BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca Khabib mengamuk

Khabib jadi imam solat

kobib_1568015395.jpg


TIDAK hairan sekiranya perkembangan atlet seni bela diri campuran (MMA) Khabib Nurmagomedov sentiasa diikuti ramai dalam kalangan peminat pelbagai latar menerusi media sosial di serata dunia.

Bukan saja tangkas beraksi di gelanggang malah atlet lasak Russia itu tidak melupakan dirinya ‘hamba Allah’ dengan menunaikan solat secara berjemaah dan menjadi imam solat.

Khabib cemerlang selepas menewaskan pencabarnya dari Amerika Syarikat, pencabarnya, Dustin Poirier pertarungan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), kelmarin.

Kerendahan hati Khabib dikongsi oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim menerusi di laman sosial Facebook (Fb) beliau dengan garapannya berbunyi:

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/kubab_1568015398.jpg[img]
Khabib (kanan) menewaskan Poirier pada pusingan ketiga. FOTO REUTERS

“Masha'Allah, kejayaan bukan hanya memiliki rekod 28-0 dalam arena (yang memang mengejutkan), Khabib menunjukkan kepada kita kejayaan sebenar apabila anda berdiri di hadapan pencipta.

"Sudah tentu orang yang yakin dan percaya mencapai kejayaan. Mereka yang solat dengan penuh tawaduk menyerahkan diri.

“Bagaimana kuatnya diri seseorang itu, betapa bijak atau masyhur dilihat oleh orang dan apa rekod yang anda pecahkan, kita semua yang ada sekarang akhirnya akan menjadi lemah, pelupa dan kita bersama rekod kita akan dilupakan oleh manusia tetapi rekod paling penting dalam kalangan semua adalah apa yang ditulis oleh malaikat untuk anda dan saya berdoa kita semua mendapat buku catatan baik di tangan kanan pada hari akhirat dan memenangi trofi muktamad, insha'Allah!”

Atlet kelahiran Dagestan itu mengekalkan gelaran lightweight serta rekod tanpa kalahnya menewaskan Poirier pada pusingan ketiga pertarungan itu di Yas Island, Abu Dhabi dengan rekod kemenangan 28-0.

Khabib tampil semula di gelanggang pada perlawanan pertamanya sejak menewaskan Conor McGregor pada Oktober tahun lalu.

[img]https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mami_1568015400.jpg
Tulisan Dr Waleed di media sosial bersama foto Khabib. FOTO FB Dr Waleed Hakim

Khabib menewaskan tiga daripada lima pencabarnya menerusi kemenangan disahkan ‘melebihi keupayaan lawan’ dan mencabar Jon Jones dan Amanda Nunes bagi menentukan siapa paling hebat secara tidak rasmi dalam MMA.
"MMA adalah mengenai rasa hormat. Itu yang kami tunjukkan pada perlawanan itu," kata Khabib.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 September 2019 @ 3:44 PM

 
Khabib derma RM417,000 hasil jualan baju Poirier

EEoJ4urU4AAY8D-

Khabib tunai janji derma RM417,000 hasil jualan baju Poirier kepada tabung amal
Khabib menyarung baju-t yang tertera nama 'Poirier' selepas perlawanan di UFC 242. - Foto AP

BAJU Dustin Poirier yang dipakai oleh Khabib Nurmagomedov selepas perlawanan di UFC 242 berjaya dijual dengan harga AS$100,000 (RM417,230) di mana wang tersebut akan diserahkan kepada tabung kebajikan.

Poirier, menerusi kenyataan di laman Twitternya hari ini mengesahkan bahawa juara lightweight UFC itu telah menunaikan janjinya untuk mendermakan hasil jualan baju tersebut.

Memetik laporan MMA Junkie, wang itu akan diberikan kepada The Good Fight Foundation, sebuah tabung amal yang ditubuhkan sendiri oleh Poirier bersama isterinya, Jolie.

“Baru sahaja bercakap di telefon dengan (Presiden UFC) Dana White. Dia memaklumkan wang itu telah diserahkan kepada The Good Fight Foundation. Saya sangat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua!” katanya dalam tweet tersebut.

Difahamkan, kutipan dana The Good Fight Foundation kali ini adalah bagi membantu membina perigi air di sekolah anak-anak yatim di Uganda.

