BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca Khabib mengamuk

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
TAHNIAH diucapkan pada KHABIB NURMAGOMEDOV dari Dagestan kerana kemenangan besarnya ke atas Conor McGragor yang dikenali bermulut lancang!

Kebiadapan McGragor sebelum ini memang menyakitkan hati, dari mengucapkan "assalamualaikum" sambil menghulurkan wisky kepada Khabib penuh angkuh kerana mahu melakukan provokasi agama hingga memanggil Khabib sebagai "terrorist" hanya kerana beliau seorang muslim.

Khabib hanya menahan diri dengan segala ejekan dan provokasi sehinggalah hari ini beliau melepaskan segala kegeramannya kepada McGragor di dalam gelanggang dengan membelasahnya agak teruk dengan kemahiran gustinya sehingga tak terkata McGragor.
Akhirnya McGragor menyerah kalah apabila dikunci lehernya sehingga tidak mampu melepaskan diri.

Selepas kemenangan, Khabib sedikit hilang kawalan dengan menyerang konco-konco McGragor di luar gelanggang yang saya pasti kerana beliau diprovoksi agama atau provokasi rasis.
McGragor yang "kerana mulut badan binasa" hanya mampu terjelepok diam menyaksikan "kegarangan" Khabib sorang-sorang menyerbu gengnya!

Aksi berani mati Khabib pada akhir perlawanan tersebut mengingatkan saya pada sahabat-sahabat Dagestan saya dahulu di Madinah yang juga rata-rata berhati kering sepertinya.
Saya sering bersama mereka, menyaksikan pergaduhan mereka, malah pergi haji bersama menaiki lori Kamaz sambil dikejar polis.
Terkadang saya juga akan cuba bergusti dengan mereka ketika mengulangkaji malam periksa di masjid universiti.

Mereka ini hidup di bukit-bukit banjaran Kaukasus yang memang dikenali sebagai bangsa perang dan gagah.
Gusti merupakan permainan asasi sejak dari kecil.
Kalau dilihat pada telinga kanan Khabib seakan telah tercobek.
Di sana, pemilik telinga sedemikian memang digeruni kerana menggambarkan empunya badan seorang kaki gusti sehingga tercobek telinga.

Khabib yang merupakan sahabat pada sahabat baik saya Gazi Magomedov, seorang "fighter" UFC yang tidak pernah terkalah setakat ini dengan rekod kemenangan 27-0.

Khabib juga seorang muslim yang baik dan cuba menjadi ikon muslim yang baik kepada dunia.
Sahabat saya Gazi selalu bercerita tentang beliau.
Sampai awal pagi ayah dan orang kampungnya tak dapat tidur ternanti-nanti perlawanan ini.

Dikala para fighter sepertinya ramai yang bersikap liar, beliau pula menjaga kelakuan dan lisannya, serta sering melaungkan "alhamdulillah" pada setiap kemenangan atau sidang medianya, dan sering menyuarakan Islam sebagai keutamaannya berbanding sukan semata-mata.
Atas alasan ini, beliau menjadi mangsa "boo", dikecam dan dicemuh ramai di barat.

Apapun, kami bangga dengan kemenangan bergaya juara bertahan: Khabib Nurmagomedov!

-Dr. Kamilin Jamilin-
21191858_2060117584216470_4339061047946082399_n.jpg

https://web.facebook.com/Kamilin-Ja...QfSupRNF7_ZFo6UaKLjrXARz1qh-rc7ZIiG9en25Uyisj

 
MMA: Khabib tundukkan McGregor, 'mengamuk' di UFC 229
Oktober 07, 2018

KEEGOAN bintang seni beladiri campuran (MMA) Conor McGregor ditundukkan selepas dia tewas dengan petarung Rusia, Khabib Nurmagomedov dalam kejohanan UFC 229, sebentar tadi.

Pertarungan yang berlangsung di T-Mobile Arena, Las Vegas, Amerika Syarikat itu menyaksikan McGregor dikalahkan menerusi 'submission' (kuncian) 'rear naked choke' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Kedua-dua petarung berusia 30 tahun itu memberi saingan hebat antara satu sama lain, meskipun Khabib dilihat lebih mendominasi pertarungan tersebut.

McGregor juga kelihatan seakan hampir kehabisan tenaga apabila pertarungan dibawa ke 'ground'.

