BTC USD 50,210.4 Gold USD 1,784.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang henti rebat air

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata rebat bil air yang diberikan kepada golongan miskin di negeri itu pada tahun ini, tidak akan dipanjangkan ke tahun depan.

Beliau berkata, rebat bil air yang berjumlah RM17 juta itu diberikan pada tahun ini bagi membantu golongan miskin berikutan kenaikan harga minyak.

“Kita dah beritahu dulu bahawa rebat bil air itu diberikan sekali saja untuk membantu meringankan beban golongan miskin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kalendar Perdagangan Pulau Pinang 2010 di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim mengenai rebat bil air berjumlah RM17 juta yang tidak dimasukkan dalam Bajet Pulau Pinang 2010 ketika dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri, baru-baru ini.

Azhar dilaporkan berkata tahun lalu kerajaan negeri berjanji akan memberi kepada kira-kira 170,000 keluarga di negeri ini rebat bil air sebanyak RM100 dengan empat kali rebat atau RM25 untuk setiap bil.

Lim berkata, Azhar sepatutnya faham bahawa rebat itu diberikan hanya sekali iaitu pada tahun ini.

“Mengapa kita nak bentang dalam Bajet 2010 sedangkan rebat itu diberikan untuk 2009,” katanya.
 
Sponsored Post

sureheboh.com

Passed Away
Messages
18,961
Paid Membership
Joined
Jan 17, 2007
Messages
18,961
Reaction score
309
Points
131
Takpe.. leh join ifx dengan aku pulak - nanti dapat rebate forex
 

haudli

CG Top Poster Club
Messages
47,314
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
at least merasa gak la dapat rebet..
 

fido1

Banned
Messages
7,268
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm..mmg kalo xsilap aku kat penang dia ckp nak bg setahun free rebet air..
amboi pembangkang di pulau pinang yakni umno...zaman korang perintah dulu mana ada bg bnda2 ni kat rakyat..pastu nak mintak lebih plak..xmalu..:))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register