BTC USD 33,078.8 Gold USD 1,802.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia wuduk-kita kongsi bersama

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25



Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.






Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’…

Semoga rahsia Wudhu’ ini memberi manfaat kepada anda. Sila share dengan rakan2 anda di fb atau blog masing2.

Sumber : FB
 
Sponsored Post

dinkedai4

Active+ Member
Joined
Nov 13, 2009
Messages
3,277
Reaction score
1
Points
25
satu perkongsian ilmu yang sangat berguna..terima kasih
 

ayobz

Active Member
Joined
Jun 18, 2006
Messages
2,426
Reaction score
1
Points
25
perkongsian menarik... terima kasih tt
 

LoneRanger

Active Member
Joined
Jan 30, 2009
Messages
2,028
Reaction score
13
Points
25
sama-sama...kalau boleh sebarkan dikalangan saudara Islam yg lain.Print letak kat masjid ke...mana-mana tempat yg memberikan manfaat supaya org sentiasa ingin dalam keadaan berwuduk.suci dan bersih:D
 

mattbee

Fun Poster
Joined
Apr 27, 2010
Messages
185
Reaction score
0
Points
15
Bukan Akupunture rahsia Wudhukl

Pertama- membasuh seluruh muka hingga ke sempadan tepi telinga,seluruh kening hingga ke tepian anak rambut.kenapa Ya? Pertama Mata-dia akan memandang apa jua yang boleh dipandang.berdosa ataupun berpahala.Kedua mulut- akan bercakap apa saja yang baik dan yang tak baik.Ketiga Hidung-akan menghidu bauan samaada yang wangi ataupun yang busuk.samaada datangnya dari tempat yang boleh ataupun yang tak boleh menghidu baunya.Keduanya- membasuh seluruh tangan sampai kesiku.Kenapa Ya? banyak perikaku jahat yang dilakukan tangan tak kurang jua ia melakukan yang baik.Ketiga membasuh kepala- sekurang2nya tiga helai rambut hendaklah basah.kenapa Ya?Di Padang Mashar nanti minta berlindung dengan Allah dari kepanasan teriknya panas ketika itu.Keempat basuh Telinga- Tidak wajib,Tetapi ia juga suka dengar segalanya samaada yang baik ataupun yang tak baik.Terakhir sekali- basuh kaki hingga ke buku lali.Kenapa Ya? Dia banyak berjalan kesana kemari samaada ketempat yang baik maupun yang tak baik.Mintalah dengan Allah supaya kaki kita berjalan macam kilat semasa meniti Titian Siratulmustakim.Minta Ampunlah kepada Allah semasa melaksanakan kerja Wudhuk tadi samaada terhadap dosa yang telah dilakukan ataupun yang belum kita ketahui akan kita lakukan.Muda2han Allah melindungi kita dan memelihara kita dari melakukan Dosa.kalau dah 15 kali sehari minta Ampun untuk anggota Wudhuk InsyaAllah- Allah Maha Pengampun.
 

aiman27

Active+ Member
Joined
May 14, 2010
Messages
4,608
Reaction score
729
Points
71
sbb tu la slps selesai amik wudhuk kita dah mulai rasa tenang..islam mpunyai byk kebaikan dan kehebatan cuma kita kdg kala xperasaan..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register