan segala cara.

Ikutilah senario politik yang berlaku dengan teliti dan berhemat, supaya berlaku adil khususnya terhadap diri sendiri yang dihukum kerana kesilapan yang dilakukan. Isu menangani Covid-19 yang sedang diusahakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Tiba-tiba didominasi pula dengan isu pembubaran kerajaan Negeri Sabah yang mewajibkan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Lihat dan renung siapa yang bertindak membubarnya.

Kemudian rakyat digemparkan pula dengan surat cinta untuk menjadi perdana menteri yang dihantar kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong secara tidak lengkap tanpa senarai nama yang menyokong dan mendukung, supaya Seri Paduka diberikan 'kerja tambahan' untuk mengesahkan senarai nama yang tiada, kononnya atas nama strategi.

Seterusnya dihantar usul bagi mengadakan undi tidak percaya kepada perdana menteri yang sedang bertugas supaya memanas dan menjolok kerusinya ketika melaksanakan tugas menghadapi Covid-19 yang menimpa rakyat dan sedang melanda seluruh dunia.

Pepatah Melayu menyebut Membaling batu sembunyi tangan.”
Pepatah Arab menegaskan Dia yang menzalimi saya, dia pula yang berpura-pura mengadu dizalimi. Dia yang memukul saya, dia pula yang berpura-pura menangis dipukul.”

Saya yang bimbang dengan apa yang berlaku, Alhamdulillah masih mengenali watak mereka yang terlibat dengan taktik melempar batu sembunyi tangan sehingga menimbulkan isu yang berlaku hari ini.

Saya mengenali mereka yang menulis surat cinta yang membara dan membaca wajah sebenar media upahan yang memainkan peranan melariskannya bagi mengelirukan rakyat supaya sentiasa tertipu.

Rasulullah SAW bersabda Tidak harus bagi seseorang yang beriman disengat sebanyak dua kali daripada satu lubang (yang sama).” (Riwayat al-Bukhari 6133 dan Muslim 2998)

Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW “Jangan meminta-minta menjadi ketua. Jika diberikan kepadamu dengan sebab meminta nescaya dibebankan dirimu (tanpa pertolongan Allah), jika diserahkan kepadamu bukan dengan memintanya nescaya Allah menolongmu”. (Riwayat al-Bukhari 7146 dan Muslim 1652)

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/547213
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Sebelum

Tak Perlu Cari Pengganti Muhyiddin, Biar COVID-19 Reda Dahulu - Annuar Musa

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Tidak perlu memikirkan mengenai isu pengganti Perdana Menteri buat masa ini, tegas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa. Apa yang lebih penting, ujarnya lagi, ialah memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha membantu kerajaan menangani isu pandemik COVID-19 di negara ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, apabila pandemik itu sudah mula reda, maka sewajarnya Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum untuk rakyat memilih siapa yang layak.

“Tak payahlah fikir pengganti buat masa ni. Kita muafakat bantu kerajaan (dahulu). Bila COVID-19 sudah reda, segera bubarkan Parlimen dan serah kepada rakyat. Amerika Syarikat lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang kepada Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk selamatkan negara dan nyawa rakyat dahulu. Saya percaya Perdana Menteri (akan) serah kepada rakyat,” katanya lagi.

Annuar, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata demikian melalui ciapan di Twitternya, dengan merujuk kepada sebuah laporan portal mengenai cadangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk mencalonkan Pengerusi Protemnya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Sementara itu, dalam sidang media pagi tadi, beliau dilaporkan berkata bahawa Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun bertemu dengan Muhyiddin semalam.

Walaupun tidak mendedahkan butiran pertemuan berkenaan, Annuar berkata, ia sedikit sebanyak berhubung rundingan mengenai syarat baharu kerjasama politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam konteks Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan pada 13 Oktober lepas dilaporkan berkata, Biro Politik UMNO telah membuat pertimbangan untuk menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional. Selain itu, Ahli Parlimen Pontian itu dilaporkan berkata, Biro Politik UMNO akan memberi syarat baharu kepada Muhyiddin bagi meneruskan kerjasama politik melalui perjanjian bertulis.

