Covid-19 Pusat Zakat Terus Tampil Hulur Sumbangan

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
Kerjasama LZS-Perkeso Bantu Asnaf, Golongan Terjejas Covid-19

26.08.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menjalin kerjasama perkongsian data bagi membantu asnaf termasuk golongan terjejas pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, mendapatkan perlindungan sosial yang menyeluruh. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop berkata menerusi kerjasama dalam Program Sinergi Sosial itu, kedua-dua agensi berkenaan akan berkongsi data asnaf yang memerlukan bantuan keselamatan sosial dan penempatan pekerjaan supaya mereka mampu berdikari seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Menerusi perkongsian data ini juga, jika ada asnaf menerima bantuan sama daripada LZS dan Perkeso, contohnya bantuan rawatan mesin dialisis, sama ada LZS atau Perkeso, kita boleh tamatkan bantuan berkenaan dan menyalurkannya kepada penerima lain pula. Dengan cara ini, kita dapat pastikan bantuan disalurkan dengan lebih menyeluruh tanpa ada yang tertinggal,” katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kolaborasi Program Sinergi Sosial antara LZS dan Perkeso di sini hari ini.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Saipolyazan mewakili LZS dan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed bagi pihak pertubuhan berkenaan. Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi LZS, Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail dan Ahli Lembaga Perkeso, Datuk Ahmad Nadzaruddin Abdul Razak. Tambah Saipolyazan lagi, kerjasama berkenaan juga akan mendaftarkan asnaf yang masih produktif serta penerima bantuan zakat LZS yang kehilangan kerja akibat wabak COVID-19 di portal penjanakerjaya.perkeso.gov.my supaya mereka dapat kembali bekerja dan menjana pendapatan sendiri.

Sementara itu, Mohammed Azman berkata Perkeso juga telah membangunkan sistem ‘MySynergy’ bagi menyokong program berkenaan. Katanya, sistem itu berupaya menjana tiga jenis data iaitu data individu yang telah dibantu, yang sedang dibantu dan yang belum dibantu serta ia boleh diakses oleh setiap agensi terlibat dalam Program Sinergi Sosial. “Jalinan kerjasama ini dilihat sebagai penyelesaian tepat terhadap permasalahan bagi membantu kedua-dua agensi untuk memastikan tiada prospek tercicir daripada menerima bantuan.

“Di samping itu, ia dapat memenuhi tanggungjawab, amanah serta fungsi masing-masing dan diharapkan kerjasama ini akan menjadi contoh kepada lembaga pengurusan zakat di negeri-negeri lain,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/kerjasama-lzs-perkeso-bantu-asnaf-golongan-terjejas-covid-19/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
Sumbangan LZS Ringankan Beban Pesakit Hospital

14.09.2020 - Shah Alam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) kerana menyalurkan sumbangan kepada Tabung Kebajikan Pesakit Hospital pada setiap tahun.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon berkata sumbangan tersebut membantu pesakit kurang berkemampuan membiayai sebahagian atau sepenuhnya kos rawatan, pembelian peralatan pemulihan dan ubat.

“Pesakit paling banyak membuat permohonan bantuan terdiri penghidap penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi, kencing manis, jantung, buah pinggang dan pesakit lumpuh yang memerlukan kerusi roda.

“Tabung ini juga membantu pesakit membeli susu khas dan lampin pakai buang, jadi kita harap lebih banyak pihak mencontohi LZS,” katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital oleh LZS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

Sejumlah RM1.77 juta disalurkan LZS kepada 17 hospital, pusat perubatan dan institut kesihatan menerusi Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia.

LZS menyalurkan sumbangan sejak 2008 bertujuan meringankan beban pesakit kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital.

Dalam perkembangan sama beliau berkata LZS turut menyalurkan bantuan sejumlah RM725,480 bagi membeli kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE), ventilator dan khemah bagi kemudahan petugas kesihatan melakukan saringan Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/sumbangan-lzs-ringankan-beban-pesakit-hospital/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
LZS Bantu Gelandangan OKU, Sedia Rumah Lebih Selesa

23.11.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) membantu seorang gelandangan yang juga orang kelainan upaya (OKU) mendapat kediaman lebih selesa. Agensi itu berkata Ahmad Azman Sulaiman kategori OKU lembam namun boleh menguruskan diri sebelum ini tinggal di pondok pusat belian padi dan sawit Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar.

