BTC USD 48,979.8 Gold USD 1,785.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat bangga Malaysia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,973
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,973
Reaction score
22,075
Points
1,671
In paper: Vaksin halal

IMG_20211028_193908_508.jpg
 
Sponsored Post

amsyarfazrullah

Fun Poster
Messages
364
Joined
Nov 21, 2016
Messages
364
Reaction score
54
Points
20
Bagus la ada produk yg orang islam buat..

Lepas ni mufti nak semak kandungan vaksin senang..

Takde jdi mcm isu vaksin covid skrng ni..

Mufti tanya apa detail kandungan vaksin ?
KKM just request info dari WHO (ular)..

Mufti pun percaya..

Almaklum kandungan vaksin rahsia..
Rasanya takda isu pun bila berbalik pada kesihatan. Mufti mufti besar dunia pun ambil vaksin. Tu dah cukup untuk kita ikut.
 

hitman25

Fun Poster
Messages
829
Joined
Oct 8, 2010
Messages
829
Reaction score
100
Points
33
Halal salah..tak halal pon salah macam mana..banyak yang mcm pandangan lalat ka..suka nampak yang buruk?
 

azham

Super Active Member
Messages
7,320
Joined
Dec 20, 2012
Messages
7,320
Reaction score
2,013
Points
156
Bila vaksin semua salah.
Bila ivermectin, cengkih baru tak salah.
Masa Indonesia produce Ivermactin kat kilang mereka, ramai netizen Malaysia puji Indonesia dan kutuk Malaysia lembap dll.
Bila Malaysia buat kilang Vaksin halal, Malaysia dikutuk jugak lagi…
Thailand/Singapore buat vaksin netizen puji, Malaysia buat vaksin halal kena kutuk pulak.
Parah netizen Malaysia ni.
Padan le KJ stress.
 

pelitaminyak

Super Active Member
Messages
5,694
Joined
Aug 13, 2008
Messages
5,694
Reaction score
1,603
Points
151
Rakyat bangga Malaysia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

October 27, 2021
B7-E0-CEF8-09-D4-4-C6-C-A022-B7-CC610-A5469.jpg

Afandi Abd Basir
Oleh KAIROL ZULHAIDI

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh hasrat negara yang bakal membina kilang vaksin halal pertama di dunia tidak lama lagi, dan berharap ia bakal memanfaatkan mereka pada masa hadapan.

Hasil tinjauan HarakahDaily mendapati, rata-rata orang ramai menyokong usaha murni kerajaan yang bakal mencipta sejarah baharu kepada industri vaksin Covid-19 di peringkat global itu.


Seorang eksekutif pemasaran, Afandi Abd Basir @ Karnain, 39, berkata, dia menyokong penuh hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal pertama di dunia menjelang tahun 2024.

“Apabila Malaysia bakal menghasilkan kilang vaksin halal yang pertama di dunia, ia merupakan satu berita gembira yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Dengan adanya kilang vaksin ini, ia sekaligus dapat memberi kemudahan kepada individu bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

“Negara juga tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang besar bagi proses penghantaran yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Afandi, proses penghasilan vaksin juga dapat dihasilkan dengan skala lebih besar bagi tujuan penggunaan dalam negara dan luar negara.

Sehubungan itu, dia berharap agar Malaysia menjadi negara pengeluar vaksin terbesar dan terbaik di dunia.

Sementara itu, eksekutif swasta, Nur Jamilah Zubir pula berasa sangat bangga dengan hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal sendiri kerana rakyat dapat melihat ketelusan dalam penghasilan vaksin yang mempunyai jaminan halal.

Menurutnya, memandangkan pihak berkuasa akan terlibat untuk memastikan vaksin atau kilang tersebut halal, maka ia menunjukkan ketelusan tentang isu halal berkenaan.


Nur Jamilah Zubir.
“Sekiranya tidak halal, pastinya ia sukar untuk mendapat kelulusan kerajaan untuk kilang beroperasi dan vaksin pula sukar diluluskan untuk pengeluaran.

“Dari segi kos pula, saya percaya sekiranya Malaysia merancang untuk membuat kilang sendiri, sudah tentu ia juga bertujuan untuk menjimatkan kos,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Katanya lagi, rakyat Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu terlalu lama untuk mendapatkan vaksin memandangkan kilang pengeluaran vaksin boleh didapati di Malaysia.

“Jadi, apabila (vaksin) mempunyai permintaan yang tinggi, orang ramai sudah tahu jumlah bekalan yang ada dalam negara,” tegas Nur Jamilah.

Dalam pada itu, penulis skrip, Mohamad Hanis Ismail, 33, menegaskan, kewujudan vaksin dan kilang vaksin halal tempatan dapat membantu mengurangkan jumlah masyarakat di negara ini yang antivaksin yang risaukan tentang status halal vaksin dari luar negara.

