BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia Di Utara Vietnam Di Nasihatkan Bersedia Hadapi Taufan Yagi

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
07.09.2024 - Kedutaan Malaysia di Hanoi menasihatkan rakyat Malaysia bersedia menghadapi Taufan Yagi yang dijangka melanda utara Vietnam termasuk Hanoi, pada Sabtu (7 September). Dalam satu pengumuman di laman Facebook rasminya, kedutaan memberi amaran potensi hujan lebat dan angin kencang dengan risiko banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Bermula petang Jumaat (6 September) hingga pagi Isnin (9 September), wilayah utara dan utara-tengah dijangka mengalami hujan lebat antara 100 hingga 300 milimeter (mm), dengan beberapa kawasan dijangka menerima lebih daripada 500 mm (hujan), menurut kenyataan itu.

"Oleh itu, pihak berkuasa memberi amaran supaya kita bersedia menghadapi banjir di kawasan rendah, kemungkinan banjir kilat di sungai dan anak sungai, serta tanah runtuh di beberapa kawasan. Rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melawat kawasan terjejas dinasihatkan untuk memantau berita tempatan dalam beberapa hari akan datang. '"Rakyat Malaysia diminta mendaftar di e-konsular melalui https://ekonsular.kln.gov.my/login dan mengambil semua langkah berjaga-jaga yang diperlukan. Sentiasa ikuti nasihat dan patuhi arahan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan," menurut pengumuman itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pegawai Bertugas kedutaan di talian +849-0418 5610 atau melalui e-mel di [email protected]. Menurut Xinhua, taufan Yagi dijangka melanda pantai utara Vietnam pada Sabtu, membawa hujan lebat hingga 400 mm. Sepuluh kawasan yang dijangka terjejas secara langsung termasuk Hanoi, Hai Phong, Thai Binh, dan Ha Nam, manakala sesi persekolahan pada Sabtu untuk 5.6 juta pelajar akan ditangguhkan buat sementara waktu.
1725676810423.png
 
Sponsored Post

Sebelum ..

Angka Korban Banjir Di Filipina Meningkat Kepada 14 Orang

07.09.2024 - Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh ribut tropika Yagi di Filipina meningkat kepada 14 orang, kata kerajaan pada Selasa, lapor Xinhua. Edgar Posadas, jurucakap Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan, berkata 12 kematian dilaporkan di Pulau Luzon dan tengah Filipina. Dua lagi kematian berlaku di wilayah, barat daya Manila, manakala empat orang masih hilang di wilayah, timur Manila. Mangsa, termasuk seorang wanita hamil dan kanak-kanak, meninggal dunia akibat lemas, tanah runtuh, renjatan elektrik atau kemalangan lain akibat kesan ribut tropika.

Sejak hujung minggu, hujan lebat yang dicetuskan oleh Yagi dan monsun barat daya, menyebabkan banjir besar di ibu negara Filipina, Manila dan bahagian lain di kepulauan itu. Tanah runtuh meranapkan rumah dan menimbus kampung. Menurut Agensi cuaca Filipina, ribut Yagi semakin meningkat pada Selasa, bertiup ke barat di wilayah Ilocos Norte di utara Filipina pada kelajuan 25km sejam, membawa angin 85km sejam dan tiupan sehingga 105km sejam. Agensi itu memaklumkan Yagi dijangka meninggalkan Filipina pada pagi Rabu, Yagi diramal akan meningkat sepanjang tempoh ramalan dan mungkin mencapai kategori ribut tropika teruk dalam tempoh 12 jam akan datang dan kategori taufan pada Khamis. Kira-kira 20 taufan melanda Filipina setiap tahun.
1725677303885.png
 
Sebelum ..

