misscordelia
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,426
- Joined
- May 26, 2008
- Messages
- 30,426
- Reaction score
- 62
- Points
- 120
HAA...Ini satu lagi kisah artis yang sebelum ini digosip bercinta tapi enggan memberi sebarang komen. Nak dijadikan cerita, empat hari sebelum Aidilfitri 1 Oktober lalu, seorang wartawan Kosmo! yang nama samarannya pun Marilyn juga tapi bukan dari meja hiburan ni pergilah ke Jalan Masjid India, saja nak tinjau kalau-kalau ada barangan yang boleh dibeli untuk raya tahun ini.
Tiba-tiba si Marilyn ternampak kelibat pasangan lelaki dan perempuan keluar dari lorong pejalan kaki yang agak gelap sambil berpegangan tangan, diikuti seorang lelaki lagak pengawal peribadi pasangan itu.
Bila sahaja pasangan itu muncul di kawasan yang lampunya terang benderang, tiba-tiba secara spontan si lelaki melepaskan tangan pasangan perempuannya itu dan wajahnya tiba-tiba nampak macam tidak keruan.Rupa-rupanya mereka ialah Que Haidar dan Linda Jasminelah!
Si Marilyn ni pun cuak lah juga dan berkata dalam hati: "Takkanlah Que kenal aku ni wartawan Kosmo!".
Rupa-rupanya Marilyn yang perasan. Sebenarnya Que terkesima kerana tiba-tiba sahaja orang ramai yang ada berduyun-duyun di sekeliling Marilyn itu seakan terpegun dengan kemunculan Que dan Linda di situ.Sah, mereka terkenal!
"Lepas tu kan, si Que tu macam nak lari dari perhatian ramai dengan masuk bersama Linda ke dalam sebuah kedai aksesori, agaknya dengan harapan kedai itu ada pintu belakang supaya dia boleh melarikan diri dari kawasan yang ramai orang tu."
Tambah Marilyn: "Yang kelakarnya kedai aksesori tu tak ada pintu belakang, jadi terpaksalah Que keluar semula menerusi pintu depan sambil menarik tangan Linda untuk beredar pergi dari situ sambil disaksikan ramai orang awam.
"Yang kasihannya ialah lelaki yang macam bodyguard tu kerana terpaksa ikut langkah Que dan Linda ke sana ke mari."
Sambil memuncungkan mulutnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya Marilyn berkata: "Sebagai bahan bukti, I ada rakam foto mereka berdua!"
Malaysia ni kecik je..takleh lari mana