BTC USD 57,078.3 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Radeon RX 6000 Di Perkenal Pada Suku Kedua Tahun Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,213
Reaction score
3,898
Points
236
AMD dilihat telah menyaingi Intel dan NVIDIA dalam industri komponen komputer untuk komputer desktop. CPU AMD Ryzen untuk komputer riba juga telah diperkenalkan, dan ia semakin popular untuk komputer-komputer riba gaming, menandingi penawaran oleh Intel.

Ramai yang menunggu masa untuk AMD melancarkan siri kad grafik khusus untuk komputer riba, dan baru-baru ini, Dr. Lisa Su, CEO AMD mengatakan bahawa syarikat tersebut akan memperkenalkan siri kad grafik AMD Radeon RX 6000 Mobile untuk komputer riba pada sekitar suku kedua tahun ini.

Sama seperti siri AMD Radeon RX 6000 untuk desktop, kad grafik versi mobil ini akan dikuasakan menggunakan cip grafik RDNA2 yang akan menawarkan prestasi gaming beresolusi dan bertetapan tinggi. AMD menjangkakan bahawa sejumlah jenama-jenama komputer riba popular seperti ASUS, Alienware, MSI, GIGABYTE dan sebagainya akan hadir dengan penawaran komputer riba menggunakan komponen AMD sepenuhnya juga.

Dr. Lisa Su mengatakan bahawa walaupun dunia kini sedang mengalami krisis bekalan semikonduktor dan cip pemprosesan, komputer-komputer riba yang dikuasakan sepenuhnya oleh AMD ini masih akan diperkenalkan sekitar bulan Mei dan Jun tahun ini, dan akan mula dijual tidak lama kemudian.

Jika anda seorang peminat AMD, pengumuman komputer-komputer riba gaming yang akan datang dalam masa satu ke dua bulan akan datang pasti akan mengujakan anda.

Radeon-RX-6000-Chip-950x534.png.webp

Sumber asal https://www.anandtech.com/show/16646/amd-mobile-radeon-rx-6000-still-on-track-for-q2-launch
 

CG Sponsors




Top
Log in Register