Sementara itu Annuar berkata, mesyuarat Muafakat Nasional di Menara Dato’ Onn malam ini akan membincangkan mengenai kemasukan Bersatu ke dalam gabungan parti itu. Ujarnya lagi, kedua-dua presiden UMNO dan PAS, iaitu Ahmad Zahid dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan turut hadir ke mesyuarat itu.


Berita asal https://www.astroawani.com/berita-m...n-biar-covid19-reda-dahulu-annuar-musa-264227
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Sebelum

Rakyat Muak Dengan Ahli Politik, Kemelut Tiada Penghujung

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Bekas ketua menteri Sabah, Salleh Said Keruak berkata, ahli politik perlu menyedari mereka semakin tidak disukai rakyat yang muak dengan kemelut tidak berpenghujung. Adun Usukan itu berkata, ahli politik tidak lagi memberi persepsi baik kepada rakyat.

“Rakyat kini menganggap ahli politik sebagai tamak dan hanya mementingkan diri sendiri. Ini perlu diubah segera. Sudah tentulah ada masa untuk berpolitik, dan sudah pasti juga ada masa untuk berkhidmat. Rakyat sedar ahli politik di Malaysia berpolitik 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Rakyat juga semakin penat melihat gelagat ahli politik yang hanya memberi tumpuan kepada politik semata-mata, sehinggakan tiada masa untuk berkhidmat untuk mereka,” tulisnya di blognya hari ini.

Beliau berkata, sebaik saja pilihan raya berakhir, ahli politik perlu mula menjalankan tanggungjawab mereka. Beliau turut mengingatkan ahli politik, era monopoli dan hegemoni tidak lagi wujud.

“Kita perlu terima hakikat era majoriti 2/3 ataupun majoriti mudah di Parlimen oleh hanya satu parti sudah berakhir. Kini, gabungan 4 atau 5 parti pun hanya mampu menang dengan majoriti tipis atau berjaya membentuk kerajaan dalam Parlimen yang hampir tergantung. Normal baru untuk Malaysia bukan hanya melibatkan penjarakan fizikal dan pengasingan diri dari masyarakat umum. Kini ia juga menentukan bagaimana politik harus digerakkan. Parti dan ahli politik perlu mencari titik persamaan yang boleh membuatkan mereka bekerjasama demi rakyat.”

Kenyataan Salleh menyusul keraguan berhubung masa depan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Setakat kelmarin, 16 ahli Parlimen dilapor mengemukakan semula usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin, manakala ketua pembangkang, Anwar Ibrahim cuba memaksa Muhyiddin meletak jawatan. Pada masa sama, Umno turut mengumumkan ia mempertimbang menarik balik sokongan kepada PN, jika tuntutan mereka untuk perkongsian kuasa dengan PPBM tidak dipenuhi.

Berita asal https://www.freemalaysiatoday.com/c...politik-kemelut-tiada-penghujung-kata-salleh/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,574
Reaction score
3,695
Points
236
Sebelum

Jangan Mungkir Janji Buat PRU, Biar Lebih Ramai Mati

Dr Mahathir Mohamad hari ini membangkitkan kenyataan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa dia akan mengadakan pilihan raya umum dalam masa terdekat jika Gerakan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya negeri Sabah. Dalam satu hantaran sinis di blognya hari ini, Mahathir berkata Muhyiddin patut mengotakan kata-katanya itu dan menerima saja akibat yang bakal menyusul, memandangkan "politik lebih utama daripada prinsip".

Bagaimanapun bekas perdana menteri itu tidak menyebut nama Muhyiddin secara khusus dalam hantaran tersebut.

