Rakaman video Mkini berubah sewaktu di balai

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Rakaman video perhimpunan nyalaan lilin pada 9 November di Petaling Jaya yang dirampas polis, kini didapati telah diubah sewaktu dalam jagaan pihak berwajib itu.

Rakaman itu dan kamera video Malaysiakini dirampas di hujung perhimpunan tersebut, yang diadakan sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sambutan ulang tahun perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil anjuran Bersih.

Seramai 23 orang - termasuk ahli-ahli politik dan juruvideo Malaysiakini, Shukri Mohammad - ditahan dalam insiden tersebut.

Beliau kemudiannya dibebaskan dan dikehendaki melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya, Isnin depan.

Polis memulangkan rakaman tersebut bersama kamera itu kepada Malaysiakini Selasa lepas.

Selepas semakan rakaman 36 minit tersebut, sejumlah tiga minit dan 42 saat gambar daripada perhimpunan tersebut "telah hilang" di dua bahagian.

Potongan pertama berlaku pada masa rakaman di minit ke-10 dan 54 saat, sewaktu Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengarahkan peserta perhimpunan tersebut bersurai, yang digantikan dengan satu rakaman baru.

Rakaman baru itu kedengaran dibuat oleh seorang penumpang dari sebuah kenderaan polis.

Rakaman yang diubah terjadi pada minit ke-14 dan 40 saat, apabila gambar sekumpulan anggota polis pencegah rusuhan, digantikan dengan rakaman kira-kira enam saat sebuah almari pakaian.

Kandungan rakaman yang "hilang" setakat ini, tidak dapat dipastikan.

Shukri (foto) semalam membuat satu aduan polis di balai Jalan Travers berhubung isu pengubahan rakaman video tersebut kerana ia mungkin akan digunakan di mahkamah jika ada pertuduhan di mahkamah.

"Kami tidak menuduh polis mengubah bahan bukti kerana ada kemungkinan rakaman tersebut terpadam secara tidak sengaja sewaktu dalam jagaan polis," kata ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan.

"Bagaimanapun, polis sewajarnya menjaga bahan-bahan itu yang bakal dijadikan bukti dengan berhati-hati dan tidak bermain-main dengan kamera kami."

Agak2 bila ler depan nak recycle gambar yang 'hilang tu'
 
Sponsored Post

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
kn boleh check video ade diubah atau x..
siap boleh tgk lagi,bila tarikh video di amik,
bila video tu kena pulangkn, check ler tarikh t'baru,
ade perubahan tarikh atau x..
kalo ade,dh sah ler video tu kena kacau..

contoh
 

Attachments

Last edited:

aHmadDaniEL

Banned
Joined
Jul 20, 2008
Messages
18,080
Reaction score
6
Points
115
kalau dah diganti ngn almari pakaian...sah2 la dah ubah...:)):)):))

xder kerja ke polis nih? ke ada scene penting kat situ....:-?
 

ejus

Active+ Member
Joined
Jun 25, 2007
Messages
2,536
Reaction score
0
Points
20
kalau dah diganti ngn almari pakaian...sah2 la dah ubah...:)):)):))

xder kerja ke polis nih? ke ada scene penting kat situ....:-?
pak2 polisi cuma ikut perintah dari ...:-?:-?
 

zolympus

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
241
Points
33
:)paid:)paid:)paid:)paid:)paid
http://www.carigold.com/portal/forums/rules.html

14. Posting yang berbentuk semata-mata image 'smilies' atau ayat-ayat yang tidak berfaedah seperti "tumpang lalu", paste " Currently Active Users Viewing This Thread:" dan apa-apa ayat yang boleh diklasifikasikan sebagai tidak berfaedah adalah suatu bentuk Spam. Spam sama sekali tidak dibenarkan di dalam forum.
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
pandai gak polis yerk bab2 edit nih.....

bagus!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register