Taufan Yagi Ragut 16 Nyawa, 21 Hilang Di Filipina

07.09.2024 - Angka korban banjir dan tanah runtuh akibat taufan Yagi mencecah 16 orang manakala 21 dilapor hilang di Filipina. Menurut agensi bencana negara dan polis, 15 orang cedera dan 1.7 juta penduduk terjejas berikutan cuaca buruk di 26 wilayah dan ibu kota Manila sejak hujung minggu lalu. Berkenaan penduduk yang terjejas, 106,834 orang terpaksa berpindah apabila paras air naik sehingga ke paras dada di beberapa kawasan..

Taufan-Yagi-ragut-16-nyawa-21-hilang-di-Filipina.-1.jpg


Sembilan daripada angka korban meninggal dunia akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Wilayah Rizal, di timur Manila. Lima lagi maut kerana lemas dalam banjir, sementara seorang lagi maut terkena renjatan elektrik di bandar raya Cebu dan Naga dan Wilayah di Occidental Negros dan utara Samar. Kira-kira 50 kawasan masih banjir, terutamanya di wilayah timur Visaya.

Taufan-Yagi-ragut-16-nyawa-21-hilang-di-Filipina.jpg


Ribut tropika Yagi bertukar kepada taufan dan mempunyai kelajuan tiupan angin 130 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencecah 157 km/j, menurut Pusat Amaran Bersama Taufan. Menurut Biro Cuaca Filipina, ia bergerak meninggalkan Filipina dan diramal melanda Hong Kong sebelum beralih ke bahagian daratan di selatan China pada hujung minggu. Taufan itu dijangka bergerak ke arah utara Vietnam dan juga membawa hujan di wilayah utara dan timur laut Thailand.

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/taufan-yagi-ragut-16-nyawa-21-hilang-di-filipina/
 
Sebelum ..

Selatan China Siap Sedia Hadapi Taufan Yagi

07.09.2024 - Wilayah Guangdong di selatan China kini bersiap sedia menghadapi taufan Yagi, dengan aktiviti luar dihentikan serta penerbangan dan sesi persekolahan ditangguhkan buat sementara waktu. Yagi, dengan kelajuan angin mencecah 209 kilometer sejam dijangka melanda bandar Wenchang di Hainan dan Daerah Xuwen di Guangdong pada petang Jumaat, lapor Xinhua. Pada Jumaat, Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou Baiyun di Guangdong membatalkan semua penerbangan ke Hainan dan Bandar Zhanjiang di Guangdong.​

1725677538317.png

Lapangan Terbang Antarabangsa Zhanjiang Wuchuan turut menggantung semua penerbangannya. Menurut jabatan pengurusan kecemasan Guangdong, lebih 2,600 tapak pembinaan menghentikan operasi, dengan kira-kira 74,000 orang dipindahkan. Sementara itu, sebanyak 8,990 sekolah, tadika dan institusi pendidikan di wilayah itu ditutup buat sementara waktu.

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/selatan-shina-siap-sedia-hadapi-taufan-yagi/
 
Sebelum ..

Taufan Yagi Landa Wilayah Hainan, China

07.09.2024 - Taufan Yagi, taufan ke-11 tahun ini, melanda wilayah Hainan di selatan China pada petang Jumaat, menurut ibu pejabat pengurusan kecemasan wilayah. Taufan dengan kelajuan melebihi 234 kilometer (km) sejam melanda kawasan pantai di Perkampungan Wengtian, Bandar Wenchang pada 4.20 petang waktu tempatan. Hujan lebat melanda kebanyakan kawasan, manakala bahagian utara Hainan dilanda angin kencang, sementara beberapa bandar dan daerah mengalami gangguan bekalan elektrik.​

1725677806799.png

Menurut biro meteorologi wilayah, Taufan Yagi dijangka bergerak menuju Haikou serta daerah Chengmai dan Lingao, sebelum ke Teluk Beibu pada pagi Sabtu. Terdahulu, seramai 419,367 penduduk dipindahkan dari Hainan setakat 11.30 pagi Jumaat, ketika taufan Yagi menghampiri wilayah terbabit. Biro itu turut memaklumkan bahawa paras air laut dijangka meningkat 150 hingga 230 sentimeter (cm) di kawasan pantai utara Pulau Hainan, manakala Haikou dijangka mengalami banjir besar akibat ribut dan hujan lebat. Operasi di beberapa lokasi pelancongan dihentikan buat sementara waktu dan kawalan trafik dilaksanakan di wilayah berkenaan.

