BTC USD 38,709.7 Gold USD 1,822.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rahsia Ayat Power Atuk DiBongkar....dapatkan senaskah

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Dapatkan senaskah di Harian Metro Oleh Ibrahim Isa.:D

BATU PAHAT: “Saya tahu kamu suka sama suka, tetapi gadis ini masih kecil dan bertaraf cucu kepada kamu. Selagi mangsa berusia bawah 16 tahun, undang-undang negara mengklasifikasikan tindakan kamu sebagai kes rogol.

“Kamu sepatutnya melindungi serta menasihatkan gadis ini dan bukan memujuknya melakukan hubungan seks,” kata Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukum kepada seorang warga emas orang kurang upaya (OKU).

Tertuduh, Mohd Sairi [email protected], 56, yang cacat kedua-dua tangannya dipenjara 10 tahun dan enam sebatan semalam selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan merogol remaja berusia 13 tahun di asrama pekerja di Kampung Dalam, Ayer Hitam pada Oktober 2009.

Dalam penghakimannya, Abu Bakar berkata, tertuduh sepatutnya melindungi dan menasihatkan gadis berkenaan daripada melakukan perbuatan negatif, tetapi keadaan sebaliknya berlaku.



Beliau berkata, kes rogol membabitkan mangsa di bawah umur semakin berleluasa dan hukuman lebih tegas perlu dikenakan sebagai peringatan dan amaran kepada masyarakat.


Abu Bakar menjatuhkan hukuman berkenaan kepada tertuduh yang juga seorang tukang kayu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Sairi dituduh merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 13 tahun sembilan bulan di Asrama Pekerja Kilang, Syarikat Berjaya Perniagaan Kayu Kayan T dan Y di Batu 19, Kampung Dalam, Ayer Hitam, di sini, pada jam 11.30 malam, 24 Oktober tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh merogol mangsa di tempat sama antara jam 2 petang hingga 11 malam pada 25 Oktober tahun lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Mohd Sairi yang tidak diwakili peguam dalam prosiding semalam merayu supaya tidak dikenakan hukuman sebatan dengan alasan dia menghidap asma selain faktor usia.

Bagaimanapun, Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu kerana kesalahannya serius.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiah Saini, manakala dua peguam yang pernah membela tertuduh sebelum ini menarik diri daripada kes itu.

Menurut fakta kes, tertuduh mengenali mangsa selepas gadis itu tersilap menghantar SMS kepada nombor telefon bimbitnya.

Kedua-duanya berbalas SMS selama sembilan bulan sebelum lelaki terbabit memujuk mangsa melarikan diri dari rumah keluarganya di Gemas, Negeri Sembilan, dengan berjanji membawanya ke Genting Highlands, sebaliknya ke tempat lain sebelum dirogol.


Keadaan sekeliling kita masih dibelengu dgn suasana yang mencuriga...:-?








.
 
Sponsored Post

kerunai

CG Top Poster Club
Joined
Sep 2, 2007
Messages
24,973
Reaction score
46
Points
120
macam lembu la atuk siol nih
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,921
Reaction score
541
Points
161
hehehehe,cmne le diorg buat projek yg tua vs muda
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,852
Reaction score
40
Points
130
sebat sampai besepai...merosakkan anak bangsa je
 

anuarkarim

Active Member
Joined
Feb 5, 2010
Messages
2,260
Reaction score
22
Points
35
blh sms2 plk..
yg llk tuh perangai mcm happa ntah..
yg pompuan tuh plk bdk2 lg2...
blh ikut ckp laki tuh suruh lari dr umah..
 

janggut_X

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
dunia dunia,semakin hari semakin pelik.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register