BTC USD 68,074.2 Gold USD 2,356.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat Iran kembali tunai Umrah ke Arab Saudi

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,121
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,121
Reaction score
863
Points
121

Rakyat Iran kembali tunai Umrah ke Arab Saudi​

April 22, 2024 @ 11:01am


Jemaah Islam menunaikan umrah di kota suci Makkah, Arab Saudi, - Foto REUTERS
Jemaah Islam menunaikan umrah di kota suci Makkah, Arab Saudi, - Foto REUTERS

TEHRAN: Umat Islam Iran kembali menunai ibadah Umrah dan Ziarah sepanjang tahun ke Arab Saudi selepas hampir 10 tahun kedua-dua negara berkenaan mempunyai hubungan kurang baik, kata media kerajaan Iran.

Memetik laporan agensi berita rasmi IRNA, kumpulan pertama jemaah Umrah sudah berlepas dari Iran ke Arab Saudi melalui lapangan terbang Imam Khomeini di Tehran.
Mereka adalah warga Iran pertama yang menunaikan ibadah Umrah sejak Iran dan Arab Saudi bersetuju dalam perjanjian yang diuruskan China pada tahun lalu untuk memulihkan hubungan dan membuka semula kedutaan masing-masing selepas hampir satu dekad.

Warga Iran telah pun dibenarkan untuk mengerjakan Haji pada tahun lalu, namun bagi Umrah pula masih terlarang untuk mereka sehingga kini.

Arab Saudi yang bermajoriti Sunni dan Iran yang majoriti rakyatnya dari Syiah memutuskan hubungan pada 2016 selepas misi diplomatik Arab Saudi di Iran diserang ketika protes terhadap hukuman mati Arab Saudi terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Laporan media Iran beberapa bulan kebelakangan mendakwa jemaah akan dapat pergi ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah Umrah, bagaimanapun mendakwa berlaku kelewatan disebabkan masalah teknikal yang berulang kali.

IRNA berkata, dianggarkan seramai 5,720 jemaah Umrah Iran akan berlepas ke Arab Saudi pada tahun ini.

Duta Arab Saudi ke Iran, Abdullah bin Saud al-Anazi, hadir di lapangan terbang bersama beberapa pegawai Iran bagi menghantar kumpulan pertama jemaah Umrah pada hari ini.

Umat Islam boleh menunaikan Umrah ke Makkah pada bila-bila masa sepanjang tahun, berbeza dengan Haji, salah satu daripada lima rukun Islam yang berlangsung pada tarikh tertentu mengikut kalendar masihi. - AFP
 
Sponsored Post

Puak2 ni la dulu dia curi batu aswad
Sampai sunni nak cium pun tak bole
Batu hajarul aswad tu tak wajib pun nak cium.....tapi, untuk meraikan keragaman pemikiran manusia, cium batu hajarul aswad tak jadi masalah.....sebab tu orang arab selalu letak minyak wangi kat situ.....

Ada yang cium sebab terlalu cintakan Nabi Muhammad, sebab Nabi pernah pegang batu tu.....bukan Nabi Muhammad sorang rasanya yang pernah pegang batu tu, Nabi Adam, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail pun pernah.

Yang jadi masalahnya, bila pergi cium batu tu dan mengharapkan keajaiban berlaku, atau beriktikad batu hajarul aswad tu ada keupayaan luar biasa dan ada kuasa istimewa.....yang itu tak boleh la...
 
Lama juga tuhan sekat dia orang pergi menunaikan haji.

Btw mengikut kepercayaan setengh pihak(orang melayu) Syiah ni bukan berugama Islam tetapi macamana mereka dibenarkan memasuki mekah dan menunaikan haji?
Macam ni bro....kalau bro nak masuk ke mekah, cukup dengan tunjuk kertas yang tulis bro ni islam.......apa pegangan bro selepas itu jadi perkara nombor dua.

Contohnya, bro berlakon jadi orang islam, tapi hakikat sebenarnya, bro bukan orang islam pun, bro tunjuk je sijil pengesahan tulis bro islam, bro pun boleh masuk mekah la.....

By the way, di Iran tu ada je orang-orang islam sunni.....
 
Macam ni bro....kalau bro nak masuk ke mekah, cukup dengan tunjuk kertas yang tulis bro ni islam.......apa pegangan bro selepas itu jadi perkara nombor dua.

Contohnya, bro berlakon jadi orang islam, tapi hakikat sebenarnya, bro bukan orang islam pun, bro tunjuk je sijil pengesahan tulis bro islam, bro pun boleh masuk mekah la.....

By the way, di Iran tu ada je orang-orang islam sunni.....
Pasal bukan muslim masuk mekah tu dah lama saya tau, orang Eropah puluhan tahun dulu pun dah pernah buat. Ni pasal Syiah satu kapal terbang dari Iran masuk arab Saudi nak pergi haji sebab di highway ada signboard non Muslim left dan Muslim right.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register