Pukul isteri suka korek kisah silam

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,411
Reaction score
2,424
Points
206
WhatsApp-Image-2020-12-04-at-15.20.18-e1607066798546.jpeg


MELAKA – Gara-gara berang dengan sikap isteri yang suka “mengorek” kisah silam dengan bekas kekasih, seorang pemandu lori kini berdepan dengan hukuman penjara sebulan selepas didakwa telah mencederakan pasangannya itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Fais Borhan, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Siti Nur ‘Alia Abd. Manab, 32, atas sebab bangkitan marah kira-kira pukul 2 pagi di sebuah rumah di Taman Bukit Cheng, pada 2 Disember lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga sebulan atau dengan denda boleh sampai RM1, 000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 334 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Difahamkan, tertuduh bertindak mencederakan isterinya menggunakan tangan selepas tidak berpuas hati dengan wanita itu yang sering mencari maklumat mengenai bekas teman wanitanya.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari mencadangkan jumlah jaminan sebanyak RM4, 000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jumlah rendah diberikan dengan alasan dia tidak sengaja memukul isterinya, selain menanggung tiga orang anak dan telah menyesal.

Muhammad Nazrin kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1, 000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan Muhammad Fais supaya tidak mendekati mangsa sehingga kes selesai.

Beliau turut menetapkan tarikh 6 Januari depan sebagai sebutan semula kes.-K! ONLINE

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
74,236
Reaction score
11,721
Points
1,906
isteri kuat jeles ke mcmana ni
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
10,500
Reaction score
1,885
Points
201
Memukul isteri yang nusyuz ini, hakikatnya wujud dalam al-Quran dan hadis. Iaitu, dalam surah al-Nisa’ (4), ayat 34, iaitu firman Allah:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan ‘pukullah’ (dharb) mereka”.

Dalam ayat ini, dijelaskan bahawa perempuan yang nusyuz terhadap suaminya, si suami boleh melakukan beberapa perkara yang dicadangkan, iaitu (a) memberi nasihat, dan (b) pisahkan mereka dari tempat tidur, dan (c) “pukul” mereka.
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,287
Reaction score
316
Points
46
biar lah nak korek pun..ke masih still berhubung? ..
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,443
Reaction score
1,170
Points
201
salah satu punca aku putus dulu kala... hahahaha... rimas ... we life to short to remember tha past, move on... nk imbas balik pejadahye...
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,550
Reaction score
480
Points
51
patutnya si bini ni xpyh kot nk korek2 story lama laki hg..dia pun dh slmt jd laki hg..kalu nikah utk dikorek2 kisah lama, xpyh nikah la..rugi duit, idup berumahtangga x aman..baik cerai ja..si bini tu, kalu leh cr laki lagi baik dr hat dok ada lani..sila lah..takot2 buleh hat taik dadah, waktu tu cer hg korek cerita lama dia, mendapat ka lg truk
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,785
Reaction score
2,300
Points
151
haha...aku pun kdg rimas gak kalau bini/girlfriend tanya benda yg dh lepas.... tanya elok2 ok lg...tp kalau tanya mcm nk menuduh tu (atau tanya dlm keadaan nk marah), kalau berterusan lama2 rasa stress...
 
Last edited:

guri2demon

Active Member
Joined
Mar 17, 2010
Messages
1,801
Reaction score
375
Points
51
Memukul isteri yang nusyuz ini, hakikatnya wujud dalam al-Quran dan hadis. Iaitu, dalam surah al-Nisa’ (4), ayat 34, iaitu firman Allah:

وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ

“Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan ‘pukullah’ (dharb) mereka”.

Dalam ayat ini, dijelaskan bahawa perempuan yang nusyuz terhadap suaminya, si suami boleh melakukan beberapa perkara yang dicadangkan, iaitu (a) memberi nasihat, dan (b) pisahkan mereka dari tempat tidur, dan (c) “pukul” mereka.
Kita kena jelas maksud dharb tu.
Ramai org islam sendiri pun xfaham maksud memukul isteri yg nusyuz tu mcm mana.

Xnak nanti senang2 je isu ni diputar belit oleh geng acah2 liberal.
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,660
Reaction score
1,400
Points
201
Aik bukan lelaki yg baik tidak akan tanye kisah silam pasangan nya?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register