BTC USD 20,195.9 Gold USD 1,719.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia Di Jakarta Diancam Dengan Buluh Runcing(link detikom sudah di tarok).

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
JAKARTA, 8 Sept (Bernama) -- Jabatan Penuntut Malaysia di sini Selasa ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=438996

-----------------------------------------------------------------

http://www.detiknews.com/read/2009/...enit-sweeping-warga-malaysia-yang-menegangkan

http://www.detiknews.com/read/2009/...o-ganyang-malaysia-pendaftar-diisi-ilmu-kebal

http://www.detiknews.com/read/2009/...arga-malaysia-di-sweeping-di-jalan-diponegoro
 
Last edited:
Sponsored Post

AjuL

Super Active Member
Messages
9,046
Paid Membership
Joined
Jul 2, 2009
Messages
9,046
Reaction score
173
Points
73
***** punya indon...
 

zamreda

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,388
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
52
Points
120
kena blaja bahasa jawa nie klau nak melancong ker indon..
spt org indon boleh dialek kelate kat gua musang..
 

building

Super Active Member
Messages
9,831
Paid Membership
Joined
Apr 2, 2007
Messages
9,831
Reaction score
57
Points
70
awat Malaysia x saman je Indon ni eh?
 

am kurizawa

Active+ Member
Messages
2,708
Joined
Jul 4, 2009
Messages
2,708
Reaction score
15
Points
25
siapa lg yg mahu melancong ke indon...
hahhahha....:eek::eek::eek:
 

izwan_biz

Fun Poster
Messages
400
Joined
May 22, 2009
Messages
400
Reaction score
21
Points
15
diorang ni tak paham bahasa.. Malaysia menafikan yg tarian tu tidak dicuri dan bukan milik Malaysia.. apesal la bengap sangat diorang nie.. buat malu bangsa diorang je.. satu dunia ketawakan Indonesia nie.. bangsa yang tak paham bahasa! kena pulak dgn org yg cetek ilmu nya.. media diorang pon satu hal.. mesti talibarut pihak2 tertentu nie nak buat hubungan Malaysia dan indonesia jadi kucar kacir.. media mana tu ye? bagitau..
 

adar

Super Active Member
Messages
9,027
Paid Membership
Joined
Dec 20, 2005
Messages
9,027
Reaction score
215
Points
73
dasar pekak,buta dan tuli.
 

infosinar

Active+ Member
Messages
3,723
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
la sbb tarian je..
brengset la diorg ni..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register