akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 53,971
Top Poster #2
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 53,971
- Reaction score
- 6,425
- Points
- 881
- Awards
- 1
Putuskan semua hubungan dengan Zionis Israel
AZMI YUSOFAugust 4, 2024
Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Dr Mohd Zamri Mohd Zainuldin mempersoalkan tindakan kerajaan yang ingin mengadakan Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kerajaan memperjuangkan isu Palestin tetapi dalam masa yang sama meneruskan hasrat untuk menjual saham Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikuasai oleh syarikat Israel BlackRock Inc (BlackRock).
“Umum mengetahui siapa BlackRock dan apa peranan mereka dalam konflik di Semenanjung Gaza. Penyokong Palestin kini sedang bersedih berikutan pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Syeikh Ismail Haniyeh di Tehran, baru-baru ini.
“Hal ini turut didakwa Iran dilakukan oleh rejim Zionis Israel telah menggemparkan satu dunia,” katanya menerusi video di Facebook, pada Sabtu.
Terbaharu, kerajaan juga dilaporkan mengikut latihan ketenteraan maritim antarabangsa Rim of the Pacific (Rimpac) 2024 yang turut disertai tentera Israel.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, berkata Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan mengiktiraf serangan Israel di Gaza adalah genosid.
“Sekiranya kerajaan benar-benar tegas membela nasib Gaza dalam isu moral ini, bukankah sepatutnya kerajaan perlu memutuskan semua hubungan secara langsung dengan pihak Zionis laknatullah ini.
“Bukan sekadar wayang dan pertunjukan kepada rakyat dan dunia untuk menyatakan sokongan, tetapi masih tiada tindakan untuk memutuskan hubungan secara keseluruhan dengan Zionis Israel.
“Wahai pemimpin negara, masih sempat untuk arahkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) hentikan cadangan jualan saham MAHB ini dan memanggil semula Kapal Diraja (KD) Lekiu yang dalam perjalanan ke Hawaii bagi sertai Rimpac 2024,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan, Rimpac 2024 merupakan eksesais maritim terbesar dunia yang diadakan dua tahun sekali di Hawaii dan Amerika Syarikat.
Tentera Laut Israel mula menyertai latihan Rimpac pada 2018 tetapi masih belum menghantar kapalnya untuk menyertai latihan itu. – HARAKAHDAILY 4/8/2024