Covid-19 Pusat Zakat Terus Tampil Hulur Sumbangan

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
29.03.2020 - Kuala Lumpur, Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Itu kata-kata yang dapat digambarkan apabila pelbagai pihak tampil berkongsi rezeki bersama golongan memerlukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak Covid-19.

Selain bantuan menghasilkan pelindung muka buat petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Lembaga Zakat dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan giat memainkan peranan memberi bantuan berupa makanan kepada masyarakat setempat.

Di KEDAH, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyediakan peruntukan tambahan RM9.7 juta untuk diagihkan kepada golongan sasar di negeri berkenaan, yang terkesan akibat lanjutan PKP selain sebagai persediaan menghadapi bulan Ramadan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman dalam kenyataan berkata peruntukan yang diperkenan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah itu akan digunakan untuk menyediakan bekalan makanan dan memastikan rakyat tidak terputus bekalan.

Katanya, bekalan makanan tambahan itu akan diserahkan kepada 578 masjid seluruh negeri yang dijadikan Pusat Bekalan Makanan Fakir dan Miskin Zakat Kedah dan diagih menerusi tiga fasa iaitu fasa 1 pada awal April, fasa 2 pada pertengahan April (untuk persediaan awal Ramadan) dan fasa 3 pada awal Mei (sepanjang Ramadan hingga awal Syawal).

Sementara itu, di JOHOR Persatuan Pekebun-Pekebun Sayur Yong Peng mengambil inisiatif mengagihkan sayur dan buah-buahan secara percuma di beberapa kawasan perumahan di sekitar Yong Peng dan Ayer Hitam, sejak 21 Mac lepas.

Pengerusi persatuan itu, Cheng Tai Hoe ketika dihubungi berkata 500 bungkus sayur dan buah-buahan disediakan ahli persatuan berkenaan setiap hari mulai 8 pagi sebelum agihan dimulakan pada 10 pagi hingga kira-kira 12 tengah hari.

Menurut Cheng antara sayur yang diagih adalah terung, timun, cendawan, petola serta peria manakala buah-buahan pula ialah tembikai, betik, pisang, nanas, jambu serta buah naga.

Selain itu, di SABAH Persatuan Wanita Impian Sabah (WINS) di Kota Kinabalu, menggerakkan projek #familysurvivalkitforsabah bagi memberi kit makanan asas kepada golongan yang memerlukan sekitar bandar raya itu sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Pengerusinya, Mahira Bahar berkata inisiatif tersebut yang mendapat kerjasama Pertubuhan Muafakat Sabah itu dilaksana mulai semalam bertujuan membantu keluarga yang terputus bekalan makanan kerana tidak mempunyai sumber pendapatan untuk membeli barangan keperluan harian berikutan pelaksanaan PKP.

Setiap kit bekalan makanan bernilai RM50 yang mengandungi makanan asas seperti beras, minyak, tepung, telur, gula dan biskut, katanya.

Di MELAKA, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan zakat lebih RM3.64 juta dalam bentuk wang tunai dan bantuan makanan kepada golongan sasar di negeri ini yang terjejas akibat COVID-19 khususnya dalam tempoh PKP.



Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/517581
 
Sponsored Post

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
Wanita Tipu Anak Di Jangkiti Covid-19 Bagi Raih Bantuan - LZS

30.03.2020 - Shah Alam, Seorang wanita dikesan melakukan penipuan di media sosial mendakwa anaknya dijangkiti Covid-19 bagi meraih simpati dan sumbangan orang ramai.

Perkara itu didedahkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) apabila berjaya mengesan taktik seorang wanita dari Kuala Selangor mendakwa anaknya berada di hospital berikutan positif wabak berkenaan.

LZS memaklumkan, pihaknya membuat semakan sejurus menerima aduan Skuad Saidina Umar (SSU) mendapati wanita terbabit sedang menipu orang ramai di media sosial.

“SSU menghubungi wanita itu dan dia mengaku menipu bagi meraih simpati bertujuan mendapatkan wang,” kata LZS di Facebook hari ini.

LZS memberitahu, wanita terbabit merupakan asnaf fakir berdaftar dengan agensinya dan menerima bantuan sejak 2007.

“Wanita itu menerima bantuan kewangan bulanan RM500, bantuan makanan bulanan (dihantar terus ke rumah), bantuan hari raya tahunan dan bantuan persekolahan serta banyak kali mendapat bantuan kecemasan tunai.

“Wanita itu tidak bekerja kerana menguruskan rumah tangga manakala suaminya bekerja sebagai pemandu lori pasir dan terlibat penyalahgunaan dadah serta baru dibebaskan dari penjara,” jelas LZS.

LZS mengingatkan orang ramai terus merujuk pihaknya untuk pengesahan jika menerima kes mencurigakan.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/wanita-tipu-anak-dijangkiti-covid-19-bagi-raih-bantuan-lzs/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
LZS Serah Sumbangan Buat Petugas Di ILIM

31.03.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi Divisyen Operasi Agihan Asnaf memberi sumbangan barangan kering kepada petugas Stesen Kuarantin Covid-19 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi semalam.

Agensi itu dalam kenyataan di Facebook memaklumkan sumbangan seperti biskut, mi cawan segera dan air kotak tersebut bagi memberi suntikan moral kepada petugas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

“Stesen ini menempatkan seramai 217 Orang Bawah Pengawasan (PUI) bagi tujuan kuarantin.

“Seramai 150 orang daripada Pasukan Polis Gerakan Am, Jabatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah Sepang, Majlis Perbandaran Sepang, bomba dan lain-lain agensi terlibat mengawasi individu bawah PUI berkenaan,” katanya.