“Berdasarkan maklumat serta bancian, LZS dapati beliau layak dikategorikan sebagai asnaf miskin. Atas inisiatif zakat Selangor daerah Sabak Bernam dan dibantu oleh penolong amil kariah telah menemui rumah sewa yang sesuai untuk diduduki oleh beliau seorang. Bayaran sewa dibantu mulai bulan ini,” kata LZS menerusi Facebook.

LZS turut menyediakan kelengkapan lain seperti tikar getah, katil dan tilam bagi memastikan asnaf berkenaan selesa.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/lzs-bantu-gelandangan-oku-sedia-rumah-lebih-selesa/
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,660
Reaction score
1,400
Points
201
Zakat kene pantas time2 mcm ni.. baru org makin cerdas nak berzakat
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
LZS Lancar Kempen MY2.5, Minta Lebih Ramai Bayar Zakat

23.11.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyasarkan kutipan sejumlah RM230 juta menerusi Kempen MY2.5 sepanjang Disember. Ketua pegawai eksekutif berkata kempen dengan slogan ‘Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka’ bertujuan menggalakkan orang Islam membayar zakat sebanyak 2.5 peratus daripada pendapatan atau harta.

“Kempen yang bermula 1 sehingga 31 Disember depan bagi memastikan pengeluar zakat menunaikan tanggungjawab masing-masing pada musim puncak hujung tahun. Allah menetap hak untuk lapan golongan asnaf yang perlu kita bantu, jadi LZS menyeru lebih ramai tampil mengeluarkan zakat,” kata Saipolyazan M Yusop pada sidang media di Pejabat LZS Presint ALAMi Seksyen 13 hari ini.

Beliau berkata kutipan zakat pada bulan depan bakal digunakan untuk membantu golongan terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebelum ini ramai keluarga terjejas akibat PKP dan LZS jangkakan pelaksanaan PKPB juga beri kesan yang kepada ramai keluarga, jadi lebih ramai perlu tampil bayar zakat,” katanya.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dilaksanakan pada 14 Oktober dan disambung sehingga 6 Disember.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/lzs-lancar-kempen-my2-5-minta-lebih-ramai-bayar-zakat/
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,660
Reaction score
1,400
Points
201
Zakat Selangor Ada yg positif cobit.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
300,000 Individu Gagal Tunai Tanggungjawab, LZS Giat Kempen Kesedaran

24.11.2020 - Shah Alam, Seramai 300,000 individu layak membayar zakat di negeri ini gagal menunaikan tanggungjawab tersebut, kata ketua pegawai eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS). Saipolyazan M Yusop berkata pihaknya mempergiat kempen kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung kewajipan membayar zakat di negeri mereka memperoleh harta atau pendapatan.

“Kempen MY2.5 iaitu membayar zakat sebanyak 2.5 peratus daripada pendapatan atau harga akan dijalankan sepanjang Disember selain kempen zakat digital menerusi EZakatPay, perbankan internet, portal MyEG, Pos Online, e-dompet GoPayz serta Boost. Zakat ini besar maknanya kepada asnaf, fakir dan miskin, jadi kita berharap lebih ramai golongan layak tampil membayar zakat,” katanya pada sidang media di Pejabat LZS Presint ALAMi Seksyen 13 semalam.

Beliau berkata LZS menjangka bilangan layak menerima zakat meningkat kepada 80,000 keluarga menjelang hujung tahun susulan Covid-19.

“Pada tahun lepas kita berjaya mengutip zakat sejumlah RM868 juta dan pada tahun ini jumlahnya perlu tinggi kerana bilangan keluarga asnaf meningkat,” katanya.

