BTC USD 35,861.0 Gold USD 1,840.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Public Gold Marketing Sdn Bhd (930830-K) - www.publicgold.com.my

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

SIMPAN EMAS MESTI DENGAN ILMU

Jika kita membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikut, biasanya kita akan gagal untuk konsisten di dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya.

Bagaimana nak gali ilmu?

📍Membaca Buku
Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah sekurang-kurangnya sebuah buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang kita perolehi, lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekali pun.

📍Perlu Terima Kenyataan Bahawa Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang
Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh saban tahun. Setiap tahun nilai matawang akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 hingga 5 tahun.

📍Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas
Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika kita ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.

📍Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas. Kecairan nak jual emas hanya ambil masa 3 hingga 5 hari sahaja.

📍Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko
Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan wang kertas.

IMG_20211025_162549_119.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 
Sponsored Post

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Barang Kemas vs Emas Simpanan

Barang kemas direka untuk tujuan perhiasan dan menambahkan seri aura pemakainya. Maka rekaan dan pembuatannya dibuat dengan begitu teliti dan menarik. Lagi rumit reka bentuk barang kemas, lebih mahal kos upah yang dibayar.

Dan lagi banyak batu perhiasan, lagi mahal harganya. Barang kemas khusus untuk emas perhiasan. Ia memiliki beberapa kriteria:
📌 Merupakan emas 916 atau 22k
📌 Susutnilai 25% - 40%
📌 Kos upah tinggi/dimanipulasi oleh pekedai
📌 Sesuai untuk perhiasan perempuan

Ada emas perhiasan? Bagus! Cuma untuk berhias ya. Sekiranya kita mahu menabung dan melabur di cabang emas, kita ada pilihan yang lebih menarik iaitu jongkong atau dinar.

Emas jongkong dan dinar dikeluarkan khas dengan kriteria bagi tujuan pelaburan. Ciri-cirinya adalah :
📌 Emas tulen 999 atau 24K
📌 Spread rendah 6% sehingga 9%
📌 Kos premium yang rendah
📌 Berbentuk ringkas
📌 Sesuai untuk lelaki dan perempuan

Hari ini, menabung emas 999 dalam bentuk jongkong ataupun dinar bukan lagi untuk orang kaya. Kita ada platform akaun Emas GAP yang membolehkan kita menabung emas secara berdikit sehingga kekayaan kita dapat diselamatkan daripada inflasi. Ayuh!

IMG_20211025_213813_351.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Dalam pelaburan sikit-sikit lama-lama masih sikit. Jadi ini bukanlah formula kekayaan. Formula kekayaan adalah banyak-banyak jadi lebih banyak. Dalam kata lain, kita mesti simpan dan melabur emas dalam jumlah yang besar.

Minima belian emas untuk bergelar sebagai pelabur emas adalah 100 gram ke atas. Jika kurang dari jumlah itu, kita masih berada pada tahap penyimpan emas.

Kenapa 100 gram?
Sebab susutnilai 100 gram adalah rendah, sekitar 7%. Jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% hingga 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%, ini amat merugikan.

Lagi rendah atau nipis spreadnya, lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.

Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? No problem. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?

IMG_20211026_170804_094.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Bank negara menyarankan simpanan kecemasan minimum RM1,000 bagi setiap individu. Saranan saya selepas cukup RM 1,000 atau sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan, simpanan duit kita dah boleh ditukarkan kepada logam yang bernilai iaitu emas. Tujuan simpanan kecemasan adalah untuk digunakan semasa kecemasan seperti hilang punca pendapatan, hilang perkerjaan, kemalangan dan lain lain.

Majlis kahwin, deposit rumah, deposit kereta, adalah dilarang menggunakan dana kecemasan sebab itu bukan kecemasan. Dana tersebut boleh dirancang dari awal lagi. Mencabuli dana kencemasan adalah antara dosa kewangan. Jangan lakukan supaya kita tidak tersontot di pintu kewangan.

Sebelum memulakan apa-apa pelaburan, pastikan dana kecemasan mencukupi. Kebanyakan orang terus melakukan pelaburan tanpa ada simpanan kecemasan.

Susah sangat simpan duit kecemasan? Kumpul-kumpul masih tidak cukup? Tak boleh nampak wang mula gatal tangan nak berbelanja? Mentor saya cadangkan duit kecemasan dikumpul dalam bentuk emas. Dengan emas sebagai simpanan kecemasan, gram emas lebih mudah terkumpul dan bertahan dengan lama.

Emas dapat mengelakkan kita tarik sikit-sikit duit simpanan kecemasan. Aura dan fitrah semulajadi manusia sukakan emas menyebabkan kita ketagih mengumpul emas dan ini mempercepatkan lagi dana emas kita terkumpul. Semoga berjaya!

IMG_20211026_190142_641.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Simpan sikit-sikit lama kelamaan jadi sikit jika tidak berdisiplin. Pepatah itu biasa untuk orang yang simpan duit.