Berita asal https://www.buletintv3.my/dunia/taufan-yagi-landa-wilayah-hainan-china/
 
Sebelum ..

Kementerian Luar Pantau Ribut Tropika Yagi Di Selatan China

07.09.2024 - Kementerian Luar menerusi Konsulat Jeneral di Hong Kong dan Guangzhou di China, memantau dengan teliti perkembangan ribut tropika Yagi, yang dijangka mendarat di bahagian selatan China, termasuk Hainan dan Guangdong. Dalam satu kenyataan pada Khamis, kementerian itu berkata setakat jam 3 petang waktu tempatan pada 5 September, Taufan Super Yagi itu terletak kira-kira 350km selatan-tenggara Hong Kong.

“Ia diramal bergerak ke arah barat-barat laut merentasi bahagian utara Laut China Selatan. Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas akibat taufan itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Kementerian menggesa rakyat Malaysia di kawasan yang terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan pihak berkuasa tempatan. Menurut kementerian mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka, digalakkan berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular, boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong atau Guangzhou. Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong terletak di Tingkat 24, Bangunan Malaysia, 47-50 Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong, China dan boleh dihubungi pada waktu pejabat melalui telefon di (852) 2821 0800, atau di luar waktu pejabat di (852) 2865 1628. Sebagai alternatif, mereka juga boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected]. Konsulat Jeneral Malaysia di Guangzhou, yang terletak di Unit 1912 – 1918, Citic Plaza Office Tower 233 Tian He Bei Road, Guangzhou, China boleh dihubungi pada waktu pejabat melalui telefon di +862 0 3877 0763 / 0766 dan juga boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected].

Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) bersiap siaga untuk menghadapi Taufan Yagi, ketika Balai Cerap Hong Kong mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengeluarkan Isyarat Gale atau Ribut No. 8 sekitar 6:20 petang waktu tempatan, lapor Xinhua. Menurut laporan itu, Balai Cerap Hong Kong dalam kenyataan akhbar berkata angin tempatan akan semakin kuat di bawah pengaruh Taufan Yagi yang merupakan ribut matang. Berdasarkan ramalan semasa, Yagi akan mengekalkan intensiti taufan super dan melepasi kira-kira 300km barat daya Hong Kong pada pagi Jumaat.
1725677890596.png
 
Wisma Putra Pantau Perkembangan, Tiada Rakyat Malaysia Terjejas

07.09.2024 - Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang memantau perkembangan Ribut Tropika Yagi di Luzon, Filipina. Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ribut tropika itu mendarat di bandar Casiguran, Wilayah Aurora semalam. Menurutnya, ribut berpindah ke perairan persisiran luar bandar Laoag, Wilayah Ilocos hari ini.

“Ribut itu dijangka merentasi Laut China Selatan dalam beberapa hari akan datang dengan membawa tiupan angin berkelajuan 75 kilometer (km) sejam (km/j). Sehingga jam 4 petang waktu tempatan hari ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terjejas oleh ribut tropika itu,” katanya.

Menurut Wisma Putra, rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan terus berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan.

“Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar serta mengemas kini keberadaan dan maklumat mereka adalah amat digalakkan untuk berbuat sedemikian di https://ekonsular.kln.gov.my. Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila melalui butiran yang disediakan iaitu alamat di Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, Filipinadengan nombor telefon +63 8662 8200 atau +63 917 864 0761 (kecemasan) manakala email di [email protected] atau [email protected],” katanya.
1725677964193.png
 
Taufan Yagi Badai Selatan China, 4 Maut, 95 Cedera

08.09.2024 - Setakat 3 petang Sabtu, Taufan Super Yagi membunuh empat orang dan mencederakan 95 yang lain di Wilayah Hainan, selatan China, kata pihak berkuasa tempatan dalam sidang media pada Sabtu, lapor Xinhua. Lebih 526,000 orang di seluruh Hainan terjejas oleh taufan itu, menurut Jabatan Pengurusan Kecemasan wilayah. Yagi, taufan ke-11 tahun ini, mendarat dua kali pada Jumaat, pertama melanda Wilayah Hainan dan kemudian Wilayah Guangdong. Kebanyakan kawasan di Hainan terjejas pada tahap yang berbeza-beza, mengakibatkan kerugian kepada infrastruktur, industri dan pertanian serta menjejaskan kehidupan dan pengeluaran penduduk, menurut sidang akhbar itu.

Setakat ini, kerugian dalam kemudahan lebuh raya, pengangkutan air, pengangkutan jalan raya, penerbangan awam dan projek pengangkutan yang sedang berjalan di seluruh Hainan telah meningkat kepada sejumlah 728 juta yuan (US$102.6 juta). Antara kerugian ini, 26 jalan raya utama nasional dan wilayah serta 103 lebuh raya lain, berjumlah lebih 400 kilometer telah rosak. Stesen dan peralatan penumpang laluan air mengalami kerosakan teruk, manakala lapangan terbang dan projek pembinaan berkaitan yang sedang dijalankan juga mengalami kerugian.

Setakat 5 petang Sabtu, ibu kota wilayah Haikou memindahkan kira-kira 105,500 penduduk akibat taufan, dan lebih 400 rumah runtuh serta lebih 32,000 rumah mengalami kerosakan. Lebih 167,800 pokok di bandar itu tumbang dan 56,742 hektar tanaman terjejas, mengakibatkan kerugian ekonomi langsung lebih 26.3 bilion yuan. Lebih 2,200 pekerja digerakkan untuk memulihkan bekalan elektrik kepada lebih 1.5 juta isi rumah yang terjejas. Menjelang 7 pagi Sabtu, lebih satu perlima daripada isi rumah yang terjejas telah disambungkan semula ke grid.

Pembaikan jalan raya juga sedang dijalankan, dengan 51 daripada 89 jalan utama yang disekat kini telah dibersihkan. Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi yang mengelilingi pulau itu dijangka disambung semula pada petang Sabtu, manakala perkhidmatan feri merentasi Selat Qiongzhou dijangka dimulakan semula pada petang Ahad. Lapangan Terbang Antarabangsa Haikou Meilan akan kekal ditutup sehingga tengah hari Ahad kerana sisa Taufan Yagi. Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix mula menyambung semula penerbangan secara beransur-ansur pada 10 pagi, Sabtu.

Pasukan penyelamat sedang berusaha memulihkan rangkaian komunikasi selepas lebih 12,500 stesen pangkalan rosak di seluruh Hainan, dengan Bandar Wenchang mengalami gangguan terburuk kemudahan komunikasi. Di Wilayah Guangdong, Yagi memaksa penempatan semula 729,954 orang menjelang tengah hari pada Sabtu, menurut pihak berkuasa kawalan banjir, kemarau dan taufan wilayah itu. Yagi juga mendatangkan bencana di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, memaksa pemindahan kira-kira 60,000 penduduk. Setakat 11 pagi pada Sabtu, lebih 107,000 isi rumah masih belum mendapat bekalan elektrik.

