Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 60,719
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 60,719
- Reaction score
- 6,719
- Points
- 916
- Awards
- 1
04.08.2024 - Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom (UK) dinasihatkan menjauhi kawasan protes, sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan daripada pihak berkuasa tempatan. Kementerian Luar mengeluarkan notis segera kepada rakyat Malaysia di UK hari ini selepas beberapa siri protes yang sedang berlaku di beberapa kawasan berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai. Rakyat Malaysia yang belum berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London amat digalakkan melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya, menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033, atau e-mel ke [email protected]. Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan berusaha untuk memaklumkan sebarang perkembangan terkini kepada orang ramai.