BTC USD 47,427.2 Gold USD 1,781.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Malaysia Berpeluang Saksi Gerhana Bulan Separa 1 Jan Ini

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan kejadian gerhana bulan separa mulai 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Jan ini.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini, secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Gerhana itu akan bermula dengan fasa penumbra pada 1.17 pagi waktu Malaysia tetapi ketika itu, kesan kenampakan gerhana tidak dapat diperhatikan kerana bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi mulai jam 2.53 sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi. Gerhana masih terus berlaku sehingga 5.28 pagi tetapi fenomena itu tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap," kata kenyataan itu.

Sempena gerhana bulan separa itu, ANGKASA dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan Program Gerhana Bulan Separa di perkarangan luar Masjid Negara mulai 1 hingga 6 pagi pada 1 Jan.

Siaran langsung fenomena itu juga boleh disaksikan di laman web Angkasa iaitu www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Jan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

TwiStEd pIps

Super Active Member
Messages
7,545
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
wow.. time bday aku lagi tu.. mesti manyak syok w0000000t.. >:) >:) >:)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register