Hujan lebat melanda lebih 30 perbandaran dan angin kencang menjejaskan lebih 110 perbandaran di wilayah itu, dengan Perbandaran Jiao’an merekodkan hujan tertinggi pada 140.6 milimeter. Pihak berkuasa mengeluarkan amaran banjir apabila paras air di beberapa sungai terus meningkat. Pada pagi Sabtu, Pusat Meteorologi Kebangsaan China memperbaharui amaran merah – tahap amaran tertinggi – untuk Yagi. Ia dijangka membawa hujan lebat ke beberapa bahagian di Yunnan, Guizhou, Guangxi, Guangdong dan Hainan dari petang Sabtu hingga petang Ahad.
1725763332006.png
 
Yagi Terus Tagih Nyawa, Angka Korban Meningkat

08.09.2024 - Angka korban akibat Taufan Yagi yang melanda Vietnam terus meningkat, menjadikan jumlah mangsa yang maut kini sembilan orang. Pihak berkuasa negara itu yang menyifatkan ia sebagai Taufan ‘Super’ Yagi memusnahkan bangunan, menenggelamkan bot dan menyebabkan tanah runtuh di beberapa kawasan. Menurut media kerajaan, VnExpress dalam kejadian awal pagi tadi, empat sekeluarga maut dalam kejadian tanah runtuh di wilayah pergunungan Hoa Binh di utara Vietnam. Memetik pihak berkuasa tempatan, gelinciran tanah berlaku pada tengah malam rentetan hujan lebat berterusan beberapa jam yang dibawa oleh Yagi. Ia sekaligus menyebabkan tanah di lereng bukit runtuh menimpa sebuah rumah.

Pemilik rumah berusia 51 tahun berjaya menyelamatkan diri, namun isteri, anak perempuan dan dua cucunya tertimbus. Mayat semua mangsa ditemui tidak lama kemudian. Yagi mendarat di utara Vietnam dengan kelajuan angin melebihi 149 kilometer sejam (km/j), memusnahkan infrastruktur dan menumbangkan pokok. Terdahulu ia meragut empat nyawa semalam, dan seorang lelaki di wilayah Hai Duong pada Jumaat apabila angin kencang menumbangkan sebatang pokok. Bencana menyebabkan beberapa kawasan di bandar pelabuhan Hai Phong dinaiki air pada ketinggian setengah meter, selain bekalan elektrik terputus dan tiang elektrik rosak dan tumbang. Sebelum Vietnam, Yagi melanda selatan China dan Filipina, mengorbankan sekurang-kurangnya 24 nyawa dan mencederakan puluhan mangsa.
1725785889747.png
 
Angka Kematian Di Vietnam Akibat Taufan Yagi Meningkat 58 Orang, 40 Lagi Masih Hilang

10.09.2024 - Sekurang - kurangya 58 orang dilaporkan maut, manakala 40 lagi hilang di utara Vietnam akibat Taufan Yagi, menurut laporan media tempatan dan antarabangsa pada Selasa. Dilaporkan, tragedi banjir kilat dan tanah runtuh akibat hujan lebat antara punca kebanyakan mangsa terkorban, manakala hampir 750 orang telah cedera. Taufan Yagi yang melanda pantai timur laut Vietnam pada Sabtu itu menyebabkan bekalan elektrik bagi berjuta isi rumah dan syarikat terputus, membanjiri jalan raya, mengganggu rangkaian telekomunikasi, meruntuhkan sebuah jambatan dan beribu pokok tumbang, sehingga aktiviti berkaitan ekonomi di pelbagai hab perkilangan terpaksa dihentikan.​

1725941272352.png

Malah, beberapa sungai di utara Vietnam telah meningkat ke paras membimbangkan menyebabkan kampung dan kawasan perumahan ditenggelami air. Sebuah jambatan Phong Chau berusia 30 tahun yang merentasi Sungai Merah di wilayah utara Phu Tho dilaporkan runtuh pada Isnin. Siasatan awal mendapati bahawa terdapat lapan kenderaan di atas jambatan tersebut semasa kejadian berlaku. Pihak berkuasa Vietnam kemudiannya telah melarang atau mengehadkan lalu lintas di jambatan lain di seberang sungai, termasuk Jambatan Chuong Duong di Hanoi. Taufan Yagi merupakan yang paling kuat di Asia setakat tahun ini.

Berita asal https://majoriti.com.my/benua/2024/...-yagi-meningkat-58-orang-40-lagi-masih-hilang
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register