BTC USD 108,327 Gold USD 3,382.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Qari Negeri Sembilan, Qariah Johor Johan Tilawah Peringkat Kebangsaan Ke-54

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
455,255
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
455,255
Reaction score
37,598
Points
2,836
Awards
2
KUCHING, 17 Jun -- Qari Negeri Sembilan Amirahman Abas dan qariah Johor Suraya Abu Hassan muncul johan tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-54 yang berlangsung di Dewan Majlis Islam Sarawak Jumaat malam.

Mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM15,000, piala pusingan, piala iringan, sijil dan pakej haji, serta mewakili Malaysia pada tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa.

Tempat kedua dimenangi qari Perak Anuar Hasin dan qariah Sarawak Roziah Ayup yang membawa pulang wang tunai RM7,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil.

Pemenang tempat ketiga ialah qari Terengganu Ahmad Tirmizi Ali dan qariah Nor Azrah Ayub (johan menunggu) yang membawa pulang RM5,000, piala iringan, hadiah iringan dan sijil, manakala peserta lain menerima hadiah saguhati berupa wang tunai RM2,000, hadiah iringan dan sijil.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri Toh Puan Norkiah.

Seramai 29 qari dan qariah dari seluruh negara mengambil bahagian pada tilawah kali ini yang bertemakan '1Malaysia, 1Ummah" dan bermula 13 Jun lepas.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register