Tak percaya? Cuba perhatikan balik. Kalau biasa bulanan gaji kita simpan RM300, semak semula di bulan ke 10, adakah simpanan kita sudah mencapai RM 3000? Kebanyakannya simpanan kurang dari RM 3000, betul tak?

Sebab apa?
Sebabnya, fitrah manusia bila berduit ingin berbelanja. Semakin banyak duit di akaun bank semakin tinggi kemahuan kita untuk berbelanja. Naluri ini jauh berbeza dengan simpanan emas. Semakin kita kerap pandang simpanan emas kita, naluri semakin bersemangat untuk tambahkan gram.

Duit bila ditukarkan kepada bentuk emas bermakna kita dah selamatkan kekayaan kita dari 'terguna dan terbelanja'. Emas juga membuatkan penyimpannya memiliki tempoh untuk bertenang sebelum berbelanja.

Mana taknya, emas perlu dipajak atau dijual dahulu untuk dapatkan cas. Jadi penyimpan emas tidak akan sewenang-wenangnya menjual emas semata-mata nak shopping tambah koleksi baju & kasut & handbag juga sport rim kereta😅.
Bagus bukan? Semakin simpan emas semakin tamak dan berdisiplin nak tambahkan kekayaan. Jom!

IMG_20211026_233414_716.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Tak kenal, maka tak cinta. Kenapa emas dikatakan logam yang bernilai dan kenapa manusia sukakan emas?

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang berdiri sendiri. Ia tidak perlu jaminan sesiapa, ia tidak berkait dengan mana-mana sistem atau rekod kewangan.

Emas telah digunapakai sebagai alat penyimpan nilai yang paling ampuh dalam sejarah manusia disebabkan sifatnya yang tidak boleh dicipta, dan tidak boleh dibinasakan dengan menggunakan apa cara sekalipun. Emas disebut berkali-kali di dalam Al-Quran malah Allah SWT memberikan jaminan bahawa emas akan kekal bernilai sehingga kiamat.

Jumlah emas di mukabumi adalah terhad, jika ditakdirkan sebanyak 100,000 tan emas tertanam di dalam perut bumi, maka jumlah tersebut tu sahaja yang akan wujud dan bertukar tangan di antara manusia. Ini adalah kerana emas tidak boleh dicipta dan emas merupakan matawang yang paling bertahan sejak beribu-ribu tahun.

Disebabkan faktor nilai emas itu sendiri yang luar biasa, emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak sekali-kali boleh jatuh nilainya kepada kosong. Ia dianggap duit sebenar sejak zaman berzaman. Ada emas? Ada duit!

IMG_20211027_202741_942.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Kenapa kita tengok penyimpan emas relax-relax jer?

Ini adalah kerana, penyimpan emas yang berilmu sentiasa tenang. Harga naik dia happy, harga turun, dia tetap happy. Persoalannya, kenapa?

1) Penyimpan emas yang berilmu telah mengasingkan duit kecemasan jangka pendek.
Penyimpan emas menyediakan duit simpanan kecemasan minimum 3 bulan pendapatan. Ini kerana apabila berlaku kecemasan, penyimpan akan guna dana kecemasan yang disediakan tanpa perlu menjual emas. Emas? Sebolehnya penyimpan nak peram minima 3 tahun ke atas.

2) Penyimpan emas membeli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman
Penyimpan emas tahu, harga emas bergerak naik turun setiap masa. Maka, emas tak sesuai simpan hari ni, jual bulan depan. Maka, penyimpan akan menabung emas menggunakan hasil duit bisnes, duit simpanan gaji bulanan dan bonus tahunan yang ada lebihan. Penyimpan emas berilmu tidak akan meminjam untuk menabung emas.

3) Penyimpan emas membeli emas untuk Wealth Protection
Penyimpan emas tahu, emas adalah duit dalam bentuk yang sukar bocor, bertahan lama dan bernilai sepanjang hayat. Jadinya, penyimpan menukarkan sebahagian wang tunai untuk melindungi duit simpanan daripada dibelanjakan oleh diri sendiri, melindungi dari kesan inflasi dan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang. Harga naik atau turun? Chill la!

4) Pantau harga emas jika perlu sahaja
Mindset penyimpan emas yang berilmu adalah, harga tak penting. Yang penting, pantau harga emas setiap hari memang boleh menganggu emosi dan sungguh memenatkan. Pelabur dan penyimpan melihat harga emas hanya waktu semasa mahu membeli emas dan menjual emas sahaja.

5) Menabung emas cuma perlu konsisten
Penyimpan emas yang berjaya tak perlu modal yang besar sebenarnya. Mereka cuma perlu konsisten menabung secara berkala dan berterusan. Mana-mana penyimpan emas yang bersikap konsisten dalam perjalanan membina tabungan, akan nampak hasilnya. Sikit-sikit? Pun boleh asalkan berterusan untuk melihat hasilnya.