"Kata pemimpin tertinggi, kalau menang (di Sabah), PRU akan diadakan. Jangan mungkir janji, adakan PRU (dan) biar ratusan ribu dijangkiti (Covid-19). Biar lebih ramai mati. Politik lebih utama daripada prinsip. Apa aku peduli? Aku dapat (apa yang dimahukan)," katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat dalam ceramah kempen PRN Sabah pada 18 September lalu. Ia kali pertama Muhyiddin menunjukkan kecenderungan melaksanakan PRU segera walaupun perkara itu mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

"Sekiranya kita menang di Sabah, kita akan bergegas dan mengadakan PRU...Isyarat mesti diberikan oleh orang Sabah bahawa 'kami menyokong PN, kami mahu Muhyiddin terus menjadi perdana menteri. Kami mahu Malaysia terus maju dan berjaya' dan satu-satunya cara untuk berjaya adalah bersama saya,” katanya.

GRS menang setelah mendapat 38 daripada 73 kerusi DUN Sabah. Bagaimanapun PRN tersebut telah dianggap sebagai memburukkan lagi penularan Covid-19 di Malaysia. Sejumlah ahli politik yang menyertai kempen di negeri itu telah pun dijangkiti wabak itu.

Dalam satu kes, seorang guru yang merupakan isteri seorang ahli politik yang menyertai kempen itu turut didapati positif dan menyebabkan sejumlah 600 murid sekolah rendah di Pulau Pinang perlu membuat ujian saringan.

Setakat semalam, terdapat 353 kes positif dengan sejarah perjalanan ke negeri itu sejak 20 September - termasuk bukan ahli politik. Pada masa ini pentadbiran Muhyiddin hanya memiliki majoriti dua kerusi di Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok bagi membuktikan sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan baru.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/546146
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,401
Reaction score
11,151
Points
1,906
Tolong dahulukan Covid-19 – Subash Chandrabose

19 October 2020

1702BAFE-6F76-48B9-A9BE-DCA84132EC24-681x649.jpeg

KUALA LUMPUR – Masih ada ahli politik tidak ambil pusing dengan penularan Covid-19 di negara ini kerana mereka terlalu sibuk bermain politik.

Setiausaha Penerangan MIC Kebangsaan, Subash Chandrabose berkata, setiap hari ada sahaja orang yang mendekatinya bertanyakan apakah yang akan berlaku sekiranya keadaan ekonomi dan politik tidak stabil,


“Mestilah mereka risau, tidak senang hati, kecewa dan sedih semuanya bercampur aduk kerana yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.
“Ini ditambah pula dengan kemelut serta pergolakan politik yang seperti tiada surutnya, pastinya ini satu fenomena luar biasa sekali. Saya tidak bercakap bagi mana-mana pihak. Ini pandangan peribadi.

“Saya amat mengharapkan setiap pemimpin parti politik menepikan dulu politik peribadi dan tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan hari ini mengatasi masalah penularan penyakit Covid, itu sahaja permintaan mahupun rayuan. Tolonglah,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Subash, peningkatan kes positif Covid-19 telah memaksa kerajaan melaksanakan Peritah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tambah beliau sumber pendapatan eniaga dan penjaja akan terjejas manakala konomi negara akan semakin merosot dan ia tidak boleh diambil mudah
“Selangor pula asyik-asyik menghadapi masalah air. Pencemaran sungai oleh golongan tidak bertanggungjawab dan loji air mengakibatkan gangguan bekalan air saban waktu. Semua semakin susah tanpa air.

“Tetapi ada pula ketika ini, segelintir ahli politik sibuk mencari sokongan menjadi Perdana Menteri, apakah logik ini terutamanya di mata rakyat?
“Apa yang terjadi dengan janji ikrar kamu di medan-medan politik kononnya akan mendahului kepentingan rakyat? Bukankah ini adalah waktu paling tepat untuk kamu buktikan itu bukan sekadar retorik?” ujarnya.

