BTC USD 26,408.8 Gold USD 1,965.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Radhi OAG mengaku tidak bersalah tuduhan cederakan bekas isteri

Sponsored Post

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,546
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,546
Reaction score
22,510
Points
2,866
Awards
1
berikut dibawah ni semalam punya berita

#petalingjaya Penyanyi yang ditahan semalam selepas dipercayai memukul bekas isterinya ditahan reman dua hari sehingga esok
https://www.hmetro.com.my/.../artis-pukul-bekas-isteri...

Artis pukul bekas isteri direman dua hari, dituduh esok​



PENYANYI yang memukul bekas isterinya dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim
PENYANYI yang memukul bekas isterinya dihadapkan ke mahkamah bagi mendapatkan reman di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. FOTO Hairul Anuar Rahim

Petaling Jaya: Penyanyi yang ditahan semalam selepas dipercayai memukul bekas isterinya ditahan reman dua hari sehingga esok.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairol Azhar Mohd Ishak di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini, hari ini.

Peguam yang mewakili penyanyi lelaki berusia 45 tahun itu, Kailash Hsarma berkata, artis terbabit berkemungkinan akan dituduh di mahkamah esok mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.
"Polis memohon reman selama empat hari namun ia dikurangkan kepada hanya dua hari.

"Dia kemungkinan besar akan dituduh di Mahkamah Petaling Jaya, esok," katanya kepada petugas media selepas di luar bilik reman, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, anak guamnya itu berada dalam keadaan sihat sahaja termasuk dari segi emosi.
"Mengenai tuduhan itu, saya difahamkan dia turut membuat laporan polis malah berpesan supaya kesalahannya hanya boleh ditentukan oleh proses undang-undang," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan penyanyi itu ditahan selepas dipercayai memukul bekas isterinya dalam kejadian di kawasan rumah lelaki itu di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dilaporkan berkata, mangsa berusia 27 tahun membuat laporan berhubung kejadian semalam.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa mahu mengambil anak lelakinya daripada suspek di kawasan parkir rumah pada 2.29 petang.
"Ketika berada di situ, berlaku perselisihan faham kerana mangsa enggan bergambar bersama lelaki terbabit.

"Suspek berusia 45 tahun itu kemudian memarahi dan memukul badan pengadu menyebabkan kesan lebam dan sakit pada anggota badan mangsa," katanya.

Disiarkan pada: April 21, 2022 @ 1:36pm

 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,546
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,546
Reaction score
22,510
Points
2,866
Awards
1
Netizen meneka, tapi wartawan sendiri boleh terus menulis nama atau memaparkan wajah pesalah, sama seperti apa yang dilakukan terhadap pesalah lain.
sis SuriSuria, kebiasaannya, masa kena dakwa kat mahkamah, baru nama didedahkan oleh media massa
klu tahap sebelum tu seperti kena tahan atau reman, nama belum lagi didedahkan lagi

sekejap lagi insya Allah, apabila dah masuk mahkamah tu dan dibaca pertuduhan, media massa akan release detail penyanyi ni
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
130,546
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Jun 3, 2013
Messages
130,546
Reaction score
22,510
Points
2,866
Awards
1
#BHkes Lelaki berusia 45 tahun itu tiba jam 8.53 pagi dengan bergari
https://bit.ly/3v1xL9Z

Artis pukul bekas isteri didakwa​


April 22, 2022 @ 9:19am


Seorang artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya. - Foto NSTP
Seorang artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya. - Foto NSTP

PETALING JAYA: Seorang artis dan penyanyi kumpulan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah di sini, pagi ini dipercayai untuk didakwa kerana mencederakan dan memukul bekas isterinya.

Pendakwaan dijangka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumah Tangga 2017.
Lelaki berusia 45 tahun itu tiba jam 8.53 pagi dengan bergari secara berkumpulan dan memakai baju biru.

Artis berkenaan yang diiringi beberapa anggota polis kemudian dibawa masuk ke mahkamah.





Kelmarin, polis dilaporkan menahan artis terbabit kerana disyaki memukul dan mencederakan bekas isterinya di sebuah kediaman di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, dilaporkan berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima aduan daripada bekas isteri suspek berusia 27 tahun.

Pengadu mendakwa, dia berada di kawasan parkir kediaman bekas suaminya itu di Kota Damansara, jam 2.29 petang untuk mengambil anak lelaki daripada artis berkenaan.

Bagaimanapun, berlaku perselisihan faham kerana pengadu dikatakan enggan bergambar dengan suspek sehingga artis itu didakwa marah dan memukul badan wanita berkenaan menyebabkannya lebam serta anggota badan sakit.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register