Pada 11 Julai LZS menurunkan sasaran kutipan zakat dari RM855.1 juta kepada RM800 juta akibat penularan Covid-19. Tahun lalu, zakat perniagaan dan pendapatan menyumbang sebanyak 78 peratus daripada jumlah keseluruhan kutipan di Selangor.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/300000-individu-gagal-tunai-tanggungjawab-lzs-giat-kempen-kesedaran/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
Penjual Burger Terharu LZS Sumbang Kelengkapan Sekolah Anak

17.12.2020 - Shah Alam, Bapa kepada tiga anak berasa lega dan terharu apabila persiapan sekolah anak untuk tahun depan disediakan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mohd Azli Ibrahim, 43, berkata situasi Covid-19 yang berterusan sehingga hari ini menyebabkan pendapatannya sebagai penjual burger terjejas teruk.

“Tetapi nasib saya baik kerana LZS ada dan sudah dua tahun anak-anak saya mendapat bantuan persekolahan yang disediakan mereka. Jika dahulu, saya hanya dapat beli sepasang saja baju seragam sekolah untuk anak-anak, tetapi sekarang mereka ada kelengkapan yang lebih baik dan selesa,” katanya.

Wan Zaharah Wan Mohamad pula menarik nafas lega apabila kali pertama dimaklumkan beliau mendapat bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Pembantu gerai itu berkata suaminya sudah kehilangan pekerjaan pada awal Mac lalu akibat pandemik.

“Saya amat gembira kerana anak-anak dapat bersekolah dalam keadaan lebih selesa walaupun saya tidak mampu menyediakan kelengkapan mereka. Terima kasih kepada Zakat Selangor di atas bantuan diberikan,” katanya.

Kedua-dua mereka ditemui ketika Program Agihan Persekolahan Asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf sesi 2021 di Bangunan LZS, semalam. Agensi menyediakan RM34.6 juta bantuan kepada lebih 70,000 penerima membabitkan pelajar pra-sekolah hingga sekolah menengah.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/penjual-burger-terharu-lzs-sumbang-kelengkapan-sekolah-anak/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
Sultan Selangor Berkenan Terima Zakat Perniagaan RM9.8J

22.12.2020 - Shah Alam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM9.8 juta daripada lima syarikat korporat bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Istana Bukit Kayangan di sini.

Pada majlis tersebut, Gas Malaysia Berhad diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ahmad Hashimi Abdul Manap menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta, manakala Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn Bhd Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel pula menyerahkan RM1.25 juta, kedua-duanya bagi tahun kewangan berakhir 2020.

Sementara itu, tiga lagi membuat pembayaran zakat untuk tahun kewangan 2019 iaitu SIRIM Berhad yang diwakili Pengerusinya Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin Ali (RM2.28 juta), QSR Brands (M) Holdings (RM1.7 juta) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (RM1.11 juta).

Majlis turut dihadiri Pengerusi LZS Tan Sri Syed Anwar Syed Putra Jamalullail.

FW1128867_SG01_22122020_SULTAN_BN202012216059-lpr-e1608623169653-960x593.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/sultan-selangor-berkenan-terima-zakat-perniagaan-rm9-8-juta/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,792
Points
236
LZS Had Operasi 13 Cawangan Di Sembilan Daerah

13.01.2021 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengehadkan operasi hanya 13 cawangan di sembilan daerah susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini. LZS berkata cawangan tersebut termasuk Seksyen 13 Shah Alam, Kompleks UTC Shah Alam, Subang Jaya, Kompleks Mais Klang, Banting, Bandar Baru Salak Tinggi, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Ampang, Selayang, Kuala Kubu Bharu, Kuala Selangor dan Sungai Besar.

“Waktu operasi mulai jam 10 pagi hingga 2 petang manakala di Kompleks UTC Shah Alam dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Penangguhan operasi ini tidak menjejaskan agihan bantuan bulanan sebaliknya asnaf sedia ada tetap menerima bantuan seperti biasa,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

LZS menambah, orang ramai yang ingin membuat semakan bantuan dan cetakan penyata bayaran zakat boleh melayari http://ezo.zakatselangor.com.my. Pembayaran zakat pula boleh dilakukan melalui transaksi dalam talian dengan melayari http://fpx.zakatselangor.com.my atau menerusi perbankan internet.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian Zakat Selangor 1 300 88 4343 atau melalui webchat di portal http://www.zakatselangor.com.my atau e-mel ke [email protected].



Berita asal https://selangorkini.my/2021/01/pkp-lzs-had-operasi-13-cawangan-di-sembilan-daerah/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register