BTC USD 27,736.0 Gold USD 1,979.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Putus kepala tali terbelit leher ketika potong balak (update)

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,123
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,123
Reaction score
22,836
Points
1,831
Awards
1
Raub - "Saya tergamam apabila melihat kepalanya terpisah daripada badan dan melambung hampir 10 meter akibat tali membelit lehernya sehingga kepalanya putus ketika kami menebang pokok balak," kata Rosli Ibrahim, 43, rakan kepada Muhamad Izham Ahmad Affendi, 20 atau mesra dipanggil Along yang maut ketika menebang pokok balak di hutan berhampiran Lata Jarum, Dong, dekat sini, Jumaat lalu.

Kejadian jam 5.30 petang itu berlaku ketika Rosli bersama mangsa dan seorang lagi rakannya mengambil upah membersihkan kawasan surau berhampiran hutan berkenaan.

Menurut Rosli, ketika menebang pokok sebesar dua pemeluk orang dewasa dengan ketinggian 40 meter itu, dia meminta Along dan rakannya mengikat tali di bawah dan atas pokok untuk ditarik selepas ditebang.

"Kami melakukan kerja mengambil upah menebang pokok sejak setahun lalu dan seperti kebiasaan, saya mengambil tugas menebang manakala dua yang lain menariknya bagi memudahkan pokok tumbang.

"Saya sempat menjerit dan berlari ke arah mereka ketika pokok ditebang dan ketika itu saya lihat badan Along terpisah daripada kepalanya menyebabkan saya tergamam," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurut Rosli, dia bersama rakannya berlari mendapatkan mangsa, namun mendapati Along meninggal dunia dalam keadaan kepala terputus.

"Ketika itu hanya Tuhan saja tahu perasaan saya berikutan kejadian mengerikan itu berlaku di depan mata apatah lagi rakan sendiri yang sering bersama melakukan kerja menebang pokok.

"Saya bersama rakan gagahkan juga keluar meminta bantuan sebelum ke Balai Polis Dong melaporkan kejadian itu," katanya.

Rosli yang berasal dari FELDA Kota Gelanggi 8, Jerantut, berkata anggota polis tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian sebelum membawa mayat mangsa ke Hospital Raub, di sini, untuk dibedah siasat.

"Along bersama saya sejak setahun lalu dan rajin melakukan kerja kampung untuk menyara keluarganya. Ketika ini, saya mahu berhenti dulu melakukan kerja menebang pokok kerana sukar melupakan apa yang berlaku," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Raub Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, mangsa dari FELDA Kota Gelanggi 8 mengambil upah menebang pokok balak bersama dua rakannya.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dan rakannya menebang pokok balak mati. Mangsa memegang tali manakala rakannya memotong pokok terbabit.

"Bagaimanapun, ketika menebang pokok itu, dipercayai tali dipegang mangsa terbelit di leher menyebabkan kepalanya terputus lalu meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kota Gelanggi 8 pagi kelmarin," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan mati mengejut.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/1467#sthash.QUcUcJkz.dpuf
RAUB - Seorang lelaki berusia 20-an maut kepala terputus ketika cuba menebang sebuah pokok kayu balak dalam hutan berhampiran Lata Jarum, Dong, dekat sini jam 5.30 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, mangsa yang dikatakan berasal dari Jerantut itu mengambil upah menebang balak bersama dua rakannya.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dan rakannya cuba menebang sebatang pokok balak yang telah mati di mana mangsa bertindak memegang tali manakala rakannya memotong pokok terbabit.

“Bagaimanapun, ketika menebang pokok tersebut, dipercayai tali yang dipegang mangsa terbelit di kepala menyebabkan kepala mangsa terputus.

“Rakan mangsa ketika itu tidak menyedari kejadian terbabit mencari mangsa yang didapati hilang secara tiba-tiba namun menjumpai mangsa tidak lama kemudian dalam keadaan kepala terbelit pada tali,” katanya.

Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/terputus-kepala-ketika-tebang-pokok-1.323787
 
Last edited:
Sponsored Post

abdul_ir

Super Active Member
Messages
6,741
Joined
Mar 26, 2009
Messages
6,741
Reaction score
37
Points
70
jgn main2 dengan acara tebang pokok...walaupon pokok sekadar sebesar paha...

banyak penelitian dan kemungkinan yang perlu diambil kira...

lagi2 kalau xde pengalaman...


dalam kes ni aku x paham camne terbelit tali..
sebab biasanya yg aku tau..kalau nak tarik tali...tali terlebih dahulu diikat di pangkal pokok lain dan ditegangkan setegang2nya...kalau xde tools...3 4 org diperlukan..dah tegang kaw2..baru start tebang sambil yg penarik tunggu masa nak henjut..(tali kena pastikan sah jauh dari pokok yg tumbang tu...penarik x perlu lari masa pokok tumbang...

cer bg cmne boleh terbelit..
 

nik1412

Active+ Member
Messages
2,702
Joined
Dec 31, 2007
Messages
2,702
Reaction score
21
Points
25
jgn main2 dengan acara tebang pokok...walaupon pokok sekadar sebesar paha...

banyak penelitian dan kemungkinan yang perlu diambil kira...

lagi2 kalau xde pengalaman...


dalam kes ni aku x paham camne terbelit tali..
sebab biasanya yg aku tau..kalau nak tarik tali...tali terlebih dahulu diikat di pangkal pokok lain dan ditegangkan setegang2nya...kalau xde tools...3 4 org diperlukan..dah tegang kaw2..baru start tebang sambil yg penarik tunggu masa nak henjut..(tali kena pastikan sah jauh dari pokok yg tumbang tu...penarik x perlu lari masa pokok tumbang...

cer bg cmne boleh terbelit..

hanya shinichi kudo yang leh jawab ni :))

tp tu la, pelik jgk ni.. camne leh terbelit kt leher? :-?
 

~~ aMin_11 ~~

Active+ Member
Messages
2,585
Joined
Jun 6, 2014
Messages
2,585
Reaction score
0
Points
20
jgn main2 dengan acara tebang pokok...walaupon pokok sekadar sebesar paha...

banyak penelitian dan kemungkinan yang perlu diambil kira...

lagi2 kalau xde pengalaman...


dalam kes ni aku x paham camne terbelit tali..
sebab biasanya yg aku tau..kalau nak tarik tali...tali terlebih dahulu diikat di pangkal pokok lain dan ditegangkan setegang2nya...kalau xde tools...3 4 org diperlukan..dah tegang kaw2..baru start tebang sambil yg penarik tunggu masa nak henjut..(tali kena pastikan sah jauh dari pokok yg tumbang tu...penarik x perlu lari masa pokok tumbang...

cer bg cmne boleh terbelit..


x pelik la pd aku,tali terpintal biasa jadi kalo x gulung n susun betol2..

ni tentu gune tali besar,pokok tumbang laju tali yg berpintal pn mengikut je pokok tumbang,kebetulan lak mangsa mungkin ada tarik atau lilitkan tali pd badan sket dan tali berpintal tu mengikut je,atau pn mangsa da tersedar saat2 akhir tp x sempat nk leraikan dari terpintal tu

aku penah kene tp kat tgn la,tu mujur la aku cepat perasan dan leraikan pintalan tu waktu 5saat lg pokok nk tumbang,tp berbirat merah2 ugak la kulit,pokok sukun tinggi 20kaki je huhu
 
Sponsored Post

Top
Log in Register