Pada pusingan keempat, Khabib mencari peluang untuk menghabiskan pertarungan, dan berjaya menjatuhkan McGregor serta membuat kuncian leher dari belakang, seterusnya memaksa petarung Ireland itu menyerah kalah.
Namun, pergaduhan tercetus apabila Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.

Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang salah seorang jurulatih dari pasukan McGregor.

Keadaan menjadi kecoh di dalam dan di luar gelanggang, namun situasi itu mula reda selepas dikawal oleh para pegawai dan pihak sekuriti.

Khabib kini mempunyai rekod kemenangan 27-0.

Bagi McGregor pula, ini merupakan pertarungan MMA pertamanya di Octagon selepas hampir dua tahun tidak beraksi.

Kejohanan UFC 229 ini merupakan kejohanan terbesar dalam sejarah UFC, yang mungkin mampu mencatat kutipan AS$2 juta dalam tontonan 'pay-per-view'.

Kali terakhir McGregor beraksi dalam UFC adalah ketika menentang Eddie Alvarez pada November 2016.

Pertarungan itu menyaksikan McGregor menundukkan Alvarez pada pusingan kedua menerusi pukulan 'technical knockout' (TKO).

Dia seterusnya menjadi petarung UFC pertama yang memegang dua tali pinggang dalam masa yang sama.

Sebelum ini, McGregor pernah bertarung dengan Floyd Mayweather dalam acara tinju professional pada Ogos 2017, namun tewas di tangan petinju Amerika Syarikat tersebut.

McGregor ditewaskan menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.

61538894483_TBKhabibvsMcGregor.jpg
 
Teruk juga kalau baca komen2 dr luar. Jenis menghina agama. Xpaham aku knp smpi nk buat mcm tu...
 
conor dh ckp nak rematch
 
Khabib bimbang dihempuk bapa

image.jpg

Khabib dilatih sejak kecil oleh bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov yang diangkat sebagai bapa sukan MMA di Dagestan.

NEVADA - AMERIKA SYARIKAT. Juara Lightweight dunia, Khabib Nurmagomedov mengakui bakal dihempuk bapanya sebaik menjejak kaki ke kampung halamannya di Sidli, Dagestan.

Khabib, 30, berkata bapanya, Abdulmanap Nurmagomedov pasti tidak gembira dengan tindakannya meluru keluar gelanggang dan menyerang pasukan Conor McGregor pada pertembungan UFC 229 di Las Vegas, semalam.

"Saya tahu dia marah. Dia akan hempuk saya bila kami bertemu di kampung nanti," katanya.

Tambahnya; "Bapa ajar saya supaya sentiasa menghormati orang lain, tapi mereka (kem McGregor) sudah melampaui batas."

Bagi yang baru mengenali Khabib, petarung Islam ini dilatih bapanya sejak kecil dan Abdulmanap diiktiraf sebagai bapa sukan MMA di Dagestan kerana berjaya melahirkan lapan juara dunia dan Olimpik (gusti roman-greko, sambo dan judo).

Sementara itu, Khabib turut memberitahu bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin telah menghubunginya untuk mengucapkan tahniah sebaik pertarungan UFC 229 berakhir.

"Ramai orang bercakap mengenai Conor bergambar dengan Putin dan media mengembar-gemburkan perkara itu.

"Tapi saya bangga, kerana sebentar tadi Putin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah," katanya.

Khabib mempertahankan tali pinggang Lightweight miliknya selepas memaksa McGregor mengaku kalah pada pusingan keempat dengan aksi submission.

Sebelum pertarungan di Las Vegas, petarung Rusia itu berikrar untuk membelasah McGregor selepas dihina berbulan-bulan termasuk serangan bas di Brooklyn.

Pada sidang media tiga hari sebelum pertarungan, Khabib berkata dihadapan penyokong Ireland; "Alhamdulillah, Tuhan beri saya segalanya. Pada 6 Oktober nanti, saya akan belasah dia. Kita tengok nanti...Insya-ALLAH." - Agensi


http://www.sinarharian.com.my/global/khabib-bimbang-dimarahi-bapa-dia-tentu-hempuk-saya-1.888891
 
puas hati aku tengok conor tapout.. ayat berlagak gila..
 
Back
Top
Log in Register