BTC USD 62,416.9 Gold USD 1,764.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PUNB - Penjenamaan Semula Skim Prosper Siswazah Lahir Usahawan Berjaya.

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah melahirkan 800 daripada 1500 usahawan muda berjaya menerusi Skim Prosper Siswazah diperkenalkan sejak tahun 2005.

Ketua Eksekutif PUNB, Dzulkifli Fadzilah berkata, Skim tersebut telah memulakan tawaran kepada para usahawan muda pada tahun ini sejak awal Ogos yang lalu dalam memberi khidmat bimbingan dan pembiayaan dalam mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Wujudnya banyak peluang pekerjaan di pasaran serta program kerajaan seperti Skim Latihan 1Malayia (SLIM) menjadikan golongan muda kini bersedia untuk mengisi kekosongan pekerjaan di pasaran. Peranan PUNB di sini adalah membantu dan membimbing seberapa ramai golongan muda untuk menjadi usahawan terutama dalam bidang berpotensi. Ini kerana keusahawanan bukan bidang yang mudah kerana ia memerlukan kecekalan selain berdepan risiko,” katanya dalam satu temubual di sini, baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan, penjenamaan semula Skim Prosper Siswazah kini sedang dilakukan terutamanya dalam memberi fokus terhadap peningkatan saiz pembiayaan berjumlah RM50 Ribu berbanding tawaran sebelum ini sebanyak RM5 Ribu sahaja.

Beliau juga menambah, beberapa terma dan syarat pembiayaan turut dikemaskini yang dilihat membantu bakal usahawan muda di bawah Skim tersebut.

"Tiada cagaran diperlukan, bagaimanapun peminjam perlu menyediakan sebanyak RM500 sebagai modal permulaan perniagaan. Berbeza dengan skim pembiayaan yang lain, usahawan tidak perlu menyediakan premis perniagaan sebaliknya boleh menjalankan perniagaan secara mudah alih atau dari rumah, yang mana mereka tidak perlu mengeluarkan modal perniagaan yang tinggi.

“Kami juga mahu menumpukan kepada pembangunan perniagaan yang berkaitan generasi muda menerusi e-dagang seperti media sosial, telekomunikasi dan pendidikan,” katanya

Dzulkifli juga menjelaskan PUNB memberi peluang kepada usahawan yang telah memperolehi pengalaman lebih 3 tahun dengan menawarkan jumlah pembiayaan yang lebih tinggi berjumlah RM100 Ribu.

"PUNB yang menyasarkan pengeluaran pinjaman sebanyak RM200 juta tahun ini, sudah menyalurkan lebih RM94 juta bagi semua skim pembiayaan yang ditawarkannya setakat pertengahan tahun ini", jelasnya lagi.
 
Sponsored Post

eijai

Fun Poster
Joined
Dec 7, 2009
Messages
641
Reaction score
7
Points
15

peluang terbaik ni...mesti grap
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register