Radio guna bahasa pasar: Orang ramai diminta buat aduan

CG Sponsors




notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta tampil membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekiranya terdapat mana-mana stesen radio di negara ini menggunakan bahasa pasar dalam sistem penyampaian mereka, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang aduan dilaporkan dalam usaha menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan di kalangan pendengar radio.

“Orang ramai dialu-alukan membuat aduan kepada pihak kementerian atau SKMM sekiranya terdapat stesen radio yang tidak mengunakan bahasa kebangsaan sebaliknya lebih cenderung menggunakan bahasa rojak atau pasar,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Wira Syed Ali AlHabshee pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Gandum berkata kementerian sentiasa memantau keadaan tersebut dari semasa ke semasa serta menegur segelintir stesen radio yang gemar menggunakan bahasa pasar tersebut.
 
Sponsored Post

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,478
Reaction score
4,238
Points
196
Sekarang orang dah guna bahasa hypermarket. dah tak guna bahasa pasar.
 

rezekiniaga

Fun Poster
Joined
Jul 25, 2008
Messages
128
Reaction score
0
Points
10
takleh bayang radio era cakap bahasa baku....kaku agaknya nanti..
 

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,935
Reaction score
59
Points
80
esok pagi lepas fj bertugas mulut diorg jd sumbing :))
 

Yajmi

Fun Poster
Joined
Nov 5, 2008
Messages
300
Reaction score
2
Points
15
Sekarang orang dah guna bahasa hypermarket. dah tak guna bahasa pasar.
camno plak bahso hypermarket nie :eek::eek::eek: kasi contoh eh den pun beminat yo nak guno bahso nie
 

protozuaqs

Super Active Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,734
Reaction score
116
Points
73
org ramai juga diminta melaporkan sekiranya stesen-stesen radio ada menyiarkan lagu-lagu berunsur dakwah
atau menghina menteri-menteri seperti lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' agar tindakan ke atas stesen radio yg
terbabit dapat dilakukan dgn serta-merta tanpa kompromi dan tanpa was-was syaitan.
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,179
Reaction score
1,041
Points
1,101
nak ikut radio RTM ker...pergh..cakap baku..xbest ler..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register