BTC USD 47,679.3 Gold USD 1,755.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rafiah terkilan kontrak di UM tamat

Kehidupan

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
Datuk Rafiah Salim terkilan dengan penamatan kontraknya sebagai naib canselor Universiti Malaya (UM) kerana tidak dapat menyempurnakan “pelan transformasi” bagi menaikkan kembali kualiti universiti itu.

Beliau berkata, dalam masa dua tahun lagi, beliau “sangat yakin” sasarannya untuk meletakkan UM dalam senarai 200 universiti terbaik di dunia akan dicapai.

“Sekarang ia mula menampakkan hasil,” katanya kepada Malarafiah salimysiakini, mengulas pemberhentian mendadak beliau selepas kontraknya, tamat hari ini, tidak disambung.

Bagaimanapun beliau menerima keputusan Kementerian Pengajian Tinggi tidak melanjutkan kontraknya.

Rafiah berkata, beliau hanya dimaklumkan penamatan kontraknya kelmarin - 48 jam sebelum tarikh akhir perkhidmatannya - melalui panggilan telefon daripada ketua setiausaha kementerian Datuk Dr Zulkefli A Hassan.

Sebab-sebab penamatan itu tidak dimaklumkan, tambah wanita pertama yang dilantik sebagai naib canselor pada 1 Mei 2006.

Mantan presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon dilaporkan akan mengambil alih tugas Rafiah.

Khidmat Rafiah disambung enam sehingga hari ini apabila kontrak dua tahunnya tamai Mei lalu.

Ketika mengumumkan lanjutan khidmat wanita itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berkata jawatankuasa pilihan akan meneliti calon yang layak memegang jawatan itu.

Rafiah, merupakan naib canselor wanita pertama UM dan memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2006 untuk tempoh dua tahun.

Beliau dilantik menggantikan Datuk Profesor Dr Hashim Yaacob untuk menangani masalah kemerosotan kualiti dan kedudukan UM dalam pemeringkatan dunia.

Bagaimanapun, kedudukan universiti itu terus merosot dalam pemeringkatan Times Higher Education Supplement (THES) - dari tangga 169 pada 2005 kepada 192 pada 2006 dan tangga ke-245 tahun lalu.

Tahun ini kedudukannya naik sedikit kepada tangga 230.
 
Sponsored Post

ratusanRM

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
sbb ditamatkan : x de PHD :p:p:p



skaligus menjatuhkan rating UM :(scam
 

orange76

Super Active Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
6,658
Reaction score
5
Points
65
Bila orang politik masuk campur ....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register