BTC USD 61,048.9 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Public Gold Marketing Sdn Bhd (930830-K) - www.publicgold.com.my

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

APA KEISTIMEWAAN EMAS❓

Tahukah anda❓
Berapa banyak duit simpanan kita, apa yang kita buat dengan duit kita, berapa loan kita, berapa banyak aset kita, semua itu boleh diketahui dengan mudah melalui rekod di dalam sistem kewangan negara.
Ya betul. Semua kekayaan kita direkodkan ke dalam sistem kewangan.

Hanya ada satu jenis kekayaan yang dikeluarkan dari rekod kewangan iaitu emas yang disimpan di tangan.

Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tidak ada dalam sistem kewangan. Kenapa emas tiada dalam sistem kewangan❓
Kita semua tahu bahawa menyimpan emas tak perlukan geran atau surat pemilikan yang disahkan dari mana-mana authority. Jadi, berapa banyak emas yang kita simpan, tiada dalam rekod pejabat tanah, rekod bank dan dalam rekod percukaian.

Ini benar❗
Tiada siapa tahu berapa banyak kekayaan yang kita ada kalau simpan dalam bentuk emas melainkan kita sendiri yang bagitahu.
Maka, emas sesuai jika untuk dijadikan 'talian hayat' terakhir kita ketika menghadapi sebarang kesulitan misalnya bankrap, keruntuhan sistem kewangan dunia dan sebagainya. Bagi kita yang bajet kecil, boleh je menabung serendah RM100 di akaun emas GAP. Dah capai sasaran gram boleh keluarkan emas di tangan.

IMG_20211012_213747_793.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!

#RZPGNetwork
#PublicGold
#PGG100Network
#emas
#simpanemas
#ilmuemas
#motivasi
 
Sponsored Post

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
HARGA EMAS HARI INI

IMG_20211013_122029.jpg


Harga emas hari ini, 13 Oktober 2021 adalah RM260/gram. Naik seringgit berbanding beberapa hari lepas.

Harga naik, Alhamdulillah. Boleh ja nak simpan dan beli emas serta terus konsisten topup simpanan emas anda untuk capai target dan matlamat. Sebab tu ilmu mengenai emas itu penting.

Jika anda berminat untuk menyimpan emas, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula hubungi saya.

InsyaAllah saya akan bantu untuk mula dengan cara yang betul.

🌹Hubungi saya untuk bimbingan
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

Bankrap atau Muflis

Dilabelkan sebagai bankrap atau muflis ibarat hukuman berat kepada status kewangan kita. Bila seseorang itu diisytihar muflis atau bankrap, semua transaksi akaun akan dibekukan. Bayangkan, duit langsung tak boleh bawa keluar dari akaun. Macam mana dengan urusan jual beli seharian?

Menakutkan bukan?

Seandainya terjadi sesuatu yang seperti ini, kita kehilangan akses terhadap kekayaan kita. Apabila bergelar bankrap atau muflis kita hanya akan berharap kepada emas simpanan di tangan.

Walaupun kewangan semakin pulih, selagi belum diisytihar bebas dari muflis, selagi itulah individu tidak boleh memiliki sebarang aset yang tersenarai dalam sistem kewangan malah dianggap tidak layak memiliki pembiayaan bank.

Pilihan seandainya individu bergelar bankrap atau muflis? Pemilikan emas. Emas menjadi pilihan golongan bankrap dan muflis supaya mereka boleh kekal menyimpan sedikit bekalan kegunaan harian.

Emas merupakan satu-satunya alat kewangan yang tiada dalam sistem kewangan. Emas tidak memerlukan geran pemilikan atau surat pengesahan. Sesiapa pun boleh miliki emas walau apa sekalipun status mereka.

Hari ini dah mudah. Boleh daftarkan akaun emas GAP dan menabung secara berdikit. Nanti, keluarkan emas, simpan di tangan. Tak ada sesiapa pun yang tahu.

Jom mulakan simpanan emas kita hari ini.