Sasaran awal dana tersebut adalah AS$25,000 (RM104,300), namun kini jumlahnya sudah pun jauh melangkaui angka tersebut.

Sementara itu, The Good Fight Foundation menerusi akaun Twitter rasminya mengucapkan terima kasih kepada Khabib.

“Terima kasih Khabib atas sumbangan ikhlas anda kepada The Good Fight dan kerana menjadi lelaki yang berpegang kepada kata-katanya. Sumbangan anda dapat membantu ramai orang!” tulis tweet berkenaan.

Khabib pada minggu lalu mengekalkan takhta kejuaraan dunia lightweight UFC selepas menumpaskan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' pada minit 2:06 pusingan ketiga.

Selepas perlawanan, Khabib dan Poirier saling berpelukan sebagai tanda hormat, dan bertukar baju-t yang tertera nama masing-masing.

Jaguh dari Dagestan, Rusia itu kemudian berjanji akan membuat kebajikan dengan membantu menjual baju yang dipakainya itu dan hasil keuntungannya akan diserahkan kepada tabung amal Poirier.


 
McGregor bakal kembali?

EEoB44eVUAADZ1t


SELEPAS hampir setahun tidak beraksi, bekas juara berganda UFC, Conor McGregor kini memberi bayangan akan kembali ke gelanggang Octagon pada hujung tahun ini.


Menerusi kenyataan ringkas di laman Twitternya pada Isnin, petarung kontroversi dari Ireland itu seperti mengesahkan akan bertarung di kampung halamannya di Dublin, pada Disember nanti.

"Dublin, 14 Disember," katanya dalam tweet tersebut.

Untuk rekod, kali terakhir UFC menganjurkan perlawanan di Dublin ialah pada Oktober 2015 iaitu acara UFC Fight Night 76.

Terdapat spekulasi yang mengatakan jika pertarungan pada Disember ini menjadi kenyataan, McGregor bakal berdepan dengan bekas juara interim lightweight, Dustin Poirier dalam satu pertarungan ulangan (rematch).

Poirier yang telah membalas tweet seorang peminat di Twitter, seolah-olah mengiyakan pertarungan dengan McGregor itu.

Petarung Amerika Syarikat itu, baru-baru ini telah menyatakan hasrat ingin bertarung semula dengan McGregor, selepas kali terakhir bertarung dengannya lima tahun lalu.
Menurutnya, 'rematch' dengan McGregor sangat 'masuk akal' buat ketika ini.

Kedua-dua petarung itu pernah bertemu pada September 2014 dalam acara UFC 178 yang menyaksikan Poirier ditundukkan oleh McGregor menerusi TKO pada minit 1:46 pusingan pertama.

Ia juga merupakan kali terakhir Poirier berlawan dalam divisyen featherweight sebelum beralih ke divisyen lightweight.

Poirier, pada acara UFC 242 di Abu Dhabi, UAE, minggu lalu tewas kepada juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov menerusi kuncian 'rear naked choke' pada minit 2:06 pusingan ketiga.

 
Khabib teruja jumpa Beckham

image.jpg


LONDON 19 Sept. - Juara Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov berkongsi kegembiraan dapat bertemu legenda bola sepak England, David Beckham semalam.


Kedua-dua mereka bertemu ketika menonton perlawanan Liga Juara-Juara di antara Paris Saint-Germain (PSG) menentang Real Madrid di Paris.

Khabib, 30, dan Beckham, 44, yang menjadi tetamu istimewa PSG dalam perlawanan tersebut sempat bergambar sebelum perlawanan di Le Parc des Princes bermula.

Juara lightweight UFC itu berkongsi gambar bersama Beckham dalam media sosial, sambil memuji bekas bintang tengah Manchester United dan Real tersebut sebagai ‘legenda’.

Khabib adalah peminat setia Real, malah dia turut menonton perlawanan antara gergasi La Liga itu menentang Real Sociedad pada Februari 2018.

Di tanah airnya, Rusia, Khabib yang merupakan nama besar dalam sukan tempur adalah penyokong setia kelab Liga Perdana, Anzhi Makhachkala. - AGENSI


 

Khabib Nurmagomedov 'to defend UFC title' against Tony Ferguson in New York as American jumps ahead of Conor McGregor to fight the champion
 

Conor McGregor UFC return DELAYED after it emerges scheduled January 18 comeback date does not contain any title fights or pay-per-view clashes
 
Back
Top
Log in Register