BTC USD 36,049.1 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Raja Farah berdebar, gementar

voda

Active Member
Platinum Member
Joined
Feb 23, 2010
Messages
2,322
Reaction score
83
Points
35
8382931.jpg


jika artis seusianya masih fokus terhadap karier dan menikmati kehidupan di usia awal 20-an, aktres bernama Raja Farah ini mengambil keputusan besar dengan menamatkan zaman bujangnya.

Pada usia 22 tahun, pemilik nama Raja Farah Raja Abdul Aziz kini menghitung hari untuk diijabkabulkan bersama pasangan pilihan, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 25, pada 12 November ini.

Majlis akan diadakan di rumah Raja Farah di Bukit Jelutong, Selangor pada jam 10 pagi.

Pada sebelah malam, satu majlis kesyukuran akan diadakan di rumah keluarga Raja Farah, manakala majlis persandingan kedua-dua belah pihak dijangka berlangsung awal tahun depan.

“Farah akui berdebar dan gementar memandangkan tinggal empat hari sahaja lagi menjelang hari pernikahan Farah. Kini Farah memahami perasaan bakal pengantin yang menunggu masa untuk dinikahkan.

“Boleh dikatakan setiap hari sebelum dan selepas bangun tidur, topik utama Farah dan keluarga adalah mengenai rencana majlis perkahwinan Farah. Memandangkan Farah anak pertama yang berkahwin, jadi keluarga Farah juga gementar.

“Semua persiapan siap sepenuhnya dan Farah berharap, majlis pernikahan ini akan berjalan lancar seperti dirancang,” kata anak ketiga dari empat beradik ini ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, baju pernikahan direka Shahrir Norden dengan tema putih bercampur warna biru muda, manakala hantaran ditaja Reka Teemoor. Raja Farah akan menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.

Mengimbau detik perkenalan dengan buah hati tersayang, Farah berkata, dia mengenali Megat melalui kawan atas kawan.

“Bagi Farah kami sekepala dan serasi bersama. Kami berkenalan sekitar awal Januari tahun ini dan serius sebulan selepas itu. Megat juga berbeza dengan lelaki yang pernah Farah kenal.

“Dia mempunyai sifat sebagai ketua keluarga, ada pegangan agama dan sanggup melayan kerenah Farah,” katanya mengenai bakal suaminya yang juga seorang ahli perniagaan.

Raja Farah dan Megat melangsungkan pertunangan pada 9 Oktober lalu walaupun pada mulanya upacara bertandang itu adalah majlis merisik.

Namun atas permintaan keluarga lelaki, majlis tersebut bertukar menjadi majlis pertunangan yang sepatutnya dilangsungkan pada 12 November ini.

Kata Raja Farah lagi, selepas berkahwin, dia akan meneruskan karier seninya seperti biasa, namun bakal suaminya telah meletakkan beberapa syarat.

“Dia minta saya berbincang dengan dia dahulu jika mahu menerima apa-apa watak dan meminta saya tidak menjalani penggambaran lebih daripada waktu ditetapkan. Bagi Farah jika kita sudah bergelar isteri, suami memang patut didahulukan dan Farah tidak kisah menerima syarat itu,” katanya yang akan sibuk dengan penggambaran Kau dan Aku 2 sehingga hujung tahun ini.

Sementara itu, Raja Farah meminta semua pihak tidak lagi membuat apa-apa spekulasi sebelum menyiasat dahulu perkara tersebut. Dia juga berharap spekulasi mengarut mengenai dirinya akan dihentikan serta memberi ruang untuk dia dan bakal suaminya menikmati kehidupan normal.
 
Sponsored Post

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
berdebar ngan gosip lagi ,berdebar ngan kawin lagi minah nie ...ishhhh3
 

akusebenar

Active+ Member
Joined
Jun 5, 2010
Messages
4,185
Reaction score
65
Points
30
menyampah aku minah ni..ingt lagi time dia ngan aku g beli chewing gum kat 7e time tusyen dulu..hahahha..skrg dah sombong ngan aku..dulu gurau2 je...skrg kalo jmpe, tegur pun x nk..
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
berdebar nak malam petamo laie....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register