IMG_20211013_124437_798.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

Kisah Benar😔

Pernah dengar tak Starving Billionaire❓
Jutawan berlapar❓
Biar betul❓
Kenapa banyak wang tapi tak mampu nak beli makanan❓
Hakikatnya memang ada jutawan tidak mampu beli makanan di dunia ni.
Biar betul❓Jutawan kot❗

Ya, situasi ini memang betul-betul berlaku di Zimbabwe. Walaupun rakyat Zimbabwe memiliki wang berjuta -juta, tapi masih tak mampu membeli makanan yang berkhasiat untuk seluruh keluarga. Mana taknya, harga sebiji pisang pun sudah mencecah 5 Billion Dollar Zimbabwe. Aduh! Garu kepala.

Pada tahun 1980an, semasa Zimbabwe memperolehi kemerdekaan, nilai mata wang baru Zimbabwe bernilai USD 1.25. Tapi pada tahun 2008, wang Zimbabwe 50 Juta cuma bernilai USD 1.20. Semuanya berlaku sebab kerajaan Zimbabwe mencetak duit kertas dengan berlebihan disebabkan:
• Hutang negara yang meningkat
• Penurunan output ekonomi dan pendapatan eksport
• Kegawatan politik dan kepercayaan terhadap pemerintah
• Isu korupsi dan perebutan kuasa di kalangan pemerintah.

Jom belajar daripada Zimbabwe. Jika tak nak jadi jutawan yang kelaparan di masa depan, elak sandarkan semua kekayaan pada duit kertas semata-mata. Tukarlah antara 10% hingga 50% daripada jumlah kekayaan ke dalam bentuk emas.

Kenapa emas❓
Kerana emas nilainya berdiri sendiri, kekal, tanpa perlu risau campur tangan politik dan status ekonomi negara. Jom tukar❗

IMG_20211013_161806_649.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

Lagi Kisah Benar

Pernah dengar kisah seorang jutawan saham yang muflis dan kembali jadi jutawan selepas menjual sandwich di tepi-tepi jalan? Ya ini adalah kisah benar yang berlaku di Thailand terhadap Sirivat Voravetvuthikun yang pernah dikenali sebagai The Phantom. Ironinya, dia jatuh miskin gara-gara spekulasi harga saham di pasaran.
"I was an honest businessman, but I was greedy. I had 100 million baht, I wanted a billion, so I borrowed a lot – at that time I was paying 17% interest, which brought me down on my knees."

Disebabkan mahu menikmati keuntungan yang tinggi, Sirivat telah membuat pinjaman dengan kadar bunga 17% tetapi malangnya saham yang dibeli tidak naik setinggi harga yang dijangka menyebabkan beliau tidak mampu membayar balik hutang yang dipinjam.

Untuk meneruskan hidup, Sirivat memilih untuk menjual sandwich bersama isteri di tepi-tepi jalan Bandar Bangkok. Idea ini datang dari isterinya sendiri kerana kos menghasilkan sandwich adalah murah dan masa pembuatannya juga cepat berbanding makanan-makanan lain. Berkat usaha dan kegigihan beliau, pada tahun 2009, Sirivat berjaya menyenaraikan syarikat sandwich beliau ke papan bursa saham Thailand.

Dari cerita 'The Sandwich Man' ini, saya belajar beberapa ilmu kehidupan yang mungkin kita tahu tapi tak betul-betul praktikkan:
• Orang yang berjaya ialah orang yang tak pernah kenal erti putus asa.
• Kekayaan tidak boleh dibina dari hutang.
• Jangan berhutang bila beli aset kekayaan seperti emas dan saham.
• Akhir sekali, dalam galak mengumpul kekayaan dalam bentuk wang kertas dan bon-bon saham, jangan lupa tukarkan sebahagian kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

Hartanah memiliki cash flow hasil sewaan dan capital appreciation. Akan tetapi, hartanah adalah aset yang mengambil masa yang panjang untuk dicairkan. Bayangkan kita ada hartanah bernilai 10 Juta tapi waktu tu ekonomi tengah tenat. Bukan senang nak cari pembeli yang mampu membeli hartanah kita. Silap-silap jika dijual, terpaksa jual bawah harga pasaran.