Subash berkata, ini adalah waktunya wakil rakyat turun bagi membantu rakyat mengurangkan beban mereka.
Tambah beliau, daripada berbincang untuk rampas kuasa, rombakan Kabinet atau membubar Parlimen ada baiknya ahli politik mencari jalan membantu rakyat. – MalaysiaGazette

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,401
Reaction score
11,151
Points
1,906
#BHnasional Mufti Perlis nasihat ahli politik jangan sibuk rebut jawatan, utamakan kemaslahatan rakyat yang terhimpit
https://bit.ly/37lo8ay

Jangan sampai rakyat benci ahli politik
Oktober 20, 2020 @ 9:46am
drs_KR271015ES014_1603158385.jpg

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. - Foto fail NSTP

KANGAR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 daripada sibuk berebut kuasa.
"Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (COVID-19).

"Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan sudah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taasub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak COVID-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat. – BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Jun 3, 2013
Messages
71,401
Reaction score
11,151
Points
1,906
UMNO perlu ada rasa tanggungjawab , Cakap Mesti Serupa Bikin




20/10/2020






CYBERJAYA: Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan, berkata UMNO perlu ada rasa tanggungjawab dalam mempastikan agenda rakyat menjadi keutamaan parti tersebut supaya pandangan rakyat terhadap UMNO masih relevan

Jelas beliau, terlalu banyak spekulasi dan mainan politik berlansung, ramai pengamal media politik menekankan perlunya memfokus kepada rakyat, fokus kepada isu Covid-19, dan mendahulukan ketenteraman negara.

“Dalam era politik masakini, cakap mesti serupa bikin, Jika hanya cakap tidak mahu berpolitik 24 jam tetapi tindakan sebaliknya daripadanya,

“Rakyat akan tambah meluat kepada orang politik,” tulis beliau dalam facebooknya.

Ujarnya lagi, UMNO perlu ada rasa tanggungjawab untuk cakap serupa bikin dimana masa dan keringat kita perlu menitik beratkan kepada urusan-urusan berkaitan rakyat.

Dalam situasi politik terkini, Shahril berkata kita mesti berfikir, berbahas, berbincang soal dasar dan pembangunan pro rakyat dalam jumlah yang sama banyak daripada masa yang diluangkan untuk bermain politik.
Masalah urusan taktikal politik seperti agihan kerusi, hendak berkawan dengan siapa, hendak jawatan apa, hendak dominasi apa dan macam macam lagi persoalan yang sejujurnya kurang diendah rakyat.

“Jika tidak semua pun, pemimpin-pemimpin parti mesti ada pendirian dan daya pemikiran dalam berhubung urusan-urusan kenegaraan,

“Kalau tidak, kita tidak ubah seperti full-time politician yang hanya memikirkan kepentingan parti semata-mata untuk memuaskan cita-cita kuasa politik,

“Ini adalah resipi kepada penolakan rakyat, terutamanya orang muda yang majoritinya tidak ada kesetiaan kepada mana-mana individu atau parti,” ujarnya.

Oleh sebab itu, penjenamaan dari segi tawaran baru perlu dilakukan oleh UMNO supaya UMNO masih dilihat relevan memperjuangkan semua golongan rakyat.

Menurutnya lagi, UMNO perlu melihat dua kelompok pengundi seperti pengundi yang tiada kesetiaan parti dan pengundi sinis yang tidak mahu mengundi pada PRU kerana marah kepada semua pengamal politik.

Walaupun UMNO mempunyai pengundi tegar parti, dua kelompok tersebut banyak menentukan keputusan PRU secara keseluruhannya.

“Mereka lazimnya muda, lazimnya tidak terbabit mana-mana parti dan bukan mengikuti perkembangan politik dengan teramat rapat,” tegasnya. -SuaraTV

https://suara.tv/20/10/2020/umno-pe...8SlxUUNi0nDRlLxvNdscmZSAqio7PHeYHySmXPhuPY4jA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register