TT
CG Super Hardcore Club




- Messages
- 166,124
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,124
- Reaction score
- 22,836
- Points
- 1,831
- Awards
- 1

Aziz menunjukkan tempat di mana lelaki berkenaan mengamuk dan mahu membakar kedai kopi terbabit.
RANTAU PANJANG - Hanya selepas dipujuk untuk menaiki jentera bomba dan penyelamat, seorang lelaki dipercayai sakit mental meletakkan senjata dan pemetik api, jam 7 malam kelmarin.
Penduduk, Aziz Othman, 53, berkata, sebelum kejadian, hampir lima penduduk Kampung Tasek Berangan termasuk pemilik kedai terkejut apabila mendapati seorang lelaki berlumuran darah menerpa masuk ke dalam kedai kopi di sini.
Menurutnya, lelaki berusia 50-an itu mengalami kecederaan di kepala dan tangan, bersembunyi di bahagian dapur.
Aziz berkata, tiada siapa pun yang berani untuk mendekatinya kerana mangsa dipercayai mempunyai penyakit mental.
“Dia menjerit mahu melarikan diri daripada seorang lelaki yang mengejar dan mahu mencederakannya.
“Namun kami tidak nampak kelibat mana-mana lelaki, kerana ketika itu kebanyakan penduduk pulang sebab hampir Maghrib,” katanya.
Mangsa yang memakai baju-T dan berseluar pendek enggan keluar dari dapur kedai meskipun dipujuk anggota polis.
Sementara itu, Ketua Polis Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, lelaki berkenaan mendakwa dilanggar oleh penduduk kampung ketika dia dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal.
Menurutnya, pelanggaran menyebabkan tangan kirinya patah dan mangsa mengalami cedera di kepala.
Beliau berkata, mangsa mendakwa meninggalkan motosikal di tempat kejadian kemudian berlari ke kedai untuk meminta pertolongan.
“Namun lelaki berkenaan enggan mendapatkan rawatan selepas didekati oleh anggota polis sebaliknya mengugut mahu membakar kedai kopi berkenaan.
“Mangsa memegang pemetik api dan bersenjatakan parang lalu duduk berdekatan tong gas,” katanya.
Usaha menenangkan mangsa hampir tiga jam membuahkan hasil, selepas pasukan Bomba dan Penyelamat Pasir Mas memberi kaunseling agar mangsa tidak mencederakan diri, orang awam dan kedai.
Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kes ini katanya, disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Akta 357) dan jika didapati membawa senjata berbahaya di jalan atau tempat awam boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun dan sebatan.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mengamuk-ugut-bakar-kedai-kopi-1.327079