BTC USD 62,114.7 Gold USD 1,767.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rais: Lima negeri nikmati Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR - Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia pada harga serendah RM20 sebulan akan diperkenalkan di lima negeri - Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang - mulai 16 Sept ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pakej itu diperkenalkan berikutan kadar penembusan jalur lebar di negeri-negeri terbabit masih belum mencapai kadar penembusan jalur lebar kebangsaan iaitu 64 peratus.

"Hibah tentang kadar ini telah difikirkan terbaik bagi negara dan masyarakat. Kita cuba dulu dan sekiranya dapat sambutan kita akan perluaskan.

"Kita pohon kadar ini (harga pakej) disampingkan dengan kualiti, kejelasan suara, tidak ada panggilan yang terencat dan terputus dan perkara yang terkandung dalam piagam masing-masing (syarikat telekomunikasi)," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran pakej itu di sini hari ini.

Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga RM20 sebulan untuk perkhidmatan tanpa wayar dan RM38 sebulan untuk perkhidmatan berwayar adalah sebagai inisiatif mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat di negara ini.

Pakej perkhidmatan tanpa wayar yang ditawarkan ialah antara RM20 ke RM25 sebulan bagi kelajuan jalur lebar minimum 512kbps dengan kapasiti 1GB manakala bagi pakej perkhidmatan berwayar adalah RM38 dengan kelajuan jalur lebar minimum 384kbps dan kapasiti tanpa had.

Rais dalam ucapannya sebelum itu meminta syarikat telekomunikasi di negara ini meningkatkan perkhidmatan jalur lebar khususnya di negeri-negeri yang mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang lebih rendah berbanding kadar penembusan kebangsaan.

Di samping itu beliau juga meminta syarikat telekomunikasi menangani masalah talian terputus yang sering mendapat aduan daripada pengguna.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd Datuk Seri Shazalli Ramly berkata usahasama antara syarikat telekomunikasi dengan kerajaan bukan sahaja untuk menyokong misi kementerian tetapi juga tanggungjawab untuk memenuhi keperluan rakyat di negara ini.

"Kerjasama antara kementerian dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) telah membuktikan industri ini adalah antara yang paling pesat, namun paling berkembang maju dalam kalangan industri lain di Malaysia," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

kurakuraganas

Fun Poster
Joined
Apr 20, 2012
Messages
850
Reaction score
4
Points
15
hmm...bgus la...org kek kg byr rm20 je sebln...org kt bando byr dokek rm200 sbln...yeayy...jnji d capai
 

tapirbawaklori

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
8,149
Reaction score
207
Points
73
belum tgk pakejnya lagi ...tak leh cakap :)) ... lagipun infra dia masih tak lengkap.
 

joee

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,690
Reaction score
944
Points
161
kenapa 5 negeri..malaysia bkn ada 14negeri ker ? watdehel kjaan slalu double standard nk bg kemudahan kt rakyat
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,902
Reaction score
109
Points
123
berilah pd semua sekali...kata 1Msia....ni nak pilih2 pula
 

potsmoker

CG Top Poster Club
Joined
Oct 18, 2007
Messages
28,054
Reaction score
52
Points
130
kalo murah xpe, tapi line kena la bagus juga..hahahaha
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register