Pusat Hiburan Berhadapan Denda Jutaan Ringgit Kerana Kesalahan Hak Cipta

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Sebuah pusat hiburan di Cheras, yang menawarkan perkhidmatan hiburan sistem karaoke digital, yang diserbu pihak berkuasa malam semalam, bakal berhadapan dengan denda jutaan ringgit kerana kesalahan melanggar hak cipta lagu.

Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Othman Nawang berkata pusat hiburan yang terletak di Taman Tasik Permaisuri itu diserbu pada pukul 9 malam dan peralatan seperti pengadun muzik, mikrofon dan monitor televisyen bernilai RM100,000 dirampas.

Beliau berkata pusat hiburan itu dipercayai menawarkan perkhidmatan permintaan lagu menggunakan perisian cetak rompak.

"Berdasarkan kepada aduan daripada Public Performance Sdn Bhd (PPM), 12 pegawai khas kementerian dan pegawai Recording Industry of Malaysia (RIM) melakukan serbuan dan merampas peralatan audio visual, termasuk sistem karaoke digital yang mempunyai 28,353 lagu," katanya kepada pemberita di sini pada hari Khamis.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987 yang membawa hukuman denda RM2,000 bagi setiap lagu cetak rompak dan hukuman penjara maksimum lima tahun, kata Othman.

Pemiliknya, seorang lelaki berusia 45 tahun dan dua pekerja tempatan ditahan untuk soal siasat.

Othman berkata antara lagu-lagu berkenaan termasuklah lagu-lagu popular tempatan dan antarabangsa pelbagai bahasa yang diterbitkan oleh Universal Music, SRC, Rock Records, Sony Music dan lain-lain syarikat.

Kementerian memandang serius kes berkenaan dan akan melakukan siasatan dengan kerjasama PPM dan RIM bagi membanteras kes cetak rompak digital, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PPM dan RIM Tan Ngiap Foo berkata mana-mana perniagaan yang menggunakan sistem karaoke digital yang mengandungi lagu-lagu syarikat rakaman mestilah mendapatkan penguatkuasaan hak cipta daripada PPM atau RIM.

Beliau berkata sistem karaoke digital membolehkan sehingga empat pelanggan menyanyi dalam satu "Jukebox Karaoke" tertutup.
 
Sponsored Post

mr_turner

Active+ Member
Joined
Jan 15, 2010
Messages
3,107
Reaction score
11
Points
25
haduhh...mane nk cekau duwet byk2 2 yer..
 

CyberMachine

CG Top Poster Club
Joined
Oct 1, 2009
Messages
22,355
Reaction score
432
Points
131
pergh...abes, yang pusat karaoke byk tu

diorang terpaksa bayar hak cipta la kat syarikat2 ni....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register