BTC USD 69,692.2 Gold USD 2,355.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi janji pelawa blogger Lim Sian See dalam program audio siar

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
50,793
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
50,793
Reaction score
6,228
Points
881
Awards
1
Rafizi janji pelawa Sian See dalam program audio siar
AD1-D2-C5-F-285-A-4-CC3-8-A1-F-2282-D1-FE1144.jpg

Kasthuri Jeevendran20 April 2024
IMG_1151-681x615
KUALA LUMPUR – “Lim Sian See ini tiada kerja lain, hanya mahukan perhatian sahaja. Tapi nanti saya sendiri akan jemput dia ke udara dalam program audio siar (postcast). Tunggu saya selesai program-program besar untuk rakyat dulu,” kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi yang ditanya mengenai bila akan bersiaran dengan pempengaruh media sosial Lim Sian See berkata, ketika ini beliau sangat sibuk dalam menganjurkan beberapa program besar berkaitan ekonomi negara.

Tambanya, namun beliau bersedia untuk bertemu dengan Sian Sea dan menjemputnya untuk ke program itu dengan beberapa syarat.

“Nanti kita bagi jemputan kepada Lim Sian See. Tapi dalam dua tiga minggu kerajaan ada program-program besar. Contohnya pada Isnin ini kita lancar KL20.

“Keutamaan kita pada rakyat. Biar kita selesaikan program-program besar berkaitan dengan ekonomi dulu.

“Tapi ada syarat ya, saya hendak Sian See untuk tandatangan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Ini bagi pastikan individu ini tidak akan lagi berselindung dengan nama ‘Lim Sian See’,” katanya pada majlis Rumah Terbuka anjuran Parlimen Pandan, di sini, hari ini.

Kata Rafizi, Sian See selama ini telah menggunakan nama itu dan mengkritik sesiapa sahaja tanpa tindakan boleh diambil terhadapnya.

“Selama ini dia boleh guna samaran itu untuk kawal Facebook Datuk Seri Najib. Boleh hentam sesiapa, tapi tidak ada sesiapa yang pernah ambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Beberapa hari lepas, Sian See mengingatkan Rafizi dalam Facebooknya berhubung jemputan untuk muncul dalam program Menteri itu.

Sian See mendakwa, Rafizi dalam satu hantaran di platform X memberitahu untuk menunggu selepas Ramadan.

“Sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah berakhir dan Rafizi sepatutnya sudah menetapkan tarikh. Saya bukannya meminta untuk muncul dalam audio siar itu pada minggu ini atau minggu hadapan, tetapi sekurang-kurangnya tetapkanlah tarikh,” katanya.

Pada 19 Feb lalu, Rafizi berkata beliau mahu menjemput Sian See, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO ,Datuk Puad Zarkashi dan bekas ketua penerangan UMNO, Datuk Isham Jalil menjadi tetamu audio siar ‘Yang Bakar Menteri’ bagi mendengar idea membantu negara dari sudut ekonomi. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register