BTC USD 37,712.3 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia dihukum mati di Singapura hari ini

Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
hormati undang2 negara lain .. jangan bawa masuk benda terlarangm terutamanya bila melangkah masuk ke Singapura
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,395
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,395
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Pintu masuk sinjapo ketat
Pertahanan mereka power

kalu masuk kastam mesia
Senang bawak masuk mcm2 bole lepas
Asal barang jd duit 🤣
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,495
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,495
Reaction score
17,854
Points
2,536
Awards
1
hormati undang2 negara lain .. jangan bawa masuk benda terlarangm terutamanya bila melangkah masuk ke Singapura

Setuju bang
Penyakit jangan dicari
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Keluarganya sedang menunggu Mahkamah Rayuan Singapura menetapkan tarikh baharu.

Rayuan hukuman mati Nagaenthran ditangguhkan​


Dikemas kini 50 minit yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 2:17PM · 0 Komen

nagaenthran_adpan_protest_parliament_031121__full__full.jpg
Keluarga Nagaenthran Dharmalingam sedang menunggu Mahkamah Rayuan Singapura menetapkan tarikh baharu bagi pendengaran rayuannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 November, 2021.

RAYUAN rakyat Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam terhadap hukuman matinya kerana mengedar dadah di Singapura tidak akan diadakan esok seperti dilaporkan sebelum ini, kata keluarganya.

“Saya dimaklumkan oleh peguam tiada perbicaraan esok,” kata kakak kepada Nagaenthran, Sharmila, kepada The Malaysian Insight.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Ismail Akan Adakan Lawatan Rasmi Pertama Ke Singapura Ketika Bantahan Berhubung Nagaenthran Meningkat

29.11.2021 - Kuala Lumpur, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan lawatan pertama ke Singapura pada 29 November, ketika bantahan meningkat terhadap hukuman mati ke atas warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam dan rayuan kerajaan supaya pihak berkuasa republik itu menyelamatkan nyawanya. Dalam sebuah kenyataan, Wisma Putra berkata lawatan Ismail adalah jemputan daripada rakan sejawatnya Lee Hsien Loong sempena pelancaran Laluan Vaksinasi Darat (VTL-land) antara Malaysia dan Singapura. Beliau juga dijangka bakal bertemu dengan Presiden Singapura Halimah Yacob yang digesa hebat untuk memberikan pengampunan kepada Nagaenthran.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan Wisma Putra sedang meningkatkan usaha diplomatik dengan Singapura supaya pihak berkuasa negara itu menyelamatkan nyawa Nagaenthran, yang akan memohon rayuan bagi kali terakhir pada 30 November. Pada awalnya, Nagaenthran dijadualkan akan menjalani hukuman mati pada 10 November selepas gagal dalam beberapa kali dalam rayuannya. Namun dia didapati positif Covid-19 ketika peguamnya mengejar tarikh akhir penangguhan pelaksanaan hukumannya. Ismail dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah secara peribadi merayu bagi pihak Nagaenthran, sementara petisyen dalam talian mengumpul puluhan ribu tandatangan.

Nagaentran ditahan pada 2009 kerana membawa 43 g heroin ke Singapura, negara yang memiliki undang-undang kesalahan dadah paling keras di dunia. Kes beliau menjadi perhatian dunia selepas butiran berhubung keadaan kesihatan mentalnya didedahkan. Diagnosis keupayaan mentalnya mendapati dia memiliki IQ 69 – di bawah nilai ambang 70 di mana seseorang individu itu boleh diisytiharkan sebagai kurang keupayaan intelek. Beberapa perjanjian antarabangsa, yang turut ditandatangani Singapura melarang hukuman mati bagi OKU mental. Wisma Putra berkata Ismail dan Lee akan mengadakan perbincangan kerjasama dua hala antara dua negara, termasuk beberapa peluang batu untuk pemulihan berkesan bagi menangani impak pandemik Covid-19 .

“Kedua-dua perdana menteri akan bertukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama,” katanya.
1638169882653.png

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Halimah Yacob berkata warga Malaysia yang dijatuhi hukuman mati itu telah menerima proses yang sewajarnya mengikut undang-undang.

1638519671611.png


Kes Nagaenthran: Tiada pengampunan dari presiden Singapura

Diterbitkan: Dec 3, 2021 4:06 PM


Warga Malaysia Nagaenthran K Dharmalingam yang dijatuhi hukuman mati di Singapura telah menerima proses yang sewajarnya mengikut undang-undang.

Presiden Singapura Halimah Yacob berkata demikian sebagai menjawab surat yang diutuskan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memohon hukuman Nagaentran diringankan.

Kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar republik itu pada Jumaat sebagai menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia dan nasib Nagaenthran, 33, yang menunggu hukuman mati atas kesalahan dadah di Singapura.

Pada 12 Nov, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dan Menteri Hal Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan juga telah membalas surat rakan sejawatan dari Malaysia.



4da79212f21d60870ccb07c5edb47de6.jpg


Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah telah mengutus surat kepada rakan sejawatan di Singapura, meminta budi bicara pihak berkuasa di Singapura untuk memberikan Pengampunan Presiden kepada Nagaenthran.

Nagaenthran yang berasal dari Perak itu, ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009, kerana menyeludup 42.72 gram dadah jenis diamorphine dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2010.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden. Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.

595b1dca69ccab194c5c77bea86b40b5.jpg


Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif Covid-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.

Susulan itu, Mahkamah Rayuan telah memerintahkan penangguhan hukuman.

Peguam Nagaentran mendakwa anak guamnya kurang upaya dari segi intelek.
- Bernama

 

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,058
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,058
Reaction score
766
Points
161
Awards
1
saper la nk kesian dgn orang edar dadah ni. baik mati jer. kalo lepas kau buat lagi.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
gem
Messages
36,084
Joined
Jul 1, 2008
Messages
36,084
Reaction score
2,745
Points
261
Awards
1
Penah tgk docu pasal lembam jadi rider.. 2 kes seludup rokok.. mula2 kene lepas.. kali ke 2 kene denda.. yg bayar persatuan oku ke atau teacher oku tu.. kesian betul
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register