Raja Judi Macau, Stanley Ho, meninggal dunia pada usia 98 tahun

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
FILES-HONG_KONG-MACAU-CHINA-ECONOMY-GAMING_1590478978.jpg


Gambar fail Raja Judi Macau, Stanley Ho, yang diambil pada 19 2006 ketika pembukaan kasino baharu di Lisbon. - Foto AFP

HONG KONG: Raja judi Macau, Stanley Ho, yang membina empayar perniagaan di tanah bekas jajahan Portugis itu meninggal dunia hari ini pada usia 98 tahun.

Media rasmi Central Television (CCTV) melaporkan kematian lelaki yang juga antara individu terkaya di Asia, dengan sebahagian besarnya daripada sektor perjudian.

Bagaimanapun, bilionair yang gemar menari itu sering menasihatkan keluarga dan rakan terdekat supaya jangan berjudi.

Namun, mendiang sendiri menerajui SJM Holdings Ltd iaitu salah sebuah pusat perjudian terkemuka dan paling lumayan di dunia, yang dianggar bernilai AS$6 bilion (RM26 bilion).

Dilahirkan di Hong Kong, Ho yang mempunyai empat isteri dan 17 anak terpaksa menstruktur semula empayar perniagaannya berikutan pertikaian undang-undang dalam kalangan keluarga mengenai hartanya pada 2012.

Bagaimanapun, kematiannya tidak dijangka memberi kesan besar terhadap operasi harian empayar perjudian dan perniagaannya.

Syarikat milik persendirian HO, Sociedade de Turismo e Diversões de Macau (STDM) mempunyai pelaburan dalam pelbagai sektor, antaranya hotel mewah, helikopter dan perlumbaan kuda.

Ada antara anak beliau turut menempa nama sebagai pengusaha pusat judi terkemuka, seperti anak perempuannya, Pansy, yang juga Pengerusi Bersama MGM Resorts' Macau manakala anaknya, Lawrence menguruskan Melco Resorts & Entertainment . - AGENSI


 
Top
Log in Register