BTC USD 108,912 Gold USD 3,312.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi jawab dakwaan tubuh parti baharu pada Jumaat ini

zackpenang

Super Active Member
gem
Messages
5,974
Top Poster #4
Joined
Jan 9, 2010
Messages
5,974
Reaction score
1,842
Points
151

Rafizi jawab dakwaan tubuh parti baharu pada Jumaat ini​

AF13062023__07.jpg
RAFIZI RAMLI
  • Oleh Meja Berita dan HASIF IDRIS
  • 17 Jun 2025, 2:49 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
PETALING JAYA: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli akan menjawab segala persoalan termasuk dakwaan bakal menubuhkan parti baharu menerusi podcast, ‘Yang Berhenti Menteri (YBM)’, Jumaat ini.
Menerusi hantaran rasmi dalam Instagram, Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu beliau kini bebas bersuara dan tidak terikat dengan sebarang etika kerajaan dan kerahsiaan.

ADVERTISING


“Inshaa Allah, saya akan mengimbangkan ulasan YBM – bakar pun ada, beri pencerahan pun ada. Paling penting mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman adil kepada semua.
“Kuat merajuk, tidak makan dipujuk, jadi menteri tiada hasil, hendak buat parti baru serta formula entah ke mana (antara dakwaan yang bakal dijelaskan). Jumpa hari Jumaat ini, pukul 9 malam,” katanya dalam media sosial tersebut.
Bulan lalu, Rafizi mengumumkan untuk bercuti sejak 28 Mei sehingga 16 Jun, sebelum meninggalkan Kabinet berkuatkuasa hari ini selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dalam Pemilihan PKR 2025.
Semalam, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima peletakan jawatan Rafizi sebagai Menteri Ekonomi dan jawatan itu akan diganti oleh menteri lain yang akan diputuskan kemudian.
Pada masa sama Perdana Menteri berharap Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang turut mengikuti langkah Rafizi melepaskan jawatan menteri, dapat meneruskan tugas tersebut.
Menurutnya, Kementerian Ekonomi juga tidak akan dibubarkan dan akan terus menjalankan fungsinya seperti sebelum ini. – UTUSAN
 
Sponsored Post

Buat parti baru?

PFS, Parti Formula Saya. Btw ngarut sungguh dia nk buat parti baru.
Tapi dia ramai pengikut/penyokong. Sekarang ni ramai insfluencer PKR yang sebelum ni siang malam buat live penerangan dan menghantam walaun serta mempertahankan kerajaan Madani dan PMX dah hilang dari radar. Tinggal berapa orang saja yang masih buat live, kesemuanya penjilat Ijjah/Team damai..🤭🤣🤣🤣
 
Tapi dia ramai pengikut/penyokong. Sekarang ni ramai insfluencer PKR yang sebelum ni siang malam buat live penerangan dan menghantam walaun serta mempertahankan kerajaan Madani dan PMX dah hilang dari radar. Tinggal berapa orang saja yang masih buat live, kesemuanya penjilat Ijjah/Team damai..🤭🤣🤣🤣
Tp x cukup kuat utk dia buat parti lain. Kalau dia buat, rasanya the strength of support x sampai suku pun kekuatan Amanah, yg dah dikira nyamuk.
 
story-image

mk-logo

Berita
'Bagus jika Rafizi, Khairy, Nik Nazmi bergabung dalam parti baru'

Diterbitkan: Jun 19, 2025 11:16 AM

Dikemaskini: 11:16 AM

ADS



https://www.facebook.com/share.php?u=https://www.malaysiakini.com/news/746572
https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/746572
https://twitter.com/share?url=https://www.malaysiakini.com/news/746572
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno mencadangkan agar bekas pemimpin Umno seperti Khairy Jamaluddin, ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli, dan beberapa yang lain membentuk sebuah parti politik baru.



“Bagus juga jika Rafizi, KJ, Nik Nazmi (Nik Ahmad), Shahril Hamdan, Akmal Nasir, Syed Sadiq (Syed Abdul Rahman), Wan Saiful Wan Jan dan Larry Sng bergabung dalam satu parti baru.
“Dalam bola sepak, apabila pemain pemain bintang bergabug, pasukan itu biasanya menjadi terlalu kuat dan juara banyak tahun,” kata Puad Zarkashi dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

“Secara automatik parti ini sudah ada tujuh hingga 10 ahli parlimen. Satu bargaining power cukup kuat di ketika tidak ada single party yang boleh memerintah di Malaysia,” katanya lagi.
Pada 28 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi meletak jawatan sebagai menteri selepas tewas pada pemilihan PKR bagi jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

ADS

Walaupun meletak jawatan dalam kabinet, kedua-dua mereka masih kekal sebagai ahli PKR.
Syed Saddiq, ahli Parlimen Muar, masih ahli parti Muda di sebalik meletak jawatan sebagai presiden parti itu selepas disabitkan kesalahan pecah amanah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sng, ahli Parlimen Julau, pula kini memegang jawatan sebagai presiden Parti Bangsa Malaysia.

ADS

Namun, Puad tertanya-tanya bagaimana mereka boleh bekerjasama dalam satu parti memandangkan latar belakang mereka yang agak menonjol dan berbeza.
“Dengan latar belakang pendidikan, pengalaman jawatan tinggi dalam parti asal dan sifat suka berbeza idea dalam parti, maka apakah mereka ini serasi untuk bergabung?
“Selamat mencuba untuk memeriahkan demokrasi di Malaysia,” kata Puad yang juga adalah speaker Dewan Undangan Negeri Johor.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register