Rakyat kita bertaruh RM7 juta sehari di kasino Singapura

CG Sponsors




zack2terer

Legendary Member
Joined
Dec 11, 2007
Messages
13,627
Reaction score
193
Points
123
Rakyat kita bertaruh RM7 juta sehari di kasino Singapura

Oleh Haniza Hassan
[email protected]

NUSAJAYA 19 Nov. - Kerajaan diseru mengambil langkah proaktif bagi mengawal aktiviti rakyat tempatan yang dilaporkan semakin aktif berjudi di kasino negara jiran dengan nilai pertaruhan dianggarkan kira-kira RM7 juta sehari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong berkata, dianggarkan seramai 3,000 orang mengunjungi Singapura bagi tujuan berjudi kasino pada setiap hari dengan nilai perbelanjaan minimum RM2,400 seorang.

"Perbelanjaan mereka ke sana menelan belanja minimum RM2,400 iaitu bersamaan RM7 juta sehari atau RM200 juta sebulan bagi tujuan berjudi," katanya ketika membahaskan Bajet 2011 pada sidang Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari ini.

Tambahnya, daripada maklumat yang diperoleh, sebanyak 30 buah bas sehari berulang-alik ke tempat perjudian itu dengan tujuh daripadanya adalah bas yang beroperasi di Singapura.

"Gejala negatif itu boleh menimbulkan masalah sosial dan keruntuhan institusi keluarga memandangkan terdapat pelancong tempatan yang berjudi sehingga terpaksa berhutang dengan ah long.

"Malah ada rakyat Malaysia yang bekerja di negara jiran itu menghabiskan duit gaji mereka dan ada yang sanggup mengeluarkan duit simpanan tetap dan menjual harta benda akibat ketagih berjudi," ujarnya.

Menurutnya, kesan negatif itu turut terpalit kepada negara kerana terdapat aliran wang keluar yang begitu tinggi dan boleh menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan di negeri ini.

Katanya, pengusaha sektor pelancongan tempatan juga merungut kerana perniagaan mereka menyusut sehingga 30 peratus akibat kekurangan pelanggan.

Dalam perbahasan itu juga, Siew Kiong berkata, kerajaan Singapura sendiri telah bertindak menghalang bas yang menjalankan aktiviti tersebut daripada mengambil penumpang dari kawasan perumahan di negara itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan kerajaan mengenakan syarat seperti menghalang agensi pelancongan dan bas pelancongan Malaysia daripada menghantar penumpang ke pusat kasino tersebut.

"Kita tidak mahu perkara ini berterusan kerana ia lebih banyak memberi kesan negatif daripada positif," katanya.

Sidang Dewan Undangan Negeri bersambung Selasa ini.

Sumber


Ramai yang suka g buang duit kat kasino nih....patut tukar nama jadik kasimoremoney
 
Sponsored Post

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,955
Reaction score
5
Points
25
Biasa la..ummat akhir zaman, ada duit lelok leh derma ngan orang-orang susah..kan sejuk jer Allah SWT tengok..ni buang duit dan lebih rela pakai duit untuk berjudi daripada tolong orang yang kebuluran/kesusahan/perlu bantuan dana utk pembedahan etc kat luar sana..#:-S
 
Sponsored Post
Top
Log in Register