IMG_20211027_231659_607.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Pakar sejarah mata wang Michael Maloney berkata, emas dan perak merupakan satu-satunya aset kewangan yang tidak berada di dalam sistem kewangan. Pendek kata tiada siapa yang tahu berapa banyak kekayaan kita ada kalau disimpan dalam bentuk emas. Kecuali kita sendiri yang beritahu la kan?

Demikian juga bagi seseorang yang disahkan bankrap, hartanya dalam bentuk emas itu tidak boleh dibekukan oleh kerajaan kerana emas tidak terikat dengan sistem kewangan. Sebab itulah, melalui emas nak miskin sehelai sepinggang tu hampir mustahil.

Menyimpan emas tidak memerlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan daripada mana-mana institusi. Ini fakta. Emas hanya terikat dengan ketulenan dan beratnya. Ada dua ini? Dah cukup!

Secara amnya, emas berfungsi sebagai pelindung kekayaan. Ada emas? Nak miskin tu susah. Emas adalah talian hayat terakhir bukan sahaja apabila keruntuhan sistem kewangan dunia, tetapi boleh dijadikan talian hayat jika berlaku perubahan besar seperti perubahan kerajaan, kegawatan ekonomi, penurunan nilai matawang, penularan wabak penyakit dan sebagainya.

Syukur kita hari ini memiliki platform yang patuh syariah, ringkas dan mudah untuk menabung emas. Menabung sahaja serendah 1g pertama hingga capai matlamat simpanan kita.

IMG_20211028_084823_839.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Tuan Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia, selalu memberi petua, letakkan emas gold bar lima gram di dalam dompet. Emas memberi kita rasa seperti berduit dan terjamin apabila sentiasa dibawa bersama. Secara amnya, orang berduit ni, wajahnya lebih berseri. Ehem!

Keunikan emas adalah, walaupun nilainya melebihi RM1000 tetapi tiada risiko untuk dibelanjakan langsung sebagaimana kita meletakkan duit ringgit di dalam dompet. Bahkan aura emas itu sendiri telah memberikan semangat kepada pemiliknya untuk terus menambahkan simpanan emas.

Emas sebagai sumber pendapatan? Secara amnya emas tidak ada pendapatan. Kalau simpan duit dalam akaun Tawbong Haji atau AESBEE, akan ada pendapatan tahunan yang dipanggil dividen. Kalau pelaburan hartanah ada pendapatan bulanan melalui sewa rumah. Sebaliknya emas tiada pendapatan.

Sekiranya ada sesiapa yang memberi jaminan emas menjana pendapatan bulanan atau tahunan, itu adalah SCAMMER. Segeralah angkat kaki jauhkan diri dengan segera. Sudah banyak syarikat yang menawarkan skim emas semuanya lingkup. Emas tidak dapat, duit pun lesap begitu sahaja. Ruginya simpanan kita bertahun-tahun lesap begitu sahaja.

Asasnya, untung dalam pelaburan emas adalah buy low - sell high. Selain dengan memiliki emas, kekayaan kita lebih stabil dan berdiri dengan sendiri. Kalau hendak jana pendapatan dari emas, hanya ada satu sahaja caranya iaitu berniaga emas. Sekarang dah ada cara yang termudah, termurah dan terpantas untuk menjana pendapatan melalui emas iaitu menjadi ejen syarikat emas.

IMG_20211028_160953_551.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Messages
419
Joined
Dec 24, 2009
Messages
419
Reaction score
10
Points
15
NOTA EMAS

Dalam jual beli emas, ada tiga strategi paling asas untuk jana keuntungan dengan emas.

1. Beli dan Simpan📍(Gold Saver)
Beli emas dan simpan dalam jangka masa panjang dan jual balik apabila hendak mengambil keuntungan. Kita dapat keuntungan hasil kenaikan harga emas.
Sementara menunggu harga emas naik, emas itu kita boleh manfaatkan untuk perkara lain seperti dijadikan modal pusingan bisnes dengan cara gadaian Ar-Rahnu.

2) Beli, Jual, Beli, Jual📍(Gold Investor)
Strategi kedua dipanggil trading, iaitu beli harga rendah, jual apabila harganya tinggi secara kerap. Kaedah ini memerlukan kemahiran ilmu asas Analisis Teknikal Harga Emas. Ketepatan bacaan graf dan kepantasan membuat keputusan bakal menentukan hasilnya.

3) Berniaga Emas📍(Gold Dealer)
Strategi ini adalah yang paling senang untuk melihat hasil yang terpantas iaitu melalui cara menjadi ejen syarikat emas. Kemudian ejen ini memberikan kesedaran dan ilmu kepada orang ramai tentang kepentingan simpan emas. Setiap orang yang menabung emas melalui ejen tersebut, ejen akan mendapat keuntungan sama ada dalam bentuk insentif atau margin jualan.

IMG_20211028_181259_644.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register