Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 64,278
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 64,278
- Reaction score
- 7,056
- Points
- 916
- Awards
- 1
28.11.2023 - Melalui dasar pengecualian visa yang diumumkan China, rakyat Malaysia akan dapat menikmati 15 hari perjalanan tanpa visa ke China bermula 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024. Pelaksanaan polisi tersebut adalah bagi menggalakkan lagi pertukaran sesama rakyat antara China dan Malaysia. Polisi pengecualian visa hanya terpakai untuk pemegang pasport biasa Malaysia yang pergi ke China untuk perniagaan, pelancongan, melawat saudara-mara dan transit selama tidak lebih daripada 15 hari.
Manakala untuk mereka yang tidak memenuhi syarat dan had masa seperti yang disebutkan di atas untuk pengecualian visa, masih perlu mendapatkan visa sebelum memasuki China. Selain Malaysia, pengecualian kemasukan tanpa visa ke China untuk turut diumumkan untuk warganegara dari Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Permohonan Visa China melalui saluran telefon 603-21760888 (hari kerja 09:00am-04:00pm) atau e-mel ke [email protected].