Rais Yatim: Jangan gunakan internet untuk sebarkan fitnah

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
CYBERJAYA - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan internet sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah, hasad dengki atau perkara tidak membawa kebaikan kepada masyarakat, terutama pada musim Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC) bekerjasama rapat dalam memantau perkara itu bagi memastikan kegiatan tidak sihat itu diminimumkan dan
seterusnya dihapuskan.

"Kita akan melaksanakan pangkalan data dan kita akan gunakan sebaik mungkin bagi penyiasatan berhubung jenayah internet.

Perlu untuk kami mempunyai pangkalan data mengenai semua mereka yang dianggap melanggar undang-undang atau mereka yang dianggap melakukan jenayah.

"Tetapi kami juga perlu melakukan siasatan secara terperinci dan bekerjasama dengan PDRM dan AGC supaya impak daripada tugas ini dapati dirasai secara menyeluruh dan memberikan keyakinan kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Liga Remaja Kreatif 2013 di SKMM, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah.

Rais turut menyeru orang ramai melaporkan mengenai kes-kes seumpamanya, sekiranya ada, kepada SKMM ataupun polis.

Mengenai tawaran tempoh siaran 10 minit bagi setiap parti untuk membentang manifesto masing-masing di stesen TV RTM, Rais berkata tawaran itu masih terbuka dan mana-mana pihak boleh memohon untuk mendapatkan peluang itu.

"Saya galakkan mereka memanfaatkan proses demokrasi ini. Dan saya fikir dalam 10 minit banyak perkara boleh dijelaskan kepada orang ramai oleh setiap parti dan falsafah mereka mengenai pembangunan, jenayah atau apa yang ingin ditawar," katanya.

Dalam ucapannya sebelum itu, Rais berkata sehingga kini, kadar penembusan jalur lebar di negara ini adalah 66.5 peratus, di samping hampir 4,000 kampung tanpa wayar dan lebih 300 menara telekomunikasi dibina.

Beliau berkata melihat kejayaan itu, terdapat keperluan untuk melihat anak watan membangunkan produk industri kandungan yang baik termasuk drama dan filem, lebih-lebih lagi ia bakal menjadi eksport penting negara terutama di kalangan negara Asean.

"Jadi saya memohon para guru kita, Finas dan SKMM membina kumpulan cerdik pandai dan kreatif supaya kita boleh menjana satu industri yang bererti kepada kita," katanya.

Selain itu beliau berkata peruntukan sebanyak RM5 juta akan diberikan kepada Finas untuk melibatkan diri dalam animasi dan pendigitalan, dengan dibantu oleh SKMM.

Liga Remaja Kreatif 2013 adalah pertandingan mencipta video anjuran SKMM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Jabatan Penyiaran dan Finas, bertujuan menampilkan bakat pelajar dalam menghasilkan filem pendek bukan saja dalam penjanaan idea, juga bagi mengasah kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) dan multimedia.

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah dari 29 April hingga 21 Jun, hadiah yang ditawarkan termasuk wang tunai berjumlah lebih RM200,000, iPad, iPhone dan kamera digital. - Bernama
 
Sponsored Post

hornarq

Active Member
Joined
Mar 25, 2010
Messages
2,325
Reaction score
24
Points
25
owhhh...kalau guna saluran tv utk sebar fitnah boleh la yer...
adilnya kerajaan mesia nih...
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
dh digugurkan pun...
 

HosterBase

Active Member
Joined
Mar 23, 2012
Messages
1,888
Reaction score
15
Points
25
Rakyat: Jangan gunakan TV dan badan kerajaan untuk sebarkan fitnah
 

ezis2u

Super Active Member
Joined
Aug 1, 2008
Messages
9,747
Reaction score
22
Points
65
menteri nombor da bagi tazkirah....

//semua berita yang memburukkan pr yang disiarkan kt saluran perdana dan juga oleh para cybertroopers umno tu nak jatuh hukum apa ye pak menteri nombor...
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
35,270
Reaction score
2,139
Points
206
ini cadangan ke soalan?.. kuikuikui
 

aidil839

Fun Poster
Joined
Jul 6, 2010
Messages
177
Reaction score
7
Points
15
Sekarang nie siap ada lagu sayangi selangor yakini BN dah kat TV hehe..
Sungguh demokrasi..
 

potsmoker

CG Top Poster Club
Joined
Oct 18, 2007
Messages
28,054
Reaction score
52
Points
130
sepatutnya xyah bersuara da..hahaha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register