Katanya, sedikit sebanyak kewujudan kilang halal vaksin di Malaysia ini dapat menghilangkan keraguan orang ramai tentang status halal vaksin. Contohnya, sekiranya terdapat 10,000 orang yang antivaksin, kemungkinan besar dapat meyakinkan satu pertiga daripada jumlah tersebut.


Mohamad Hanis Ismail.
“Pada pendapat saya, Malaysia sememangnya wajar menghasilkan kilang vaksin halal kerana secara tidak langsung ia bukan sahaja menjana ekonomi negara tetapi juga berjaya memanfaatkan dan mengangkat kepakaran anak tempatan di mata dunia terutama buat negara-negara Islam lain,” jelasnya.

Terdahulu, Malaysian Vaccine and Pharmaceutical (MVP) bakal menjadi kilang pertama menghasilkan vaksin halal di dunia menjelang tahun 2024.

Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, tempoh jangkaan tersebut lebih awal daripada yang diharapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, vaksin yang dihasilkan akan dikembangkan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi di luar negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
– HARAKAHDAILY 27/10/2021
Keluar artikel macam lagi le anti vaksin tu pukui canang............... Kurang bijak tu je komen aku
 

amsyarfazrullah

Fun Poster
Messages
364
Joined
Nov 21, 2016
Messages
364
Reaction score
54
Points
20
Masa Indonesia produce Ivermactin kat kilang mereka, ramai netizen Malaysia puji Indonesia dan kutuk Malaysia lembap dll.
Bila Malaysia buat kilang Vaksin halal, Malaysia dikutuk jugak lagi…
Thailand/Singapore buat vaksin netizen puji, Malaysia buat vaksin halal kena kutuk pulak.
Parah netizen Malaysia ni.
Padan le KJ stress.
KJ tak buleh puaskan hati semua orang. Apa yang KJ buat ni sebab nak tarik pelabur asing. Pelabur asing takkan melabur kat negara rate vaksin rendah.

Nanti takde pelabur asing, nilai ringgit jatuh, korang juga yang salahkan kerajaan. Awal 90an dulu kenapa ringgit kuat? Masa tu negara kita lubuk pelabur asing. Beratus ratus kilang kat shah alam tu.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,593
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,593
Reaction score
2,984
Points
201
Vaksin tempatan bakal dilengkapi sijilan halal JAKIM


KUALA LUMPUR: Pembangunan vaksin COVID-19 tempatan akan dilengkapi pensijilan halal sebagai nilai tambah, berbanding pelalian sama dihasilkan negara lain.

Ini kerana penghasilan vaksin tempatan turut membabitkan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad [email protected], berkata keadaan itu jelas memberi kelebihan berkaitan pengkomersialan vaksin COVID-19 keluaran tempatan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, ia antara lain berkemungkinan muncul sebagai vaksin COVID-19 pertama di dunia yang mempunyai tanda niaga halal yang diterima di seluruh dunia.


"Selain pembabitan NPRA yang memastikan vaksin ini melalui proses sepatutnya bagi memudahkan kelulusan, penyertaan JAKIM daripada peringkat awal juga akan memberi kelebihan kepada kita.

"Barangkali kita akan menghasilkan vaksin mempunyai trademark (tanda niaga) halal pertama di dunia... ini kelebihan kepada kita," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli (AMANAH-Lumut) berkenaan kelebihan atau perbezaan penghasilan vaksin COVID-19 tempatan bagi menarik perhatian dunia.

Ahmad Amzad berkata, penghasilan vaksin berkaitan teknologi mRNA tempatan juga dilaksanakan mengikut perkembangan semasa dan varian baharu.

"Begitu juga vaksin adenovirus kalau tak silap saya, vaksin yang aktif dihasilkan UPM (Universiti Pertanian Malaysia) juga mengikut perkembangan berhubung varian baharu yang berkembang ketika ini," katanya.

Menjawab soalan asal, Ahmad Amzad berkata, kedua-dua projek vaksin COVID-19 Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kini berada di peringkat makmal, iaitu bukti konsep sebelum kajian praklinikal (haiwan) dilaksanakan.

Katanya, penghasilan vaksin COVID-19 itu akan mengambil masa untuk mencapai tahap keselamatan dan keberkesanan melalui kajian klinikal fasa ketiga serta kelulusan NPRA, sebelum dapat digunakan.

"Perkembangan semasa di peringkat industri pula menunjukkan, terdapat dua syarikat dalam negara sudah mengembangkan kemampuannya sendiri untuk melakukan proses penting dalam pengeluaran vaksin iaitu proses fill & finish vaksin COVID-19.

"Syarikat tersebut ialah Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd dengan vaksin CoronaVac dan Solution Biologics Sdn Bhd dengan vaksin Cansino.

"Walaupun matlamat ini memerlukan komitmen tinggi semua pihak, dijangka melalui pendekatan 'whole of nation', Malaysia akan berupaya meningkatkan kapasiti penghasilan vaksin sendiri pada masa hadapan," katanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register