BTC USD 54,851.4 Gold USD 2,498.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pusat beli belah mesra muslim Malakat Mall ditutup

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,769
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,769
Reaction score
6,412
Points
881
Awards
1
Pusat beli belah mesra muslim Malakat Mall ditutup

Khairulanuar Yahaya18 July 2024
MGF150320_PEMBUKAAN-MALAKAT-MALL_14-681x454
Orang ramai turut menunaikan solat fardu semasa membeli belah di Malakat Mall, Cyberjaya. foto SYAFIQ AMBAK, 15 MAC 2020.
KUALA LUMPUR – Pusat beli belah mesra muslim, Malakat Mall menutup satu-satunya premis fizikalnya di Cyberjaya selepas beroperasi selama empat tahun.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim yang berkata, hari terakhir pusat beli belah tersebut dibuka kepada umum ialah pada 31 Julai ini.

“Imej pasar mesra muslim dan mesra usahawan adalah imej Malakat Mall yang tidak akan berhenti di sini dan mesti diteruskan dalam apa jua bentuk yang bersesuaian.

“Kami akan bina kekuatan asas kumpulan kami dengan memberi fokus kepada sistem dalam talian.

“Semoga usaha ini akan mencapai kejayaan di masa hadapan. Kami mohon doa dan sokongan yang berterusan agar perjuangan ini mencapai kejayaan di masa depan,” katanya dalam kenyataan.

MGF150320_PEMBUKAAN-MALAKAT-MALL_10-1024x683
Mohd Fadzil Hashim
Tambah beliau, sejak dibuka pada 13 Mac 2020, Malakat Mall telah diuji dengan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan pandemik Covid-19 selepas hari ke-5 beroperasi.

Mohd Fadzil turut mengumumkan Penjualan Penutupan Malakat Mall dengan diskaun aset sehingga 70 peratus mulai 20 Julai sehingga 31 Julai ini.

Menurut beliau, Malakat Mall akan meneroka model perniagaan baharu dengan perniagaan makanan dan minuman akan berpindah ke dalam bangunan Casa DeMadani yang akan diubah menjadi restoran.

Unit peruncitan akan berpindah 100 peratus kepada perniagaan secara dalam talian bagi jualan pelbagai barangan seperti busana, aksesori, alat tulis, buku serta perhiasan.

Manakala kedai Malakat Grocer akan dikekalkan operasi di Taman Kosas, Ampang.

Sementara itu, beliau turut menyatakan kesediaan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) untuk membeli saham ahli-ahli yang ingin menjual semula syer mereka.


“KoPPIM tetap kekal sebagai koperasi strategik yang mana jika digembeleng kekuatannya secara betul akan berjaya menjadi pembina ekonomi ummah,” katanya yang juga dikenali sebagai Coach Fadzil.- MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

1721304191783.png
 
Pengumuman Penutupan Malakat Mall - Jualan Penutupan Besar-Besaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan berat hati, kami ingin memaklumkan bahawa Malakat Mall akan ditutup secara rasmi pada 31 Julai 2024. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan setia yang telah menyokong kami selama ini. Sebagai tanda penghargaan kami, kami akan mengadakan Jualan Penutupan Besar-Besaran dengan diskaun hebat dan serendah RM1untuk pelbagai barangan. Inilah peluang keemasan untuk mendapatkan barangan kegemaran anda dengan harga yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini!

Tarikh: 20hb - 31hb Julai 2024
Masa: 10 pagi - 10 malam
Lokasi: Malakat Mall, Cyberjaya

Serendah RM1 Untuk Pelbagai Barangan​
  • Pakaian, kasut, aksesori dan banyak lagi​
  • Buku, alat tulis, dan barangan rumah​
  • Produk makanan dan minuman​
Jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati diskaun hebat sebelum kami menutup pintu buat kali terakhir. Terima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bagi. Kami amat menghargai setiap detik yang anda kongsi bersama kami di Malakat Mall.

#MalakatMall
#JualanPenutupan
#DiskaunHebat
#TerimaKasihPelanggan
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register