BTC USD 40,384.9 Gold USD 1,866.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 Rakyat Malaysia di utara, barat India dibawa balik

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,082
Reaction score
4,485
Points
601
repat2_1620297745.jpg

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi untuk membawa pulang rakyat Malaysia di wilayah utara dan barat India berikutan tahap pandemik COVID-19 di republik itu yang semakin membimbangkan.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata misi membabitkan Wisma Putra, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan itu akan menggunakan pesawat sewa khas dari negara ini.

Katanya, pesawat itu akan berlepas ke New Delhi dan Mumbai dalam masa terdekat sebaik urusan berkaitan termasuk kelulusan penerbangan daripada Kerajaan India diperolehi.

"Keputusan untuk melaksanakan misi ini dibuat secara bersama oleh pelbagai agensi. Malah, keputusan ini turut mengambil kira maklumat hasil pemerhatian dan analisa yang dibuat oleh pejabat Perwakilan Malaysia di India.

"Rakyat Malaysia yang dibawa pulang menerusi misi repatriasi ini diwajibkan menjalani ujian COVID-19 sebelum berlepas dan sebaik tiba. Mereka juga wajib menjalani kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

repat_1620297739.jpg

Beberapa hari lalu, kes COVID-19 di India melepasi 20 juta dan terus mencetus kacau-bilau di kebanyakan hospital negara itu.

Kementerian Kesihatan India memaklumkan, jumlah kes kematian pula sudah mencecah 222,408. Bagaimanapun beberapa pakar menjangkakan jumlah sebenar adalah lebih tinggi.

Hishammuddin berkata, misi repatriasi kali ini tidak membabitkan wilayah selatan dan timur India memandangkan situasi di kawasan berkenaan masih terkawal.

Beliau berkata, Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai akan terus memantau situasi di wilayah-wilayah berkenaan dan membuat penilaian berterusan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di sana dijaga.

"Rakyat Malaysia di utara dan barat India yang berhasrat untuk menyertai misi ini dinasihatkan untuk mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai melalui e-mel [email protected] atau [email protected] selewat-lewatnya pada Jumaat, 7 Mei, jam 5 petang waktu India," katanya.

Hishammuddin turut mengingatkan rakyat Malaysia di India khususnya di wilayah utara dan barat supaya sentiasa berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai bagi mendapatkan maklumat terkini misi repatriasi atau bantuan konsular.

Katanya, misi repatriasi ini adalah usaha dan komitmen berterusan kerajaan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara sentiasa dilindungi.

"Misi yang sama pernah dilaksanakan oleh kerajaan ketika penularan pandemik COVID-19 pada tahun lalu membabitkan misi membawa balik rakyat Malaysia dari Wuhan (China), Iran dan Itali. Semoga misi ini dipermudahkan," katanya.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,803
Reaction score
12,818
Points
2,376
View attachment 367364

View attachment 367365

COVID-19 | Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Utara Dan Barat India

Kerajaan akan melaksanakan misi bawa pulang rakyat Malaysia termasuk petugas 'home based staff' serta tanggungan mereka daripada pelbagai agensi yang berada di wilayah Utara dan Barat India.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
298,803
Reaction score
12,818
Points
2,376
FB_IMG_1620799326241.jpg

FB_IMG_1620799328821.jpg

COVID-19 | Misi repartriasi membawa pulang rakyat Malaysia dari New Delhi dan Mumbai di India selamat tiba di KLIA kira-kira jam 1.00 pagi tadi
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register