Rakan sekerja, majikan biang keladi

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik wanita trauma apabila dia bukan saja menjadi mangsa gangguan seksual teman sekerjanya di sebuah pusat kemahiran di sini, malah terpaksa berhadapan dengan perangai sama dilakukan majikannya yang miang.


Difahamkan, tindakan kedua-dua lelaki dipercayai kemaruk seks itu menyebabkan mangsa berusia awal 30-an itu ketakutan apabila mereka sering menggayakan pergerakan tubuh dan aksi lucah beberapa kali ketika waktu bekerja.

Insiden itu dikatakan pernah dilihat teman sekerja lain, namun tiada tindakan menyebabkan mangsa membuat laporan polis, baru-baru ini.

Menurut sumber, wanita terbabit yang masih bujang dikatakan bekerja beberapa tahun di pusat kemahiran berkenaan.

"Mangsa mendakwa rakan sekerja lelaki berkenaan yang baru dikenali ketika itu berkelakuan baik pada mulanya, namun menunjukkan 'belang' selepas beberapa bulan berkenalan.

"Lelaki terbabit didakwa menunjukkan pergerakan lucah ketika mereka tinggal berdua di tempat kerja," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa mendakwa nasib malang terus menimpa dirinya apabila majikannya turut melakukan perbuatan sama terhadap dirinya.

"Majikannya dikatakan turut membuat gangguan seksual terhadapnya dengan mengeluarkan kata-kata lucah dan membuat aksi tak senonoh di depannya," katanya.
 
Sponsored Post

anief2020

Active Member
Joined
May 22, 2008
Messages
1,931
Reaction score
4
Points
25
biang tu gatal nk beromen..macam lembu dATANG biang
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
mgkn majikan dia tu penah klik siggy eboss tu:))
 

yazaedar

Active+ Member
Joined
Apr 29, 2006
Messages
2,834
Reaction score
4
Points
25
ingat nak mengadu kat boss.. Tengok tengok boss pun 2x5
 
Sponsored Post
Top
Log in Register