balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136

Nurul Asyikin dilaporkan keluar rumah pada 19 Ogos lalu dan masih gagal dihubungi suaminya sehingga kini.
< 1 / 1 >
DUNGUN – “Saya rayu agar dia pulang kerana anak kami yang baru berusia 2 tahun, amat merinduinya.” Demikian rayuan seorang suami, Ruslan Muda, 52, terhadap isterinya, Nurul Ashiqin Redzuan, 22, yang didakwa menghilangkan diri sejak 19 Ogos lalu.
Menurut Ruslan, kejadian disedari kira-kira jam 9 malam hari sama apabila dia mendapati isterinya tiada di rumah kerana dipercayai keluar dengan menunggang
motosikal Modenas bernombor pendaftaran TBG 9709 miliknya.
Katanya, sebulan selepas itu, isterinya ada menghu bungi melalui telefon bimbit dan memaklumkan dia sudah bekerja.
"Itulah kali terakhir kami berbual kerana sejak itu, saya gagal menghubunginya biarpun sudah mencari di beberapa tempat termasuk rumah mentua di Pulau Serai.
“Saya risau melihat keadaan anak saya (Nurul Rabiayatul Adawiyah) yang selalu menangis teringatkannya.
Jadi, saya rayu jika dia baca kisah ini, pulanglah demi anak yang masih dahagakan kasih sayangnya,” katanya.
Menurut Ruslan lagi, mereka sebelum ini memang pernah berselisih faham, namun tidak pernah berpanjangan kerana dalam hidup berumah tangga, pergaduhan adalah lumrah dan memerlukan kesabaran yang tinggi.
Katanya, sebagai suami, dia cuba memberikan yang terbaik kepada keluarga, tambahan pula kini dia berdepan masalah kerana terpaksa menguruskan perniagaan menjual cendol, selain perlu menjaga anak yang masih kecil.
“Sekali lagi saya rayu pada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenainya agar dapat hubungi saya. Saya bimbang jika dia tidak pulang, anak kami akan jatuh sakit kerana merinduinya,” katanya.
Berikutan kes kehilangan isterinya itu, Ruslan turut membuat laporan di Balai Polis Dungun pada 27 September lalu dan memohon sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan, agar dapat menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 016-8555930.