BTC USD 66,208.6 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat China tidak percaya vaksin Covid-19 buatan sendiri

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1
Rakyat China tidak percaya vaksin Covid-19 buatan sendiri


VAKSIN merupakan satu-satunya cara untuk rakyat China bebas sekatan ketat Covid-19. - AFP
SHENZHEN: Gelombang jangkitan Covid-19 yang semakin tidak terkawal di China ketika ini didakwa berpunca daripada banyak rakyatnya tidak mahu mengambil suntikan dos penggalak.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Candice berkata, dia lebih takutkan kesan sampingan dos penggalak berbanding jangkitan Covid-19 sendiri.

Wanita berusia 28 tahun itu sebelum ini sudah pun mengambil dua dos suntikan vaksin Sinovac, namun semakin tidak percaya dengan keupayaan vaksin berkenaan selepas mendengar pelbagai cerita negatif daripada rakan dan juga amaran dalam media sosial.

“Secara jujurnya, saya tidak percaya dengan suntikan dos penggalak, saya lebih takutkan kesan sampingan berbanding jangkitan Covid-19,” katanya.

Secara rasmi, kadar vaksinasi di negara ini melebihi 90 peratus, namun bagi suntikan dos penggalak, ia menurun kepada 57.9 peratus dan 42.3 peratus bagi golongan atas 80 tahun.

Keadaan itu secara tidak langsung menyebabkan kerajaan China mengeluarkan amaran lebih 1.5 juta kematian boleh berlaku akibat koronavirus selepas banyak sekatan dilonggarkan.

Selain itu, tahap kesedaran rakyat, terutamanya bagi golongan berisiko dan warga emas mengenai keupayaan vaksin Covid-19 di negara ini disifatkan masih rendah.

Malah, rakyat juga tidak dimaklumkan mengenai insurans yang boleh melindungi mereka daripada sebarang kesan sampingan selepas mengambil vaksin.

Pihak berkuasa China juga tidak menjadikan suntikan dos penggalak sebagai mandatori kerana menyedari langkah itu akan ditentang kebanyakan penduduk.

Rakyat negara ini juga hanya bergantung kepada vaksin keluaran tempatan tanpa ada satu penglibatan vaksin Covid-19 dari luar negara.

Mereka berpendapat, vaksin yang dihasilkan menggunakan teknologi mRNA seperti Pfizer dan Moderna adalah lebih baik berbanding yang dihasilkan di negara ini.

Keadaan itu menyebabkan ada penduduk yang sanggup pergi Macau untuk mendapatkan vaksin mRNA. – REUTERS
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register