BTC USD 62,843.4 Gold USD 4,336.82
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Punca Khabib mengamuk

Khabib atlet paling berjaya di Russia

GJjcRGHI.jpg


LONDON: Khabib Nurmagomedov disenaraikan sebagai atlet Russia berusia bawah 40 tahun paling berjaya di negara itu.


Menurut laporan terbaharu Forbes, juara lightweight UFC itu meraih pendapatan AS$16.5 juta (RM70.7 juta) bagi 2019 hingga 2020.

Pengiktirafan itu dibuat berdasarkan populariti Khabib dan 'nilainya' naik mendadak sejak menumpaskan Conor McGregor dengan pertarungan terakhirnya menentang Dustin Poirier pada 2019.

Dia yang turut dikenali sebagai 'The Eagle' dilaporkan mendapat habuan AS$10 juta (RM42.8 juta) untuk pertarungan itu.

Khabib dijadualkan bertarung dengan musuh lamanya, Tony Ferguson pada April lalu, namun penularan COVID-19 memaksa dia menarik diri daripada pertarungan itu.

Personaliti media Russia, Olga Buzova berada di kedudukan kedua dengan pengikut Instagram lebih 21 juta, manakala Khabib 20 juta. - AGENSI

 
Khabib tolak tawaran RM422 juta

20210809_152144.jpg

Khabib bersama Mike Tyson

London: Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran ganjaran AS$100 juta (RM422 juta) untuk menentang Floyd Mayweather dan memberitahu Mike Tyson: 'Saya tidak akan bertarung untuk duit'.

Khabib bersara pada Oktober tahun lalu selepas kematian jurulatih yang juga bapanya, Abdulmanap pada Julai lalu.

Sejak itu dia menolak sebarang usaha memujuknya kembali walaupun ditawarkan habuan lumayan untuk menentang Mayweather di Timur Tengah.

Khabib, bekas juara lightweight UFC yang tak pernah kalah menegaskan wang tidak akan menjadikan dia tertarik kembali ke gelanggang.

Katanya di podcast Tyson: "Saya tak mahu komuniti tinju kecewa dengan saya. Ya sudah tentu wang juga penting. Tetapi saya bukan bertarung kerana wang. Wang memang baik tetapi pada kebanyakan masa ia adalah buruk.

"Wang membawa anda ke situasi tak pernah jangka dan anda akan hilang kawalan apabila memiliki banyak wang.

"Ia agak bahaya. Dalam hal ini, saya tidak akan kembali untuk membuat duit tetapi demi legasi.''

Khabib, 32, menggantung sarung tangannya selepas menewaskan Justin Gaethje dan berkata keputusannya bersara sebagai menunai janji kepada ibunya.

Bintang Rusia itu ditawarkan habuan lumayan untuk menentang Georges St-Pierre, 40, yang juga pertarungan impian bapanya namun tetap gagal mempengaruhi pendirian Khabib.

 
Khabib kini sah bergelar pemain bola sepak

BEKAS jaguh UFC Khabib Nurmagomedov yang telah bersara dari sukan seni bela diri campuran (MMA) sejak Oktober tahun lalu, kini sah bergelar pemain bola sepak.

Ia selepas atlet kelahiran Dagestan itu menandatangani kontrak bersama pasukan divisyen ketiga Rusia, FC Legion Dynamo.

Sebuah foto memaparkan Khabib sedang berjabat tangan dengan Presiden FC Legion Dynamo, Shamil Lakhiyalov turut dimuat naik di laman Instagram kelab tersebut.

51628932604_KhabibNurmagomedov.jpg


 
Apa perlunya gadis seksi oktagon

London: Legenda UFC Khabib Nurmagomedov mengkritik kehadiran gadis oktagon dan menganggap mereka orang paling tidak diperlukan dalam pertarungan seni bela diri.

Sejak berdekad, wanita seksi berjalan mengelilingi gelanggang MMA bagi mengumumkan kepada penonton aksi peringkat seterusnya.

Tradisi itu mula diperdebatkan sejak beberapa tahun lalu dengan ada yang menganggapnya sudah ketinggalan zaman.

Bekas juara Khabib sebahagian daripada mereka yang tidak menyetujuinya dan ketika sidang akhbar kelmarin, dia berkata: "Lihat, saya tak mahu menyalahkan sesiapa. Gadis oktagon ini yang paling tidak diperlukan di atas gelanggang.

"Apa fungsi mereka? Saya ada soalan: Anda boleh tunjukkan ia pusingan kedua di skrin. Terdapat orang yang faham seni bela diri dan gadis-gadis ini berjalan. Ini pandangan peribadi saya, Kamil.

"Saya tak mahu tetapkannya ketika pertarungan anda. Saya fikir anda ada pandangan sendiri. Saya fikir gadis-gadis ini paling tak berguna dalam sukan seni bela diri. Apa fungsi mereka? Bagaimana?

"Adakah mereka memajukan sukan ini? Atau mereka membantu penonton mengetahui ia pusingan kedua" Apa yang mereka buat? Beritahu saya.''

Ketika ditanya mengenai sejarah, Khabib yang kini mempromosikan Eagle Fighting Championships, dia berkata: "Saya sedar sejarah itu tetapi sejarah juga buat silap. Ini pandangan peribadi saya.

"Dana White [presiden UFC] mungkin suka, begitu juga anda tetapi nama saya bukan Dana, nama saya Khabib.''

 
Back
Top
Log in Register