Emas dan perak pula senang dan cepat dicairkan. Kecairan emas hanya dalam tempoh 15 minit hingga 3 hari bekerja sahaja. Jika terdesak, emas dan perak boleh dijual dengan mudah di kedai-kedai emas. Harga emas dan perak tidak akan pernah jatuh kepada nilai kosong, tapi bon-bon saham boleh.

Walaupun emas dan perak tidak menawarkan nilai dividen setiap tahun tapi kemampuan emas dan perak sebagai insurans dan pelindung musibah kewangan sepatutnya tidak diragukan.

IMG_20211013_231608_960.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
HARGA EMAS HARI INI

IMG_20211014_003051.jpg


Harga emas hari ini, 14 Oktober 2021 adalah RM265/gram. Naik meroket berbanding semalam.

Harga naik, Alhamdulillah. Mulakan simpanan emas, konsisten topup simpanan emas anda untuk capai target dan matlamat. Sebagai penyimpan emas yang berilmu, anda tidak perlu risau akan naik dan turun harga emas.

Jika anda berminat untuk menyimpan emas, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula hubungi saya.

InsyaAllah saya akan bantu untuk mula dengan cara yang betul.

🌹Hubungi saya untuk bimbingan
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

🌎 KEJATUHAN SISTEM KEWANGAN

Yugoslavia atau juga dikenali sebagai Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia tertubuh selepas perang dunia kedua yang terdiri daripada enam republik yang dipisah berdasarkan latar belakang sejarah dan etnik setempat. Sepanjang dibawah kekuasaan presiden Josep Broz Tito, ekonomi Yugoslavia berkembang dengan sangat pesat dan stabil. Pada waktu itu, Yugoslavia telah menjadi negara yang kuat tanpa pergantungan kepada kekuatan Blok Barat mahupun Timur.

Selepas meninggalnya Josep Broz Tito, muncul pelbagai masalah sosial dan politik yang menyebabkan keruntuhan Yugoslavia. Banyak sebab kenapa Yugoslavia berpecah, antaranya ialah sentimen perkauman yang menyebabkan perang saudara, tiada figura pemimpin yang ideal sebagai pengganti Josep Broz Tito dan keruntuhan kekuatan komunisme. Kalau masih ingat perang saudara antara kaum muslim di Bosnia dengan bangsa Serbia pun tercetus ketika ini.

Disebabkan pelbagai konflik, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengenakan sekatan ekonomi kepada Yugoslavia. Harga barang naik sebanyak 65% setiap hari sehinggakan kadar inflasi tertinggi yang pernah direkodkan dalam masa sebulan ialah 313,000,000%.

Sebenarnya apa yang berlaku di Yugoslavia boleh berlaku di mana-mana negara di dunia. Bila berlaku ketidakstabilan politik, negara menjadi kucar-kacir dan akhirnya ekonomi negara turun sama jatuh. Kuasa beli menurun dan harta kekayaan yang dibina selama ini terus susut nilai jika semuanya disandarkan pada mata wang negara semata-mata.

Bak kata guru saya jika memiliki harta walaupun sedikit, hatta perlu berpuasa di siang hari, kita masih mampu berbuka pada waktu malam. Ianya lebih baik dari menahan lapar sepanjang hari.

Ya betul. Kita memang tak dapat kawal keadaan politik negara. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh bersedia dengan menukarkan kekayaan kita dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah. Sekurang-kurangnya jatuh bangun ekonomi negara tidak akan menyusutkan aset fizikal yang kita sedia ada.

IMG_20211014_134414_119.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

📍FAKTA

Jom ketahui beberapa fakta mengenai matawang kertas Malaysia:

Sebelum menggunakan perkataan Ringgit, kita menggunakan perkataan Dollar dan Sen. Tapi kalau kita pergi ke arah utara, orang Melayu menggunakan perkataan kupang, Penang Hokkien menggunakan perkataan puat dan kaum India menggunakan perkataan velli.

Pada tahun 1996, note 2 Ringgit Malaysia telah dicipta bersempena dengan visi Malaysia 2020. Pada tahun 1998, note 50 Ringgit Malaysia berwarna kuning telah diperkenalkan bersempena Sukan Commonwealth yang dianjurkan di Kuala Lumpur.

