BTC USD 26,834.6 Gold USD 1,960.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafizi Isytihar Harta Lebih RM18 Juta

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
40,409
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
40,409
Reaction score
5,236
Points
481
Awards
1
NGO gesa SPRM siasat harta Rafizi

NGO gesa SPRM siasat harta Rafizi
Timbalan Presiden PKR yang juga calon PH kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli
PUTRAJAYA: Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan dimiliki calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Presidennya, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz, berkata beliau mempersoalkan deklarasi aset Timbalan Presiden PKR itu dengan RM16 juta diperoleh melalui pegangan saham dalam syarikat yang diasaskannya sendiri.

Katanya, beliau 'tabik' kepada Rafizi kerana mengisytiharkan harta, namun SPRM perlu menyiasat dana yang masuk ke dalam Invoke Solutions Sdn Bhd sedangkan syarikat itu hanya dua kali untung dan berhadapan tiga kali rugi sejak ditubuhkan pada 2016.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan penyertaan Rafizi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya didapati beliau terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram Invoke.

"Sekiranya benar Rafizi terbabit dengan pengubahan wang haram, beliau tidak layak bertanding dan SPR perlu membatalkan penyertaannya dalam PRU15 kerana kerajaan akan berhadapan kerugian untuk mengadakan pilihan raya semula," katanya kepada pemberita ketika hadir membuat laporan berhubung salah laku Rafizi ke pejabat SPRM, di sini hari ini.

Pada 2 November lalu media melaporkan Rafizi menjadi individu pertama mengisytiharkan harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada PRU15 untuk berbuat demikian.

Kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke, syarikat tinjauan awam yang diasaskannya termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans.

Sebelum ini Rafizi yang juga calon Parlimen Pandan memuat naik di platform TikTok untuk memperincikan bagaimana syarikat pemula atau startup yang diasaskannya, Invoke berjaya mencatatkan keuntungan sejak 2020.

Rafizi, dilaporkan berkata keuntungan Invoke mengikut tahun bagi tahun kewangan 2020 ialah RM507,000, manakala tahun kewangan 2021 (RM653,000) dan jangkaan keuntungan tahun kewangan 2022 (RM1.5 juta).

Mohammad Imran berkata, pihaknya membuat laporan kepada SPRM berdasarkan beberapa sumber individu yang dibuat melalui media sosial TikTok dan Twitter.

Katanya, beliau berharap SPR melihat perkara ini dari sudut undang-undang termasuk menggugurkan Rafizi daripada bertanding sekiranya terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram.

"Sekiranya pengaliran wang itu dari sumber yang sah itu tiada masalah," katanya.
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,550
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,550
Reaction score
22,512
Points
2,866
Awards
1
#NSTnation The Malaysian Anti-Corruption Commission (#MACC) SPRM has opened an investigation paper into the asset declaration submitted by #PKR deputy president Rafizi Ramli.
#InvokeSolutions

MACC investigating Rafizi over asset declaration​


November 10, 2022 @ 9:06pm
felooe_1668085578.jpg
PKR deputy president Rafizi Ramli speaks during an interview at the party’s headquarters recently. - NSTP/ASYARF HAMZAH

KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has opened an investigation paper into the asset declaration submitted by PKR deputy president Rafizi Ramli.

This follows a report lodged by a non-governmental organisation over the declaration made by the Pakatan Harapan candidate for Pandan.

Sources said MACC was looking into the matter from various angles.

The NGO, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Malaysia, lodged the report yesterday through its president Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz.



Syed Imran had urged MACC especially to look into the aspect of Rafizi's data analytics company Invoke Solutions.




Rafizi had declared RM18.85 million in assets but the NGO wanted to know where the RM16 million in funding for Invoke came from, considering that Invoke had declared losses amounting to millions of ringgit.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register