Sumbangan diserahkan kepada penyelaras agihan sumbangan stesen tersebut merangkap pegawai JKM Sepang, Norshimahwati.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/03/covid-19-lzs-serah-sumbangan-buat-petugas-di-ilim/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
100 Keluarga Pangsapuri Ken Rimba Terima Bantuan MAIS

04.04.2020 - Shah Alam, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyumbang bantuan makanan kering kepada 100 keluarga di Pangsapuri Ken Rimba di sini yang terkesan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan bantuan seperti beras, tepung dan gula bernilai RM5,000 dibeli menggunakan Tabung Prihatin Covid-19 dan diagihkan semalam.

“Mais mendapat berita penduduk di pangsapuri berkenaan terputus bekalan makanan sejak PKP dilaksanakan.

“Selepas perbincangan dengan Adab Youth Garage (AYG), mereka uruskan penghantaran dan pengagihan bantuan kepada penduduk,” katanya.

AYG merupakan pusat interaktif yang memfokuskan aktiviti pembangunan belia serta masyarakat setempat di Pangsapuri Ken Rimba.

Orang ramai yang mahu menyumbang kepada Tabung Covid-19 Mais boleh melayari pautan http://fpx.mais.gov.my/epay/sedekah.php

Sumbangan boleh disalurkan melalui pindahan wang ke nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12038010134961) atas nama Majlis Agama Islam Selangor, (Nyatakan:Tabung sumbangan Covid19).



Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/100-keluarga-pangsapuri-ken-rimba-terima-bantuan-mais/
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
Prihatin dan komitmen atas keperluan menjawab pertanyaan asnaf @ umat Islam di daerah negeri Pahang sepanjang tempoh PKP, disenaraikan no telefon untuk dihubungi pada setiap hari bekerja sahaja sprti masa berikut:

9.00 pagi hingga 3.00 petang

Jom kita sharedkan demi kemudahan;

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
62,390
Reaction score
9,799
Points
1,746


Sinar Harian

· 3 min

RM6 juta diperuntukkan Zakat Pulau Pinang kepada Asnaf yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19

Bantulah Asnaf yang terjejas akibat PKP dan penularan wabak COVID-19.

Lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang layak. InshaAllah.

Berikut adalah pautan yang boleh anda lakukan untuk pembayaran melalui atas talian (online) iaitu melalui Perbankan Internet dan JomPay.

📌Bayaran zakat melalui perbankan internet : https://bit.ly/2oZjRpf

📌Pembayaran zakat melalui JomPAY :
https://bit.ly/2MmCJqe

#kempenBayarOnline #bayarZakatDiRumah #zpp#zakatpenang #penang #covid #covid19

1586143049057.png


 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
LZS Agih RM15J Bantu Golongan Terkesan Covid-19

06.04.2020 - Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah mengagihkan bantuan RM15 juta kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19 di seluruh negara.

LZS menerusi Facebook memaklumkan peruntukan zakat disalurkan itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM119.36 juta bersama agensi agama negeri lain sehingga Mac lalu.

“Terima kasih kepada pengeluar zakat. Moga Allah mengangkat wabak Covid-19 dari muka bumi ini,” katanya menerusi Facebook.

Rabu lalu, LZS mengumumkan pelaksanaan bantuan khas Covid-19 membabitkan 29,000 penerima dengan anggaran peruntukan RM14 juta dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan Mat Yusop menyatakan 9,000 daripadanya adalah golongan asnaf fakir, miskin serta mualaf akan diberi RM500 setiap seorang.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/lzs-agih-rm15-juta-bantu-golongan-terkesan-covid-19/
 

adamrao

Active Member
Joined
Mar 1, 2017
Messages
1,451
Reaction score
149
Points
43
ehhh ada rupanya zakat.. aku ingat p beli tanah buka ladang sawit cam tabung haji.. kalo x tolong apa kata mufti ngan orang melayu islam pula kan? nie tolong ikut sempadan negeri ka x nie bang zakat?
 

Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
18,010
Reaction score
3,252
Points
236
Sultan Tiada Majlis Berbuka, Zakat Masuk Akaun Bank

08.04.2020 - Shah Alam, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor memutuskan untuk tidak mengadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih bersama rakyat di masjid-masjid seluruh Negeri Selangor tahun ini.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin Idris Shah tetap meneruskan sumbangan duit raya dan agihan zakat kepada asnaf serta golongan memerlukan yang akan disalurkan melalui akaun bank penerima.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata keputusan itu mengambil kira faktor keselamatan susulan penularan Covid-19 yang belum dapat dibendung sepenuhnya sekali gus mengelak rakyat berisiko terkena jangkitan.

“Untuk itu, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan agihan zakat dan bantuan Hari Raya sebanyak RM500 kepada setiap seorang penerima dengan kaedah yang lebih selamat dan efisyen, menerusi pengkreditan terus ke akaun bank penerima.

“Manakala, bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank, LZS akan memberikan baucar tunai untuk dikeluarkan di mana-mana cawangan Bank Islam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Secara tradisi, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakyat di seluruh negeri pada setiap Ramadan selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan fakir miskin.

Mohamad Munir berkata Sultan Selangor turut menasihati umat Islam agar menyambut Ramadan dengan menumpukan amal ibadat di samping mematuhi panduan dan arahan terkini kerajaan.

“Baginda turut mendoakan agar seluruh rakyat dijauhi daripada bala bencana serta dilindungi Allah Subhanahu Wata’la, dan berharap semoga wabak Covid-19 yang melanda negara ini dapat segera berakhir supaya rakyat dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa, sihat sejahtera, aman dan sentosa,” katanya.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/04/sultan-tiada-majlis-berbuka-zakat-masuk-akaun-bank/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register