BTC USD 61,649.4 Gold USD 4,222.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puji tindakan pantas TNB

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Seng Lam (kanan) bersama kakitangan TNB yang membersihkan semak yang tersangkut di salah satu tiang elektrik di Felda Lurah Bilut.​

BENTONG - Penduduk Felda Lurah Bilut teruja tindakan pantas Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Penduduk, Yip Seng Lam berkata, mereka membuat laporan berkaitan tiang elektrik yang dinaiki semak membimbangkan penduduk pada sebelah pagi.

Menurutnya, pada tengah hari, hari sama, pihak berkenaan datang menyelesaikan masalah terbabit.

"Ia merupakan satu bentuk tindakan pantas yang diambil pihak TNB dan harus menjadi contoh jabatan dan agensi lain," katanya.

Katanya, semak terbabit terkena tiang elektrik berkenaan akibat hujan lebat yang melanda tanah rancangan berkenaan sebelumnya.

"Sekiranya semak terbabit tidak dibersihkan, kami bimbang akan membahayakan pengguna kawasan terbabit, tambahan ia terletak berhampiran kedai," katanya.

Seng Lam yang juga Ahli Majlis Majlis Perbandaran Bentong (MPB) dalam pada itu turut merakamkan setinggi penghargaan kepada SWCorp dan Alam Flora kerana mengambil tindakan membersihkan longkang di lorong 7, Chamang Baru, kelmarin.

"Pembersihan terbabit dilakukan berikutan aduan dibuat penduduk berkaitan masalah longkang yang dipenuhi pasir.

"Sekiranya tidak dibersihkan segera, penduduk Chamang Baru bimbang kejadian banjir kilat yang pernah berlaku di perumahan terbabit akan berulang," katanya.
 
sebab dekat dgn kedai..kalo tak mampos dia nk report..
 
Ya, selain dari itu tnb juga bertindak pantas menaikkan tarif elektrik senyap2 tanpa disedari rakyat.
 
Ya, selain dari itu tnb juga bertindak pantas menaikkan tarif elektrik senyap2 tanpa disedari rakyat.

betul ke ni...takkan naik tariff senyap2 pula...

atau kegunaan letrik bertambah tu yg bil naik atau pun meter letrik tu yg buat hal
 
betul ke ni...takkan naik tariff senyap2 pula...

atau kegunaan letrik bertambah tu yg bil naik atau pun meter letrik tu yg buat hal

Cube en. check bil2 letrik yg lepas2 tgk ade perubahan tarif letrik di situ.
 
buang sendiri pon boleh ..tapi takut pasal kena tiang tu ler gamaknya..
 
Ya, selain dari itu tnb juga bertindak pantas menaikkan tarif elektrik senyap2 tanpa disedari rakyat.

Hahaaa...
:))Yg ni hamba pn setuju...
Pantas sungguh menaikkan bil letrik walau tiap2 tahun cakapnya untung juta2...tetap jgk naik...
Yg xtahannya, bila nak naik tu xcakap pn...klu cakap pn depa akan cakap tarif letrik xkan naik...dlm tv dan radio asyik dok iklan suruh berjimat dan bijak guna letrik utk elak pembaziran...
Dlm pada iklan tu la dorang naikkan...
:))Bijak sungguh...setiap kali nak naikkan tarif letrik mesti depa iklan suruh jimatkan penggunaan letrik...
Pastu klu letrik naik depa cakap kita xpandai nk jimatkan letrik pulak...
Dan satu lagi, dlm resit ada tulis Tenaga Boleh Baharu...bila tanya utk apa benda tu kena caj?
Katanya nk sruh org berjimat la...lg byk guna tenaga letrik lg byk kena caj tenaga boleh baharu...
:eek: Macam xmasuk akal...:p
 
Back
Top
Log in Register