BTC USD 52,465.4 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rakyat bangga Malaysia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,399
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,399
Reaction score
2,966
Points
201
Rakyat bangga Malaysia bina kilang vaksin halal pertama di dunia

October 27, 2021
B7-E0-CEF8-09-D4-4-C6-C-A022-B7-CC610-A5469.jpg

Afandi Abd Basir
Oleh KAIROL ZULHAIDI

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyambut baik dan menyokong penuh hasrat negara yang bakal membina kilang vaksin halal pertama di dunia tidak lama lagi, dan berharap ia bakal memanfaatkan mereka pada masa hadapan.

Hasil tinjauan HarakahDaily mendapati, rata-rata orang ramai menyokong usaha murni kerajaan yang bakal mencipta sejarah baharu kepada industri vaksin Covid-19 di peringkat global itu.


Seorang eksekutif pemasaran, Afandi Abd Basir @ Karnain, 39, berkata, dia menyokong penuh hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal pertama di dunia menjelang tahun 2024.

“Apabila Malaysia bakal menghasilkan kilang vaksin halal yang pertama di dunia, ia merupakan satu berita gembira yang sangat ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Dengan adanya kilang vaksin ini, ia sekaligus dapat memberi kemudahan kepada individu bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.

“Negara juga tidak lagi memerlukan perbelanjaan yang besar bagi proses penghantaran yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Afandi, proses penghasilan vaksin juga dapat dihasilkan dengan skala lebih besar bagi tujuan penggunaan dalam negara dan luar negara.

Sehubungan itu, dia berharap agar Malaysia menjadi negara pengeluar vaksin terbesar dan terbaik di dunia.

Sementara itu, eksekutif swasta, Nur Jamilah Zubir pula berasa sangat bangga dengan hasrat Malaysia untuk membina kilang vaksin halal sendiri kerana rakyat dapat melihat ketelusan dalam penghasilan vaksin yang mempunyai jaminan halal.

Menurutnya, memandangkan pihak berkuasa akan terlibat untuk memastikan vaksin atau kilang tersebut halal, maka ia menunjukkan ketelusan tentang isu halal berkenaan.


Nur Jamilah Zubir.
“Sekiranya tidak halal, pastinya ia sukar untuk mendapat kelulusan kerajaan untuk kilang beroperasi dan vaksin pula sukar diluluskan untuk pengeluaran.

“Dari segi kos pula, saya percaya sekiranya Malaysia merancang untuk membuat kilang sendiri, sudah tentu ia juga bertujuan untuk menjimatkan kos,” ujarnya kepada HarakahDaily.

Katanya lagi, rakyat Malaysia juga tidak perlu lagi menunggu terlalu lama untuk mendapatkan vaksin memandangkan kilang pengeluaran vaksin boleh didapati di Malaysia.

“Jadi, apabila (vaksin) mempunyai permintaan yang tinggi, orang ramai sudah tahu jumlah bekalan yang ada dalam negara,” tegas Nur Jamilah.

Dalam pada itu, penulis skrip, Mohamad Hanis Ismail, 33, menegaskan, kewujudan vaksin dan kilang vaksin halal tempatan dapat membantu mengurangkan jumlah masyarakat di negara ini yang antivaksin yang risaukan tentang status halal vaksin dari luar negara.

Katanya, sedikit sebanyak kewujudan kilang halal vaksin di Malaysia ini dapat menghilangkan keraguan orang ramai tentang status halal vaksin. Contohnya, sekiranya terdapat 10,000 orang yang antivaksin, kemungkinan besar dapat meyakinkan satu pertiga daripada jumlah tersebut.


Mohamad Hanis Ismail.
“Pada pendapat saya, Malaysia sememangnya wajar menghasilkan kilang vaksin halal kerana secara tidak langsung ia bukan sahaja menjana ekonomi negara tetapi juga berjaya memanfaatkan dan mengangkat kepakaran anak tempatan di mata dunia terutama buat negara-negara Islam lain,” jelasnya.

Terdahulu, Malaysian Vaccine and Pharmaceutical (MVP) bakal menjadi kilang pertama menghasilkan vaksin halal di dunia menjelang tahun 2024.

Pengarah Eksekutif MVP, Rashidah Ibrahim berkata, tempoh jangkaan tersebut lebih awal daripada yang diharapkan oleh kerajaan.

Menurutnya, vaksin yang dihasilkan akan dikembangkan bukan sahaja untuk kegunaan tempatan tetapi di luar negara dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
– HARAKAHDAILY 27/10/2021
 
Sponsored Post

GeeKaDoY

Active Member
Messages
1,550
Joined
Feb 12, 2008
Messages
1,550
Reaction score
298
Points
51
Mak ai 2024 kilang siap, covid 19 pun dah sebati lam badan dah kot time tu, dah jadi kawan...
Apa segala vaccine sebelum2 ni berpuluh tahun hidup berjenis vaccine dah masuk badan sejak dari baby ada tak halal ke...? erk.... :cry:


product Vaccine Covid 19 dah ada ka?
nak kena tunggu covid ver. baru plak kot, baru boleh fully operate.

*new antivac member here. sapa ada borang tolong pass. kuciwa.
Haha
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Messages
9,836
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,836
Reaction score
1,521
Points
151
Rakyat bangga Malaysia bina kilang vaksin halal. 👏
Palatau bila nak bukak kilang Ivermectin halal? :sneaky:
 

SMI6

Active+ Member
Messages
3,509
Joined
Jan 3, 2016
Messages
3,509
Reaction score
838
Points
86
Mak ai 2024 kilang siap, covid 19 pun dah sebati lam badan dah kot time tu, dah jadi kawan...
Apa segala vaccine sebelum2 ni berpuluh tahun hidup berjenis vaccine dah masuk badan sejak dari baby ada tak halal ke...? erk.... :cry:


product Vaccine Covid 19 dah ada ka?
nak kena tunggu covid ver. baru plak kot, baru boleh fully operate.

*new antivac member here. sapa ada borang tolong pass. kuciwa.
Haha
dah org islam ramai sgt palatao

belajar malas harap google je.

Cengkih jugak jadi supplement utama.

kang cakap tut tut tut marah pulak kang diorg.
 

azmann33

Legendary Member
Messages
11,345
Joined
Mar 2, 2009
Messages
11,345
Reaction score
1,315
Points
201
Mak ai 2024 kilang siap, covid 19 pun dah sebati lam badan dah kot time tu, dah jadi kawan...
Apa segala vaccine sebelum2 ni berpuluh tahun hidup berjenis vaccine dah masuk badan sejak dari baby ada tak halal ke...? erk.... :cry:


product Vaccine Covid 19 dah ada ka?
nak kena tunggu covid ver. baru plak kot, baru boleh fully operate.

*new antivac member here. sapa ada borang tolong pass. kuciwa.
Haha

entah2 kilang ni persediaan nak cucuk vaksin setiap 6 bulan kot.?
untung peminat vaksin..bekalan akan sentiasa cukup.
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Messages
9,836
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,836
Reaction score
1,521
Points
151
Vaksin halal dah ada untuk baby yang bakal dilahirkan di masa depan nanti.
Ivermectin halal je belum ada. :D Nak harapkan si palautau memang dak la, depa srmua busy troll vaksin je. Mana ada masa nak buat semua tu :ROFLMAO:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register