BTC USD 62,082.5 Gold USD 4,259.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ragut: Surirumah cedera diseret lima meter

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
image.jpeg

MANGSA (bulatan merah) berjalan di sisi jalan sebelum diragut suspek yang berada di dalam kereta jenis Proton Waja. - UTUSAN ONLINE

image.jpeg

MANGSA (bulatan merah) diseret kira-kira lima meter oleh peragut. - UTUSAN ONLINE







TUMPAT 24 Mei - Seorang surirumah cedera di kepala, badan dan kaki selepas diseret sejauh lima meter ketika diragut di tepi jalan berhampiran Pejabat Pos Wakaf Bharu di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, mangsa berusia 57 tahun itu dikatakan baru sahaja keluar membeli barangan bersama suaminya di pasar tersebut.

Bagaimanapun ketika berjalan, sebuah kereta jenis Proton Waja dikatakan menghampiri mangsa dan suami yang berasal dari Tanjung Chat, Kota Bharu dari arah hadapan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ab Rashid Mat Daud berkata, penumpang hadapan kereta itu yang memakai penutup muka dan topi dikatakan telah menghulurkan tangan keluar dari tingkap kenderaan itu untuk meragut beg mangsa.

“Lelaki dianggarkan berumur 20-an itu dikatakan menarik beg tangan mangsa yang berada di bahunya namun tidak terlepas menyebabkan mangsa diheret sejauh kira-kira meter,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahya, suami mangsa terus mengejar isterinya yang sedang ditarik sambil menjerit mememinta tolong.

Katanya, orang ramai yang berada di sekitar terus membantu suami isteri terbabit.

“Kedua-dua suspek termasuk pemandu kereta terus meninggalkan tempat kejadian tanpa sempat melarikan beg tangan yang ingin diragut

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa premis yang merakam kejadian itu,” ujarnya.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan merompak. - UTUSAN ONLINE







sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/ragut-surirumah-cedera-diseret-lima-meter-1.907275







.
 
Tiga 'setan' pagi Ramadan

KES_RAGUT_1558702997.jpg

SEORANG suri rumah menunjukkan bahagian kepala, yang cedera akibat diseret sejauh lima meter selepas menjadi mangsa ragut di Wakaf Bharu. Gambar ihsan pembaca.





Seorang suri rumah cedera di kepala, kaki dan badan akibat diseret penjenayah ragut sejauh lima meter berhampiran Pejabat Pos Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, pagi tadi.

Kejadian jam 10.40 pagi itu membabitkan mangsa berusia 57 tahun yang dihampiri suspek menaiki kereta model Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa baru selesai membeli belah di pasar Wakaf Bharu sebelum dihampiri sebuah kereta dari arah hadapan.

“Seorang lelaki yang juga penumpang hadapan kenderaan itu yang memakai penutup muka dan topi bertindak mengeluarkan separuh badannya melalui cermin kenderaan.

“Suspek dalam anggaran usia 20-an bertindak menarik beg tangan dipegang mangsa. Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan mangsa terseret bersama kenderaan suspek yang sedang bergerak sejauh kira-kira lima meter,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ab Rashid berkata, mangsa terus menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di sekitar terus memberi bantuan.

Menurutnya, apabila melihat orang ramai mendekati lokasi, dua suspek termasuk pemandu kereta itu segera memecut melarikan diri tanpa berjaya meragut beg milik mangsa.

“Kami sedang mengesan suspek menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa premis yang merakam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/459089/tiga-setan-pagi-ramadan







.

Update
Kejadian harini..

Kejadian ragut di wakaf bharu jalan belakang pejabat pos.. jale kile semin.. waktu kejadian ore duk meriah beli pasar jumaat pkl 1000-1030pagi..

nom plate keto DCJ 6848@5848 keto waja.. sapo2 ado info silo hubungi balai polis terdekat.. samo2 kito banteras jenayah.. bule ramadhan pun wak doso dunia akhir zaman..

Update:
-Report polis sudah dibuat
-Polis sudah ambik keterangan saksi
-Mujur handbeg mokcik tu xdapat
-tp kesian mokcik abih luko2..
-ejah warga tumpat kesan proton waja tu kehel sapa jupo
(Info: En Akim)

sebelum kejadian saspek isi minyak di petron wakaf bharu x bayar.
no plat palsu..!!!
daftar waja pemilik di pahang

Bila kena tangkap peragutni pandai buat muka kesian bila kena pukul,manalah org xgeram sampai camni skali dibuatnya.mmg xpatutlah kesian kat peragut ni,dapat mmg kasi lunyai lu.
 
Tiga 'setan' pagi Ramadan

KES_RAGUT_1558702997.jpg

SEORANG suri rumah menunjukkan bahagian kepala, yang cedera akibat diseret sejauh lima meter selepas menjadi mangsa ragut di Wakaf Bharu. Gambar ihsan pembaca.





Seorang suri rumah cedera di kepala, kaki dan badan akibat diseret penjenayah ragut sejauh lima meter berhampiran Pejabat Pos Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan, pagi tadi.

Kejadian jam 10.40 pagi itu membabitkan mangsa berusia 57 tahun yang dihampiri suspek menaiki kereta model Proton Waja.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, mangsa baru selesai membeli belah di pasar Wakaf Bharu sebelum dihampiri sebuah kereta dari arah hadapan.

“Seorang lelaki yang juga penumpang hadapan kenderaan itu yang memakai penutup muka dan topi bertindak mengeluarkan separuh badannya melalui cermin kenderaan.

“Suspek dalam anggaran usia 20-an bertindak menarik beg tangan dipegang mangsa. Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan mangsa terseret bersama kenderaan suspek yang sedang bergerak sejauh kira-kira lima meter,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ab Rashid berkata, mangsa terus menjerit meminta tolong dan orang ramai yang berada di sekitar terus memberi bantuan.

Menurutnya, apabila melihat orang ramai mendekati lokasi, dua suspek termasuk pemandu kereta itu segera memecut melarikan diri tanpa berjaya meragut beg milik mangsa.

“Kami sedang mengesan suspek menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di beberapa premis yang merakam kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan merompak,” katanya.







sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/459089/tiga-setan-pagi-ramadan







.
 
bnyak plak kes ragut skang..
 
 
Peragut da makin advanced, ragut pakai keta lak. Tp ragut pakai keta susah, xleh nk speed laju sbb tu beg tu sangkut gk kt bahu. Mohon cpat dpt tangkap ni...
 
wow naik kereta pun boleh meragut ye sekarang. sentiasalah berhati2 bila berada di luar. rumah je lah tempat kita paling selamat (tengok tempat la. kalau tempat banyak kes pecah rumah, rumah pun tak selamat. adeiii).
 
Back
Top
Log in Register