Pukau pesara sampai papa

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA TERENGGANU: Sekumpulan tiga lelaki warga tempatan dipercayai menggunakan ilmu pukau untuk memperdayakan golongan pesara supaya mengeluarkan wang simpanan dari bank sebelum menyerahkan kepada mereka.

Berikutan itu, polis menasihatkan pesara supaya berhati-hati apabila didatangi orang tidak dikenali kononnya untuk membincangkan urusan tertentu terutama berkaitan tanah dan tawaran pekerjaan.

Setakat ini, dua kes dilaporkan kepada polis membabitkan pesara berusia 62 tahun dan 57 tahun yang menyerahkan wang simpanan RM47,000 kepada sekumpulan lelaki itu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Superintendan Ab Rahim Abd Razak, berkata kejadian pertama berlaku di Kampung Durian Mentangau, Paka, 11 November lalu, apabila mangsa berusia 62 tahun itu didatangi tiga lelaki ketika berada di kebunnya.


Menurutnya, ketiga-tiga lelaki berkenaan menawarkan pekerjaan kepada lelaki itu sambil memuji mangsa yang masih kelihatan gagah dan mampu bertugas sebagai pengawal keselamatan.


“Selepas beberapa minit berbincang, pesara itu terus mengikut tiga lelaki itu yang membawanya ke sebuah bank di Paka untuk mengeluarkan wang RM20,000.

“Selepas menyerahkan wang terbabit, mangsa dibawa ke sebuah bank lain untuk mengeluarkan RM2,000 lagi,” katanya, ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, selepas menyerahkan wang berkenaan, mangsa ditinggalkan seorang diri di tepi jalan.

Apabila pulang ke rumahnya dengan menaiki bas, dia baru tersedar ditipu lalu membuat laporan di Balai Polis Paka sehari selepas itu.

Pada 12 September lalu pula, kata Ab Rahim, seorang lelaki menyerahkan wang RM25,000 kepada tiga lelaki dipercayai individu sama dengan kes pertama.

Ketika kejadian, katanya, mangsa berada di rumahnya di Kampung Pinang, Paka.

Ketiga-tiga suspek menyamar kononnya mahu menyewa tanah mangsa sebelum mereka bertemu lagi kira-kira jam 11 pagi esoknya untuk urusan dokumentasi dan urusan pembayaran.

Mangsa diajak ke bank untuk menerima bayaran sewa.

“Bagaimanapun, sebaik tiba di bank, dia mengeluarkan wang RM25,000 dan diserahkan kepada suspek yang kemudian menghantarnya semula ke rumah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa menurunkan tandatangan pada sekeping dokumen dalam kereta suspek, tetapi dia tidak dapat mengingati dokumen berkenaan.

Abd Rahim berkata, mangsa hanya mengetahui wang simpanannya dikeluarkan dengan banyak empat hari selepas kejadian apabila meminta anaknya memeriksa akaunnya di bank.

“Selepas dimaklumkan duitnya ‘hilang’ mangsa membuat laporan jam 3.40 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun,” katanya.

Polis kini memburu ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan mengikut seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ada ilmu setan perangai macam setan
 
Sponsored Post

miecs

Super Active Member
Joined
Nov 12, 2009
Messages
5,486
Reaction score
355
Points
86
ilmu pukau sesat jangan diikut...yang aku punye takpe tak sosat...kui3x
 

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
kesian la,,ape nak buat,,da nasib badan..
 

internetbizjunior

Active Member
Joined
Jan 3, 2009
Messages
1,986
Reaction score
10
Points
25
perh pesara plak tuh...
kalo ank muda xpe lg...
bule carik duit balek...
inikn pesara...
 

papaddom

Fun Poster
Joined
Sep 18, 2009
Messages
523
Reaction score
3
Points
15
tu ler..aku sbenarnya tak caya jgk ilmu pukau memuakau nie...tp dah kene kat mak mertua aku baru aku percaya...mak aku tu kena pukau sampai bagi gelang emas dia kat setan tu...dia pukau kat tmpt org ramai..mak aku tu kena kat pasar teluk intan...mula2 dia sembg2,lepas tu tak ingat dah...ikut dia naik kereta n bagi brg kat dia...mak aku sedar pun dah 3hari lps tu...tu pun sbb anak dia tegur mana gelang...nasib2...RM3000 jugak...
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
mcm2 cara utk dapat duit. Memang hampas punya org yg ada ilmu tu tapi buat benda tak elok.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register