Jika saiz duit kertas yang rosak adalah 2/3 daripada saiz asal, kita akan mendapat jumlah penuh duit kertas itu. Jika saiz duit kertas yang rosak lebih dari 1/2 tetapi kurang daripada 2/3 saiz asal, kita akan mendapat setengah daripada jumlah penuh duit kertas itu. Jika saiz duit kertas yang rosak kurang daripada 1/2 saiz asal, kita tidak akan mendapat apa-apa dari bank. Duit kertas yang diconteng sedikit masih bernilai. Tetapi jika contengan dibuat pada muka Yang Dipertuan Agong, duit kertas itu sudah dikira tidak bernilai. Habis rugi.

Moralnya❓
Simpanlah sebahagian kekayaan dalam bentuk emas. Baik patah, kemek, calar atau debu sekalipun, emas kekal bernilai dan laku untuk dijualkan.

IMG_20211014_183816_579.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
NOTA EMAS

Sediakan Payung Sebelum Hujan ☔️

Sesiapa yang pernah ke Argentina pasti akan bersetuju yang bandar di Argentina adalah antara bandar yang termahal di dunia. Malah, orang Argentina sendiri pun akan cuba bercuti ke negara yang lebih murah seperti Amerika Syarikat atau Brazil. Di Argentina ada dua sistem harga.

Satu untuk penduduk tempatan, satu lagi untuk pelancong. Bayangkan barang yang sama tapi harga yang berbeza, hanya kerana kita adalah pelancong.

Walaupun bandar-bandar di Argentina dikenali sebagai antara bandar termahal di dunia, tak bermakna ekonomi di Argentina pesat membangun. Rusuhan demi rusuhan dianjurkan oleh rakyat kerana kejatuhan mata wang dan penyusutan kuasa beli.

Apabila matawang semakin susut nilai, rakyat akan terdorong membelanjakan wang dengan segera untuk membeli barangan. Cuba bayangkan kita bekerja di kedai runcit. Setiap 15 minit kita kena berlari ke rak-rak barangan untuk tukar 'tag harga' mengikut kadar tukaran semasa.

Tak ke menggelabah macam tu?
Bila jadi begini tentulah tak semua orang dapat beli barang yang dikehendaki. Maka, sistem barter akan digunakan sekali lagi. Pada waktu ini, aset fizikal seperti emas, perak, makanan, hartanah, ubat-ubatan, senjata, rokok, bahan bakar atau minyak akan menjadi lebih berharga berbanding wang kertas.

Pendek kata, barang-barangan yang kita tak hargai masa ekonomi baik itulah yang akan menjadi bernilai sewaktu ekonomi jatuh. Sediakan payung sebelum hujan. Pastikan harta yang kita simpan bukan hanya dalam bentuk wang kertas sahaja.

Jom ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain. Takkan nak tunggu jadi pada negara sendiri baru nak ambil iktibar kan? Tukarlah sebahagian simpanan kita ke dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

IMG_20211014_222849_087.jpg


Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu. Sila hubungi saya

Nak lihat produk Public Gold dan harganya. Klik di sini. Produk Public Gold

Nak beli produk Public Gold dengan harga lebih murah dan istimewa. Daftar dulu di sini

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!
 

ridzwan zin

Fun Poster
Joined
Dec 24, 2009
Messages
362
Reaction score
7
Points
15
HARGA EMAS HARI INI

IMG_20211015_081057.jpg


Harga emas hari ini, 15 Oktober 2021 adalah RM265/gram. Harga masih kekal seperti semalam.

Jom, start simpanan emas. Sebagai penyimpan emas yang berilmu, kita tidak perlu risau naik turun harga dalam masa singkat. Yang pasti, harga emas akan terus melonjak naik untuk jangka masa panjang.

Jika anda berminat untuk menyimpan emas, tetapi tak tahu bagaimana untuk bermula hubungi saya.

InsyaAllah saya akan bantu untuk mula dengan cara yang betul.

🌹Hubungi saya untuk bimbingan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register