BTC USD 58,652.6 Gold USD 1,796.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pulau Pinang diminta bersedia selia kereta api Bukit Bendera

Mr.MH

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2010
Messages
102
Reaction score
0
Points
10
GEORGETOWN: Pengurusan perkhidmatan kereta api Bukit Bendera akan diserahkan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang apabila kerja penambahbaikan selesai menjelang akhir tahun ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, berkata projek Kementerian Pelancongan berharga RM68.8 juta itu dijangka siap akhir tahun ini.

"Apabila projek ini siap kelak, kami akan serahkannya kepada kerajaan negeri melalui satu memorandum persefahaman (MoU).
"Ia akan menjadi sebuah projek seliaan sendiri apabila siap kelak dan kami harap kerajaan negeri akan memikul tanggungjawab penuh terhadap semua kerja penyenggaraan pasca projek, perkhidmatan dan pembiayaannya," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran tidak rasmi untuk memperkenalkan koc baru buatan Switzerland yang akan digunakan perkhidmatan itu di sini hari ini.

Pada 22 Februari lalu, perkhidmatan kereta api Bukit Bendera yang beroperasi sejak 87 tahun lalu menghentikan perkhidmatannya untuk membolehkan Kementerian Pelancongan menjalankan kerja penambahbaikan terhadapnya.

Melalui penambahbaikan yang dilakukan terhadap sistem pengangkutan ini, koc baru berhawa dingin, yang mampu membawa 50 penumpang setiap satu, akan membuat perjalanan tanpa henti dari kaki Bukit Bendera ke stesennya di puncak bukit peranginan itu, berbeza dengan sistem lama yang memerlukan penumpang menukar koc pada pertengahan perjalanan.

Dr Ng menggesa kerajaan Pulau Pinang supaya lebih aktif dan bekerjasama rapat dengan kerajaan pusat untuk memajukan sektor pelancongan memandangkan jumlah ketibaan pelancong ke Pulau Pinang lebih rendah berbanding Melaka.
Katanya, Pulau Pinang berpotensi besar untuk muncul sebagai antara destinasi pelancongan terkemuka memandangkan kira-kira 191 penerbangan antarabangsa beroperasi setiap minggu di negeri ini.

"Kerajaan negeri tidak patut terlalu bergantung pada kerajaan pusat untuk memberi peruntukan kepada negeri ini kerana sebanyak RM143.4 juta telah diperuntukkan kepadanya dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan," katanya.

Beliau berkata, pada 2009, Pulau Pinang hanya mencatat 5.5 juta ketibaan pelancong berbanding 8.9 juta oleh Melaka. - BERNAMA
 

CG Sponsors




Top
Log in Register